Saturday, March 2, 2013

AL FATIHAH WIRA NEGARA





Allahyarham Insp Zulkifli bin Mamat (29) dan Allahyarham Koperal Sabaruddin bin Daud (47) dari Unit 69 Komando PDRM meninggal dunia selepas terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini, hari ini. Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.


KUALA LUMPUR: Jenazah dua anggota polis komando VAT 69 yang terkorban dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Lahad Datu, Sabah, pada Jumaat, dijadual diterbangkan ke ibu negara pagi Sabtu.

Penerbangan itu pada asalnya dijadual tiba lewat malam Jumaat.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), ACP Ramli Mohamed Yusoff memberitahu Bernama jenazah dijadual tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada kira-kira 9 pagi Sabtu.

Anggota yang terkorban dari Kem Ulu Kinta itu ialah Insp Zulkifli Mamat, 29, dan Kpl Sabarudin Daud, 46.

Allahyarham Zulkifli, yang berasal dari Kampung Kubang Ikan, Besut, Terengganu, meninggalkan seorang balu, Noraziah Noor dan dua anak lelaki berusia empat dan satu tahun.

Allahyarham Sabarudin yang berasal dari Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor pula meninggalkan balu, Nurunisa Abu Bakar dan tiga anak - dua lelaki dan seorang perempuan. - BERNAMA

3 comments:

  1. Al fatihah,.sedihnya, tgk ank2 yg jd yatim,.

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah. Moga ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.

    ReplyDelete