Pages

Wednesday, May 15, 2013

AYAM PENYET AIR TANGAN WONG JOWO KL. HEHEHE


TERJEMAHAN:
Ayam penyet air tangan orang Jawa KL. Hehehe


Selain sambal, Kjee jugak buat sambal kicap biasa. Tumbuk cili api, campur sama kicap manis.








Ayam Penyet or Penyek, tak pasti pulak Kjee. Tapi ini adalah makanan yang agak popular di KL sejak dua menjak ni. Baik kat fast food restaurants ataupun di food court dan jugak gerai2 tepi jalan. Harga dari RM4 sepinggan hingga ke berapa henget yang penjual sukati nak letak.

Sejak Kjee pindah ke kawasan baru ni dimana korang tak payah tanyalah cos I need privacy,  bila tiba jer time kurang rajin nak ke dapur, inilah makanan kami. UnclePali suka Ayam Penyet dan Kjee pulak selalu makan Pecel Lele.

Pecel Lele sama jer dengan Ayam Penyet. Ikan keli yang dilumur rempah yang sama, digoreng garing2, dan makan dengan nasi putih, ulam2 bersama sambal Jawa dan sup kosong. Oppps lupa lak. Ada jugak tempe dan tahu goreng yang juga telah dilumurkan dengan rempah perap ikan atau ayam tadi.

Ada kawan Kjee kata lebih sedap kalau diperap ayam bersama rempah semalaman. Isyhh tak praktikal buat Kjee sebab bila Kjee teringin jer, terus buat. Tak de nak rancang2 macam setengah orang. Kalau Kjee rancang, sure tak jadi!

Kjee tak ada resipi khusus untuk buat Ayam Penyet hari ni. Tapi Kjee ikut naluri dan ikut tekak yang selalu makan Ayam Penyet beli.





























Tadi Kjee guna seekor ayam yang agak kecik. UnclePali beli kat supermarket. Ayam Nutri Plus, katanya. Rasa2nya tak sampai 2kg. So, ingatkan nak buat separuh jer tapi bila tengok kecik, terus potong 4. Plan nak perap semuanya dan hanya goreng dua ajer untuk lunch. Lebihnya nanti goreng untuk dinner.

Kjee blend 1 sudu biji ketumbar, jintan manis dan jintan putih sampai halus. Pastu Kjee masukkan dalam mangkuk dan campur satu sudu serbuk kunyit, rempah kari ayam dan sedikit garam. Kemudian Kjee lumurkan pada ayam yang Kjee dah tos kering. Selain itu Kjee turut ketuk 2 batang serai dan gosokkan pada ayam. Pastu Kjee simpan dalam fridge untuk digoreng kemudian.




Sambal Jawa...ada namanya tapi Kjee orak ngerti. Hehehe


Untuk sambal, Kjee goreng separuh layu 1 labu bawang besar, 1 ulas bawang putih, 1 biji tomato (potong dadu), 3 biji cili hidup dan 5 biji cili api (kalau nak pedas, tambah lagi), sejemput ikan bilis dan satu sudu kecik belacan. Kjee goreng bawang, cili2  dan tomato dulu. Pastu keluarkan baru goreng ikan bilis sampai garing. Lepas tu baru goreng belacan.

Tadi UnclePali tolong tumbuk dalam lesung sampai separuh halus. Bubuh garam dan sedikit gula. Siap!!

Untuk ulam2, ada pilihan samada nak kobis, kacang panjang dan timun. Carrot pun boleh.

Kjee jugak rebus tulang2 dan kepak ayam untuk mendapatkan sup kosong. Kjee campakkan juga kobis sikit, bubuh garam dan sedikit aji.

Bila time nak masak, goreng ayam sampai garing. Oppps goreng tahu dan tempe dulu pastu goreng ayam.

Makan dengan nasi putih. Itu jer Ayam Penyet Kjee...resipi hantamlah saja labu, Kjee. Hehehe.

Gambar bawah ni Pecel Lele yang beli semalam. Cara buatnya sama. Ikan Keli dilumur dengan rempah ratus diatas. My favorite!!








5 comments:

SueGinola said...

Aduh Kak Jee, mengenang airliur....huuuuu...

Lisa Amin said...

Adoiiiiiii Kak jee sedapnya................tergoda nie..

ieda said...

boleh try ni....senang ja...tapi nampak sedap.kat rumah ni kdg2 mati akal nak masak sebab pilihan menu sgt terhad.banyak benda yg en suami & anak dara tak makan.

AdamPui said...

Wahlau Kak Jee sedap sey....Ayam penyet versi Kak Jee besaq besaq (sure puas hati dicekik), versi tapau kat kedai semua saiz kecek kecek, 2 kali ratah dah habih :)

dayang Citra said...

saya suka makan kedua2nya..best ada resepi.nanti nak buatlah.thanks kak jee

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...