Monday, August 26, 2013

PETUA HALAU NYAMUK DAN LALAT



























Dah lama Kjee dengar orang buat macam ni untuk 'halau' nyamuk dan lalat. Sejak beberapa hari lepas, Kjee mula rimas apabila ada seekor dua lalat yang asyik 'singgah' apabila makanan dihidang atas meja. Terus teringat petua cucukkan cengkih pada limau nipis.

Alhamdullilah semalam tetamu Kjee makan dengan tenang tanpa gangguan lalat. Sebelum Kjee letak atas meja makan, ada jugaklah seekor dua lalat berterbangan. Tetapi hairan bin ajaib, selepas letak limau dan cengkih ini terus tak ada lalat.

Khabarnya, ia jugak elok untuk menghalau nyamuk. Malam tadi Kjee letak pulak dalam bilik. Hmmm tidur nyenyak tanpa ada dendangan muzik di telinga.

Cara nak buat senang jer. Limau dipotong dua kemudian cucuklah cengkih seberapa banyak yang suka. Kalau dah kecut limau, buat lagilah yang baru. Lebih jimat dari beli penyembur nyamuk dan udara dalam rumah bebas dari kimia kan?

Gunalah kreativiti anda dan bubuh limau tu dalam bekas2 comel dan letak di  kawasan dalam rumah yang sering jadi tempat persinggahan lalat dan nyamuk. Selamat mencuba.

23 comments:

  1. selalu saya letak cengkih je kak jee...
    ok juga...tp dlm kuantiti yg banyak...
    letak dlm bekas tak bertutup...
    sekarang dpt 1 lg tips letak limau..
    tq yerr...

    ReplyDelete
  2. thanks kak jee..pakai dah tak larat beli penyembur..blk ni nak cuba.

    ReplyDelete
  3. macih share kak Jee.... nnti boleh try lah, limau apa2 boleh ke?

    ReplyDelete
  4. Tak pasti. Boleh kot norhidana.

    ReplyDelete
  5. tq kak jee
    sejak seminggu dua ni mana dtgla nyamuk
    org tido siap nyanyi2 smbil gigit kaki

    nnt nak cuba petua tu

    ReplyDelete
  6. Bagus tu kakjee,lagipun ia juga bertindak sebagai haruman semulajadi,takpayah beli aromaterapi yg mahal kat kedai.😉

    ReplyDelete
  7. terima kasih kak utk info nie.....

    ReplyDelete
  8. Finally. Ada jugak petua untuk lalat n nyamuk... ada petua untuk semut lak tak? Tak nak la spray.

    ReplyDelete
  9. bagus petua ni, terima kasih kak for sharing :)

    ReplyDelete
  10. info yang sangat berguna... t.kasih...

    ReplyDelete
  11. Salam, cenciu Kak Gee, Kak kalo nak halau semut macam mana. Especially yang merayap atas meja tu. Nasi jatuh sebiji pun berpuluh datang mengurung nasi tu. Tensi I tau. Ada kengkawan kat sini yang ada petua or Kak Gee may be ada petuanya. Kalo dalam balang gula saya letak cengkih. X berani semut nak masuk. Takut plak. Rynn

    ReplyDelete
  12. Haaah kjee baru teringat petua halau semut. Letak bateri kecik yg sudah terpakai di tempat banyak semut. Insya allah semut tak datang. Tapi kjee x pernah try sebab umah kjee x ada semut langsung.

    ReplyDelete
  13. Lorr.. baru baca entry kak jee.. Ari punyalah susah hati buat open house lalat punyalah banyak... buh lilin.. padam jer lilin trus datang balik lalat.. Anyway thanks pada petua kakjee ni... sangat2 berguna..

    ReplyDelete
  14. wah terima kasih kakjee sebab share..saya nak cubalah kat kampung jumaat ni ada open house.Tang nyamuk tu saya pakai kelambu, tapi tangan cecah jaring kelambu tu, nyamuk cucuk dari luar.Sama je kalau tak pakai pon..hahaha

    ReplyDelete
  15. Terima kasih kak jee.info yang sgt2 berguna.

    ReplyDelete
  16. saya dh try smlm balik umah tok nyamuk brmaharajalela gigit baby sy..pas amik limau nipis cucuk cengkeh nyamuk xnmpak byg dh..

    ReplyDelete
  17. sy dh try smlm letak limau nipis n cucuk cengkeh kt bawah buaian baby sy..alhamdulillah tiada lg gigitan nyamuk

    ReplyDelete
  18. :) terima kasih kak jee

    ReplyDelete
  19. Ok jugak.Ada tak tip utk hapus atau halau tikus. Macam macam racun dah guna tak berkesan sakit jiwa tolong

    ReplyDelete