Monday, April 15, 2013

TAHNIAH FASHA DAPAT ZURIAT LELAKI






PETALING JAYA: Pelakon Fasha Sandha selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada pukul 9.21 pagi Isnin.

Suami kepada aktres itu, Rizal Ashram turut mengesahkan berita itu di laman Twitternya dan melahirkan rasa syukur atas kelahiran itu.

"Bayi lelaki telah dilahirkan. Seorang lagi untuk keluarga kecil kami. Isteri dalam keadaan baik. Alhamdulillah syukur kepada Allah," tulisnya dalam satu entri di Twitter.
Entri Rizal di Twitter tentang kelahiran bayinya.



Fasha dan Rizal berkahwin dalam satu majlis sederhana pada 27 April tahun lalu di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur.

Rizal atau lebih mesra dengan sapaan Jejai sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon, Nora Danish dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang kini berusia empat tahun. - mStar Online

2 comments:

  1. owh.. dah bersalin dia.. tahniah la buat mereka.. :D

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Jee, kata Fasha bunting pelamin tapi kenapa ramai yang pelik Fasha bersalin bulan April ya.

    ReplyDelete