Pages

Friday, August 16, 2013

JANGAN TAMAK MAKAN DI GERMAN DELI IMBISS







Dah lama Kjee dan Nadia tak jalan2 sama2, cuci mata dan window shopping. Dulu memanjang dia sibuk dengan studies. Pastu habis jer internship terus kerja. So apabila dia dah ambil cuti panjang untuk temankan Mama, baru hari ni kami habiskan masa bersama.

It was Gurls Day Out. Just the two of us. Ronda2 KL sambil cuci mata. Lepas tu singgah di Mesjid India. Kalau ke sana, apa lagi tujuan Nadia...beli tudung!! Tak pernah cukup koleksi tudung anak dara Kjee yang sorang ni.

Anyway, lepas shopping sikit2, terasa lapar pulak. Cuaca panas terik. Kjee ajak Nadia pergi restoran yang sejuk. Dia suggest pergi Ampang Point.

On the way to Ampang Point, tetiba Kjee ternampak bangunan Pasaraya Max Value. Kat situ ada restoran jual burger dan sewaktu dengannya yang sedap sangat. German Deli Imbiss!!!




Braised Beef With Home made sauce





























"Kenapalah kita tak pernah terfikir nak makan kat situ tadi ya Mama," kata Nadia sambil buat u-turn masuk ke area Petronas, Jalan Kolam Air Lama.

So tadi kami ke German Deli Imbiss, restoran makanan Jerman milik seorang chef berbangsa Jerman yang beristerikan orang Melayu.

Duduk jer, Nadia order Rootbeer dalam mug yang besar bagak! Satu liter air rootbeer yang chilled dengan harga RM5.50. Boleh minum dua hingga 3 orang.

Kjee kemudian order Braised Beef with Home made sauce (RM17). Nadia pulak order Chicken Schnitzel (RM13.50) ala2 boneless Chicken Chop.

Apabila makanan sampai, Kjee dan Nadia terkedu. Portion punyalah besar!!! Kalau UnclePali ada, tak perlu lagi order makanan lain.

Braised Beef yang Kjee order sedap sangat. Dagingnya lembut hingga Nadia kata dah tak rasa macam daging lagi! It just melts in the mouth.



Chicken Schnitzel. Penuh pinggan dengan fries!




























Chicken Schnitzel Nadia biasa2 jer. Tapi punyalah banyak French Fries yang dihidangkan!

Anyway, kami berdua tak habis makan. Kalau Kjee habiskan, mungkin tak boleh nak bangun atau teruwekkk kat situ jugak.

Dah serik nak tamak kalau ke sana. Lain kali order satu pinggan jer dan share dua orang. My advice kepada korang yang nak makan kat sana. Order satu pinggan dulu. Kalau rasa tak cukup baru order lagi. Harganya amat berpatutan.

Entri lalu boleh klik SINI.



Air ini pun susah nak habis walau share ngan Nadia!!

2 comments:

Anonymous said...

Salam Kak Gee, root beer tu kan kalo nk senang abis letak ais krim vanilla Kak Gee mmg terangkat. Kalo minum cam tu mmg payah nk perabis. Ini pengalaman saya. Selamat Hari Raya Kak Gee ku sayang. Rynn.

edan rashid said...

Salam kak... 1st time masuk sini... hah... tengah jalan2 carik makan jumpa pulak blok ni. best.. ^_^

anyway kedai ni punya menu memang best. antara tempat saya melepak kalau rasa perut kosong sangat.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...