Pages

Wednesday, November 6, 2013

ROZITA KE AMYZA PILIHAN MELODI?


foto ehsan mStar Online


Beberapa minggu lepas, apabila Amyza Aznan jadi hos gantian dalam rancangan Melodi, Kjee hantar sms kat dia, sebaik sahaja selesai rancangan itu. Tak silap Kjee ketika itu rancangan tersebut dibuat di Kucing, Sarawak.

Kjee kata kalau berterusan jadi hos Melodi kan bagus. Sebab rasa-rasanya selepas Ogy Ahmad Daud, tak ada hos wanita lain yang sesuwai.

Amyza balas sms Kjee. Dia kata: "Ala saya hanya jadi hos ganti jer."

Tapi Kjee tahu Amyza tentu excited kalau dia benar-benar dipilih menjadi hos tetap rancangan itu. Maklumlah, Kjee rasa sudah sampai masanya TV3 pilih bunga pulak untuk digandingkan dalam rancangan kesukaan ramai tu.

Dan hari ini, Kjee baca di mStar Online, TV3 telah shortlist dua artis iaitu Rozita Che Wan dan jugak Amyza Aznan. Tidak tahu mana satu antara dua artis itu akan dipilih setelah menjalani uji bakat.

Selebihnya, korang baca di bawah ni.








Amyza Aznan Syukur Jika Berpeluang Jadi Hos 'Melodi'

PETALING JAYA: Pelakon Amyza Aznan berkata dia amat bersyukur jika diberi peluang mengemudi rancangan Melodi kerana kerjaya itu juga mampu mengasah bakatnya sebagai seorang pengacara.

Amyza, 37, berkata, Melodi merupakan sebuah rancangan yang mempunyai ramai peminat dan peluang menjadi hos tentunya dinanti-nantikan oleh semua orang.

"Siapa yang tidak mahu menjadi pengacara Melodi? Ia adalah sebuah rancangan yang popular selain mempunyai ramai pengikut dan sekiranya saya diberi peluang untuk bergelar hos ia adalah peluang yang sangat baik," katanya kepada mStar Online.

Amyza berkata demikian ketika diminta mengulas kehadirannya bersama pelakon Rozita Che Wan di TV3 untuk menjalani uji bakat rancangan hiburan itu.

Dalam pada itu Amyza berkata, kehadirannya dengan bukan bermakna mereka bakal menggantikan Zizan Razak dan Awal Ashaari sebaliknya ia adalah sekadar memenuhi permintaan pihak penerbitan rancangan hiburan tersebut.

"Saya dan Che Ta (Rozita) sekadar pergi uji bakat dan pihak produksi tidak mengatakan sama ada kami akan menggantikan Awal dan juga Zizan. Ia sekadar uji bakat sahaja,” katanya.

Sementara itu, Amyza berkata, dia akan bergandingan dengan Awal menerusi program itu pada 24 November ini bagi menggantikan Zizan.

"Sebelum ini pihak penerbit telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan program itu semasa Jom Heboh di Sarawak. Mungkin atas kepercayaan itu mereka memanggil saya untuk menggantikan Zizan pula kali ini.

"Walaupun saya hanya muncul untuk satu episod tetapi saya menganggap ia satu peluang besar kerana mereka percayakan kredibiliti saya," katanya.

Melodi disiarkan setiap Ahad di TV3 pada pukul 12.30 tengah hari. - mStar Online

9 comments:

intandayani said...

Macam suka Amyza lagi je sbb Che Ta kaku la memalu kucing..

careno said...

Tak sempat nak tgk amyza kat melodi ari tu... dgr kate mcm ok gak die jd pengacara tu...

norhidana miswan said...

amyza sesuai lah dia jenis selamba pastu jenis kelako, kalu cik ta jenis control lawo... dh tak syok dh melodi tuh jd mcm nona lak... hehhehe

mama maman aka yana said...

amyza nih lg sesuai kot... gila2 sikit... cikta mungkin sebab dia lawa jew kot...

ieda said...

amyza is much better.....memang jenis lawak spontan.

ibuaries said...

cik ta dulu pernah jd hos dgn ally iskandar utk anugerah apa ntah. x best la. control ayu sangat. Amyza ok rasanya. Dia kan lebih spontan & pandai jugak buat kelakar

y@N@^y@Ni said...

saya pun ada terbaca dalam kosmo semalam
kalau TV3 tanya peminat, rasanya memihak pada amyza =)

happy itu saya!

Irfa said...

pilihan saya ialah Amyza ;)

Anonymous said...

Go Amyza go:)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...