Pages

Saturday, August 31, 2013

KILANG HARAM DI SELAYANG PUNCA SUNGAI TERCEMAR


ehsan google



KUALA LUMPUR: Anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dengan bantuan polis dan pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri Selangor pada Sabtu menyerbu sebuah kilang haram di Jalan Batu Arang yang dipercayai menjadi punca Sungai Selangor dicemari tumpahan diesel.

Presiden MPS, Mohd Azizi Mohd Zain berkata pihaknya telah mengeluarkan 14 saman kepada syarikat tersebut yang berjumlah RM34,000 atas pelbagai kesalahan.

"Pemilik kilang itu melakukan pelbagai aktiviti perindustrian berat di atas lot ini, termasuk mengumpul sisa minyak dan melakukan pemprosesan semula minyak tersebut.

"Mereka memunggah sisa minyak itu dari dua pemilik lori yang mengendalikan perniagaan itu," kata Mohd Azizi.

Kilang tersebut terletak 500m dari AEON di Rawang, dekat dengan kawasan kediaman mewah di situ.

Penduduk-penduduk di kawasan itu sering membuat aduan mengenai bau busuk dari kilang tersebut dan menggesa pihak MPS supaya menutup kilang itu.

Namun, kilang itu masih beroperasi.

Pegawai MPS berkata kilang itu pada hari ini bukan saja ditutup tetapi disita dengan beberapa anggota penguatkuasa diarahkan untuk berkawal bagi memastikan ia tidak beroperasi lagi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan telah berkurangan dan pelbagai jabatan - MPS, pejabat tanah Gombak dan JAS - akan diminta untuk menilai kesalahan yang telah dilakukan.

Pemilik lot itu tidak dapat dihubungi oleh pihak MPS apabila mereka menyerbu kilang tersebut.

1 comments:

EJ said...

Pakat ghamai2 guna air RO. selangor mmg air sgt....sgt....kotor...jaga buah pinggang sebelum kena hukum cuci di pusat hemodilisis...huhuuu

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...