Tuesday, April 16, 2013

UDANG HALUS BERLADO, PEMBUKO SELERO




Dulu, kalau ke pasar, dan nampak udang putih halus, Kjee pandang sebelah mata jer. Bukan kerana berlagak dan hanya makan udang kasar jer. Tetapi kerana tak kuasa nak bersihkan udang2 halus tu. Jari jemari kita dah le macam jari king kong. Mudah je hancur udang tu kalau dibuang kulitnya. Isinya secoit jer.

Tetapi sejak Kjee belajar buat resipi Udang Halus Goreng berlado garing, wah memang pantang nampak kat pasar. Sekarang ni bukan murah lagi udang ni. Paling murah pun RM10 sekilo.

Tapi kalau nak buat goreng berlado garing, tak perlu buang kulit. Kepalanya pun sebenarnya tak perlu buang. Tapi hari ni Kjee terlebih rajin. Kjee bersihkan satu satu dan buang sekali kepalanya! Tapi kulitnya Kjee tak buang.

Kjee pernah buat dulu. Nak resipi amik sini.

Tapi rasa2nya Udang Halus Goreng Berlado yang Kjee buat hari ini merah menyala. Kjee bubuh cili hidup dan cili api siam yang merah tu. Siap ko...podeh!!!




Selain udang berlado ni, Kjee masak jugak Singgang Ikan Kembung dan jugak rebus peria katak yang dipadankan dengan sambal belacan power UnclePali.

Jom makan. Nasi panas2 sedang menunggu. Hehehe.



Related Posts:

  • UDANG HALUS GORENG BERLADO ALA MINANG Lauk ini dijamin boleh membuka selera kalau dimasak ikut resipi yang betul hehehe. Bahan-bahan yang mampu milik. Sangat berbaloi-baloi dengan harganya yang lebih kurang RM10 sekilo. Mudah nak sediakan lauk … Read More
  • WW - REGU NGAM UNTUK MAKAN TENGAH HARI Resipi SINI Jeruk Ikan Tenggiri Siew Pak Choy goreng sos tiram … Read More
  • KAMBES MASAK LEMAK CILI PADI NGAN UDANG Kalau korang perasan Kjee jarang sekali masak guna peria atau kambes (bahasa Jawa) yang besar. Selalunya Kjee beli peria katak yang lebih pahit. Masa UnclePali singgah Hero Market siang tadi, Kjee… Read More
  • SAMBAL UDANG KERING GARING Tekak Kjee memang pelik. Ada hari suka sangat makan pedas2 dan ada hari kureng. Sebab itulah Kjee selalu standby, sambal udang kering. Dolu2 Kjee buat banyak2. Masak sampai kering dan garing pastu simpan dalam bekas2 ke… Read More
  • KALAU ANGIN MALAS MELANDA... Inilah my comfort food kalau angin malas datang menyerang. Sebab itulah dalam freezer sentiasa ada udang atau ayam atau sotong, telor dan jugak mix vege jenama Watiies. Jenama lain tak suka sebab tak sedap. Dar… Read More

1 comment: