Tuesday, August 13, 2013

MIHUN KARI NYONYA KJEE YANG BEST...EWAH






Inilah hidangan Mi Kari Nyonya ketika sahabat seperjuangan Kjee di NST dulu, Asraf Dahari (yang jugak Photographer fav arwah Sudirman), isterinya Aida dan anak daranya Amira, penyanyi utama kumpulan TILU, datang berkunjung. Mi Kari Nyonya memang fav Asraf. Kononnya dia sanggup terjah jauh mana pun kalau ada orang kata Mi Kari kat kedai sekian2 sedap!

Mulanya Kjee nak buat soto ayam sebab ada nasi impit. Kjee kol Asraf dan dia kata okay jer. Tapi apabila Nadia kata nak makan Mi Kari Nyonya, Kjee call Asraf sekali lagi. Bukan main suka lagi dia!

Oleh kerana Kjee tak berapa sihat, Nadia ditugaskan membuat segala persiapan dan Kjee buat rempah Mi Kari. Tugas mengopek kerang, bidang kuasa Kjee dan UnclePali sebab Nadia allergik kopek kerang tapi makan tak allergik!!

Dalam gambar tak nampak ayam sebab gambar ini Kjee ambil pagi selepas ia dihidangkan kepada tetamu semalam. Kjee bekalkan sedikit buat Aiman, anak bujang Asraf yang tak datang sebab puasa sunat. Nadia pulak bekalkan buat ibu CH dia, si Sham.

So bila nak amik gambar tadi baru Kjee perasan ayam tak ada. Hanya ada chicken balls Ayam Mas, taugeh, taupok dan kerang. Tapi korang bayang-bayangkan ajelah dalam mangkuk tu ada ayam. Hehehe.

Rempah semalam banyak berbaki. Nadia dah bekukan dalam freezer supaya senang kalau ada tetamu datang. Cuma tambah santan, ayam dan semua yang sewaktu dengannya. Yang leceh buat rempahnya kan? So kalau ada yang teringin, koling2 jer lah yer.

Untuk resipi korang klik sini. Sedap Mi Kari ni. Kalau korang tak percaya, buatlah. Ewah.






Related Posts:

  • Taufoo Jepun Lembut Kukus Yang lembut tu taufoo tau bukan orang Jepun. Jangan lak baca...taufoo si Jepun lembut. Marah nanti dia orang kan? Hehehe gurau jer sekali sekala. Ini salah satu makanan yang cukup elok untuk yang nak diet. High in protein… Read More
  • INI JER YANG KJEE SELERA SEJAK DEMAM DAN SAKIT TEKAK Read More
  • CHINESE FOOD UNTUK BERBUKA HARI NI? Apabila kita bercerita mengenai Chinese Food atau makanan Cina, pasti ramai beranggapan ia makanan yang tidak pedas. Oppps silap tu. Sejak kebelakangan ini, makanan Cina pedas2 terutama sekali kalau menu itu da… Read More
  • IDEA HIDANGAN BERBUKA PUASA/SAHUR ... 5 Hari ni Kjee nak kongsi tiga resipi yang sedap tetapi agak mengambil masa untuk disediakan. Sebab itulah Kjee syorkan dibuat di hujung minggu. Anak2 ada dan korang yang berkerja, cuti. Semalam Kjee ajak UnclePali per… Read More
  • TAHU BAKAR SOS PEDASkjee dah kata hari tu kalau otak dah beku tak tahu apa nak tulis atau kalau sibuk buat skrip, kjee akan masukkan entry resipi. kali ni, kjee nak bagi korang terliur dengan resipi tahu bakar. ini antara makanan favorite kjee.… Read More

2 comments:

  1. salam kak jee.. dha buat mmg terbaekkkkk :) dan simple... ini lah resepi yang mudah dan sedappp

    ReplyDelete
  2. Baru buat smlm kak jee sedap sangat semoga bertmbh murah rwzeki kak jee

    ReplyDelete