Pages

Thursday, August 29, 2013

JOM SOKONG TAYANGAN FILEM 'TANDA PUTRA'!




PETALING JAYA: Penerbit dan pengarah filem, Datin Paduka Shuhaimi Baba membidas Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan menganggap Ketua Menterinya, Lim Guan Eng sebagai berfikiran sempit kerana gagal membezakan karya seni dengan politik.

Shuhaimi atau lebih mesra dipanggil Shumi berkata, tindakan Lim melarang filem Tanda Putera daripada ditayangkan di pawagam seluruh negeri itu sebenarnya menjadikan karyawan seni sebagai mangsa politik.

"Jika betul dia (Lim Guan Eng) ingin menyekat tayangan filem tersebut di negeri itu, ia adalah sesuatu perkara yang tidak matang dan bersikap prejudis.

"Beliau seharusnya dapat membezakan politik sempitnya dan industri kreatif negara," katanya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Rabu.

Shumi berkata demikian ketika diminta mengulas langkah kerajaan negeri Pulau Pinang pada Rabu yang meminta semua pengusaha panggung wayang di negeri itu tidak menayangkan filem kontroversi, Tanda Putera.

Lim mendakwa filem itu mempunyai adegan yang boleh mencetuskan provokasi. apabila beberapa pemuda Cina dipaparkan membuang air kecil di perkarangan rumah Menteri Besar Selangor serta di satu bendera Malaysia.

Tambah Shumi, jika pihak pawagam menyekat tayangan filem tersebut tanpa persetujuan pihaknya, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) boleh mengambil tindakan menarik balik lesen pawagam kerana filem berkenaan berada di bawah skim wajib tayang.

"Setakat ini kita tidak ubah apa-apa dan tayangan di Pulau Pinang akan diteruskan kerana filem ini di bawah skim wajib tayang.

"Bagi pawagam yang menarik balik tayangan tanpa sebarang persetujuan daripada pihak kami atau Finas, tindakan menarik balik lesen pawagam boleh kenakan," katanya.

Tanda Putera memaparkan kisah Perdana Menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak Hussein (Rusdi) dan timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman (Zizan) berusaha memulihkan negara susulan peristiwa pergaduhan antara kaum pada tahun 1969.

Filem yang dihasilkan pada tahun 2011 itu bagaimanapun tidak diluluskan oleh jemaah Menteri yang membuat keputusan menangguhkan tayangannya kerana dikatakan terdapat adegan yang tidak bersesuaian dan dikhuatiri boleh menimbulkan konflik di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Tanda Putera yang diterbitkan oleh Pesona Pictures Sdn Bhd dan Finas dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC).

Ia ditayangkan ke seluruh negara bermula Khamis. - mStar Online

9 comments:

Ayie Abas said...

dia dah rasa pulau pinang tu dia yg punya..agaknya

Angah said...

tu baru mentadbir pulau pinang,kalo dapat negeri lain taktau la,..habihla ..

qishi okawa said...

dah tgk citer ni..sedih...semua kn tgk x kira bangsa ape..tgk dengan pemikiran yg positif...nilai msg yg disampaikan,...sejarah Negara kita...

Anonymous said...

Salam, Kak Gee dia takut dengan bayang2 sendiri tu. Malu kot tengok cerite tu. X dapat menerima hakikat. Betul yang amat2 pendapat kawan2 yang komen kat atas, tu baru dapat Penang blum dapat satu malaysia. Kalo dapat agaknya cam ne la tuh. Silap2 nama orang semua kena tukar jadi nama cina. Yang haram semua dihalalkan. Habis dipijak2nya orang Melayu. So, orang Melayu kena hati-hati lah ya untuk memilih yang mana kaca dan permata untuk PRU 14.


p/s : Skang x mahu fikir lain cuma fikirkan Bangsa Melayuku dan Agama Islamku.

Anonymous said...

Kadang2 kata2 pahit itu benar.negara kita pernah dijajah.nenek moyang kita sudah serik,takut utk berperang.jgn kasi muka kat org cina ni,diorang busuk hati,ni pesan org tua yg pernah rasa asam garam,pernah alami phobia 13mei dulu.sayangilah negara kita,jgn kita dijajah lagi oleh kaum kafir laknat.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

sy mesti tonton!!!

makcikkantin said...

entah apa2 la cha-ya-nun-alif made -in-melaka ni...tu pun org kita tak sedaq lagi...

Anonymous said...

Assalam semua, saya sokong makcikkantin, orang Melayu kat Melaka tu kalo x ingat dan x sedar2 lagi nak sokong kerajaan, alamat jadi macam Penang la nasib korang nanti. Hati2 orang Melayu Melaka. Tengoklah nasib orang Melayu Penang sekarang ni. Tapi nak buat macam mana nasik dah jadi bubur.

Anonymous said...

Hai kakjee,mkcik ingat masa mkcik belajar kat obersea muda2 dulu di Sydney.ada satu kumpulan student cina penang,depan2 kita student melayu ni,buruk2kan kerajaan msia kerana pilih kasih,pada principal sekolah sana. Kita pun marah@geram tapi tak kuasa nak gaduh2 atau berhujah.ha!itulah terserlah niat jahat cina penang,jgn korang tak tahu.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...