Pages

Monday, August 12, 2013

ALLAHHUAKHBAR! DAULAT TUANKU SULTAN JOHOR DARUL TAKZIM




Siang tadi, Kjee melontarkan soalan ini kepada UnclePali: "Kena samak ke surau tu abang selepas dia orang buat meditasi agama kafir disitu?". UnclePali tak boleh menjawab. Pandang Kjee dengan pandangan kosong sambil geleng-gelengkan kepalanya.

Sebentar tadi, ketika kami sedang relax depan TV, UnclePali membaca kuat entri dari blog Mat Kilau Penang. Arahan dari Tuanku Sultan Johor surau itu dirobohkan. Airmata Kjee terus meleleh sambil menadah kedua-dua belah tangan, mulut Kjee mengeluarkan kata-kata: "Allahuakhbar!!!".

Dibawah ini entri yang Kjee copy paste dari blog Mat Kilau Penang.

Surau yang menjadi pertikaian didalam media sosial sejak semalam mendapat perhatian Sultan Johor. Arahan terbaru dari Istana mengatakan bahawa surau berkenaan tidak diiktiraf sebagai surau. Segala papantanda mengenai Islam telah diarahkan dibuka, Titah dari DYMM Sultan Johor bangunan tersebut diarahkan untuk dirobohkan.

Sebelum itu penduduk disekitar Tg Sedili terkejut dengan upacara sembahyang oleh individu berugama Budha. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Kampung Sedeli Besar, Ali Mohamad, 64, berkata, penduduk kampung telah bertindak menghalau kumpulan terbabit keluar dari surau berkenaan sebaik menyedari kejadian itu.

"Kami sangat tidak berpuas hati dengan kejadian itu, apatah lagi dalam surau itu ada tergantung banyak kalimah suci agama Islam," ujarnya.

Imam Dua Masjid Besar Al-Muttaqin Sedeli Besar, Norizan Haron, 51, turut kecewa kerana beliau antara individu yang menyokong pembinaan surau dalam pusat peranginan tersebut tiga tahun lalu.

"Saya telah menandatangani surat sokongan untuk membina surau ini, sekarang ia telah disalahgunakan pula," katanya.




3 comments:

Haliza Ghazalli said...

Allahuakhbar!
Long live the Sultan of Johor!
Selamat Hari Raya kjee sekeluarga......

MAK TEH said...

eid Mubarak kareem buat k.jee sekeluarga..

Anonymous said...

heran juga camana masayarakat setempat boleh tak sedar? si penganut agama budha ni dah buta ke ape. dah sah-sah surau tentulah untuk agama islam. terdesak sangat ke atau memang jenis tak tau baca. mnyampah la plak tengok gelagat depa ni. tapi penganut agama lain ni memang jenis tak henti2 nak sakitkan hati umat islam. lepas satu satu. syabaz sultan Ibrahim kerana tindakan yang diambil.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...