Pages

Tuesday, August 6, 2013

RUMAH TERBUKA PM, JEMAAH MENTERI PADA RAYA PERTAMA









PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama anggota jemaah menteri akan mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri, di Kompleks Seri Perdana pada raya pertama, mulai 10.30 pagi hingga 4 petang.

Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis itu dan bagi memastikan kelancaran trafik orang ramai diminta mengunakan perkhidmatan bas Nadi Putra yang disediakan percuma.

Perkhidmatan bas akan beroperasi bermula 9 pagi hingga 5.30 petang dari tiga lokasi iaitu Putrajaya Sentral, Laman Perdana 1Malaysia dan Masjid Putra.

Orang ramai boleh meninggalkan kenderaan masing-masing di tiga lokasi berkenaan untuk menaiki bas dengan kekerapan selang 15 minit.

Aidilfitri dijangka disambut Khamis ini.

Sementara itu, majlis rumah terbuka Perdana Menteri selaku Anggota Parlimen Pekan akan diadakan pada 17 Ogos (Sabtu) bermula 10 pagi hingga 2 petang di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang. - BERNAMA

1 comments:

atievan said...

selamhari raya maaf zahir & batin buat kak jee dan keluarga.....salam aidilfitri dr saya diperantauan indiana,usa

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...