Pages

Sunday, August 4, 2013

PERTEMUAN ANAK SENI VETERAN






Tiada kata2... hanya gambar2 sahaja yang dapat menceritakan kegembiraan bertemu rakan2 seperjuangan dari zaman drama TV hitam putih.

Pertemuan kami dalam majlis berbuka puasa Persatuan Kebajikan Artis Malaysia, dipenuhi suasana girang sert hiba. Seronok bertemu setelah lama tidak berjumpa. Dan hiba melihat sebilangan besar mereka agak uzur.

Pun demikian, demi mengenangkan silaturrahim yang telah dibina sekian lama, yang uzur tetap hadirkan diri. Semangat setiakawan masih utuh.

Dato Aziz Satar, sebagai Presiden PKAVM, memohon agar ahli2 veteran bersatu dan menyokong setiap aktiviti yang dijalankan persatuan. Walaupun tidak mempunyai dana yang besar, namun Persatuan akan cuba membantu seboleh mungkin, artis yang sakit dan juga bantuan2 lain seperti pendidikan untuk anak2 artis yang memerlukan.

Kesempatan diambil untuk memohon ampun dan maaf, sekiranya di lain kali... tidak bertemu lagi...

Lebih 200 artis veteran menghadirkan diri.

Dapat lagi duit Raya. Terima Kasih daun keladi....



Presiden, Dato Aziz Satar


Bersama Kartina Aziz yang kini nenek kepada 2 orang cucu


Bersama penyanyi Fatimah Razak, Sofia Ibrahim, Norlia Ghani dan pelakon Rahim Kidul

Me and Kak Norlia

Ruminah Sidek aka Mak Mah yang cute

Kak Sofia Ibrahim maintain jelita

Bersama Hjh Mariani, Seniwati Salmah Ahmad dan penyanyi Datuk Yusni Hamid

Zulkifli Zain dan Normala Omar

Kak Maimun hadir walaupun tidak sihat


Pelakon veteran Karim Latiff menerima sumbangan

Kamal Pendek dan Hj Hisham Ahmad Tajuddin antara penerima sumbangan


Hajah Hazimah Haron, Pelakon dan Pengerusi Biro Kebajikan SENIMAN

Bersama Kak Mimi Loma, Anita dan Delimawati

Abang Halil Chik

Kekasih awal dan akhirku

5 comments:

Mat Gebu said...

...salam kak jee...bila tgk akak dengan kartina aziz, teringat drama 'rumah kedai'...

Kjee said...

Hehehe kenangan mengusik jiwa, Che Mat. Those were the days....

shaty said...

as salam Kak Jee .. thanks a million kerana berkongsi wajah mereka yang suatu ketika dulu glamour juga :) apa pun saya paling suka menatap wajah Abg Zul dan isteri, Kak Normala. Maintain bahagia ! I LIKE :) Pastinya mereka begitu sabar melayari kehidupan sebagai anak seni yang penuh dugaan terutamanya bila ' tiada pencen kewangan ' !! Alhamdulillah mereka Berjaya menjadi role model untuk pasangan yang muda. Semuga kehidupan mereka terus dilimpahi sinar bahagia dan diberkatiNYA.

CLEO said...

salam kak jee. nengok gambar kak jee dgn kartina aziz ni terus je teringat dgn ceta Rumah Kedai waktu zaman kecik2 dulu. tiap kali bulan puasa memang duduk depan tv nunggu ceta tu.

how i wish tv3 dpt ulang tayang kan balik ceta tu or buatkan koleksi dvd. sah2 saya akan beli punya hehe.

eszek said...

Salam kjee. Antara byk2 lakonan kjee, drama bersiri Rumah Kedai yg plg meletop. Sanggup tlg arwah mak siapkan awal2 juadah berbuka asalkan tak terlepas seminit pun drama tu. Selamat Hari Raya utk Kjee sekeluarga

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...