Wednesday, December 12, 2012

ALFATIHAH ENGKU TAN SRI IBRAHIM ENGKU NGAH




Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-raja meninggal
BESUT 12 Dis. - Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11.00 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki.

Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011. - BERNAMA


7 comments:

siti azizah Sang Pencinta said...

alfatihah

MamaFaMi said...

Inna lillahi wa inna illaihi raaji'un.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan yang beriman.

Takziah buat keluarga Allahyarham.

Amie said...

Al-Fatihah.

Nooriah Abdullah said...

Al Fatihah semoga roh beliau di cucuri rahmat amin ya robbal alamin

The Black Jubah said...

Innalillahi wainna ilahirajiuun..Al-Fatihah...semoga roh beliau dicucuri Rahmat dan mendapat Redha Allah...tiap kali nak pausa atau raya mesti tunggu hebahan dari beliau di TV.

Aliff Firdaus said...

Dulu, wajah Allahyarham ni la yg kita tunggu2 setiap tahun kan...alfatihah

AspenMyL said...

Al-Fatihah...takziah buat keluarga Allahyarham...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...