Pages

Friday, August 2, 2013

KASTAD TELOR JEPUN YANG ENAK


























Cawanmushi, kastad telor Jepun yang Kjee sekeluarga suka sangat. Kalau pergi makan kat restoran Jepun, tak sah kalau tak order satu atau dua bekas cawanmushi.

Kjee seringkali layari internet untuk mencari resipi cawanmushi. Tetapi setiap kali meneliti bahan2nya, Kjee tak jadi buat. Antara bahan asasnya ialah bonito flakes. Masa Kjee pergi Jepun dulu, Kjee pernah singgah kat kilang bonito flakes.

Bonito Flakes adalah bahan asas yang dibuat dari sejenis ikan yang mudah didapati di perairan Jepun. Ikan itu disalai dan diricik halus jadi macam wood carvings. Itulah yang digunakan sebagai asas sup kebanyakkan masakan Jepun.








Tiap kali Kjee ke pasaraya terkemuka nak cari Bonito, Kjee sering pening sebab bungkusannya tertera tulisan Jepun.

Tapi hari ini, ada teman FB yang tunjuk Kjee resipi Cawanmushi tanpa guna Bonito Flakes. Guna chicken cube sahaja. Well, tunggu apa lagi kan?

Berpandukan kepada blog Hana's Family, Kjee pun mulalah projek dengan UnclePali. Siang tadi Kjee dah rendam Shitake Mushrooms walaupun mengikut resipi ori orang Jepun mereka guna fresh Shitake Musrooms.




Resipi Hana guna ayam tapi Kjee guna udang dan crab sticks. Sebenarnya suka hati kita nak letak apa seafood yang dihiris nipis.

Ini resipi penuh Hana.

Mudah saja nak buat. Tetapi kalau korang nak texture Cawanmushi yang halus, kenalah pandai adjustkan api kukusan. Kalau apinya besar, bancuhan telor dalam mangkuk itu akan mendidih dan naik. Texturenya akan menjadi kasar. Texture Cawanmushi harus halus.

Happy sangat dah tahu cara nak buaat cawanmushi. Lain kali tak payah tunggu untuk ke restoran Jepun untuk menikmatinya.











4 comments:

FARAH deeb said...

Uuu taknah rasa. Tok laki saya 2 tahun dok Jepun tapi taknah lak cite pasal ni. Yang dia dok citer TakoYaki, Takoyaki hahaha... SELAMAT HARI RAYA kak! Jemput Singgah: Salam Aidilfitri 1434

Anonymous said...

sebenarnya bonito flakea to ikan tongkol yg diasapkeringkan. lepas tu di shave nipis nipis.

tu aja.
sbb tu ikan rasa kuat. kan ikan tongkol rasa kuat..nak hilang hanyir kita rebus dgn asam jawa etc.
anyway its ikan tongkol yg diasap keringkan. kdian di shave isinya..tak racik..dia scrape..

Anonymous said...

salam

ikan tuna yg agak sedang besar dibuang kulitnya.sigaram seluruh badan dan perut lalu direbus dgn api perlahan
seketika didalm air garam..lepas tu di.smoke asap kan sahaja tau..kdian dijemur.
ksian dishave dgn sejenis alat dibuat dari kayu.

Anonymous said...

mostly suma ikan tongkol nindi tangkap dari ostolia. sea weed darinchina.netc.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...