Pages

Tuesday, August 6, 2013

HOME MADE TART NENAS NYONYA







Dapat jugaklah Kjee buat sejenis jer biskut untuk Raya tahun ni. Actually, kalau tak berbau dapur dengan aroma baking, tak sah Raya. Hehehe.

Kjee beli 5 jenis biskut Itas Delight sementara ada sahabat sumbang dekat 10 jenis biskut tak termasuk sambal daging, kacang botak dan kerepek. Memang itulah rutin sahabat tu setiap tahun. Kjee mesti disenaraikan sebagai salah seorang penerima sumbangannya. Alhamdullilah mudah2an murah rezeki beliau. Amin.

Gini rupa acuannya



Hah berbalik pada tart nyonya Kjee kali ni. Bukan resipi baru tapi Kjee guna acuan baru jer. Kali pertama nampak biskut guna acuan ni di blog Masam Manis. Kemudian Che Mat Gebu pulak buat. Kjee jenuh cari acuan cam ni tapi tak dapat. So apa lagi, Kjee pun koling2 Che Mat dan beliau hantarlah tiga jenis acuan termasuk yang acuan ada heart kecik2 ni. Thnx Che Mat.

Senang guna acuan ni. Tak payah nak guna penyepit. Kalau arwah bonda tahu dia mesti marah. Katanya, tart nenas mesti disepit. Baru ori. Jangan malas!  Anyway, kita haruslah ikut peredaran zaman kan? Hahaha dialog cliche orang malas.

Kjee guna teknik sama seperti di sini. Mudah. Kejap jer siap. Tapi dek kerana tak berapa sihat semalam, buat dua adunan jer. Untuk makan sendiri. Tapi tak nyorok balang bawah katil so, yang datang berkunjung, siapa cepat dia dapat rasa.  Dua biji sorang jer tau, while stocks last. Hehehe.












Ini yang tunggu giliran masuk oven

4 comments:

Rozita said...

wah... kak.. gemuk2... comel2..

aziekz said...

Rugi k.jee..klu jual saiz besar camtu..kecuali harga lain...,inti bnyak saiz besar..mmg lazat ka

Anonymous said...

Uhh sgt mengoda...LIKE 1000x...slmt ari raya in advance kak gee

The mom said...

Salam kak jie, kak jie pnh wat kuih bahulu tak? Klu pnah..leh bg link?

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...