Pages

Saturday, October 25, 2014

PULUT KUNING DI ULANGTAHUN PERKAHWINAN KAMI







Alhamdullilah. Tertunai jugak niat Kjee nak buat pulut kuning untuk hari ulangtahun perkahwinan kami. Kjee rasa ini first time Kjee buat untuk anniversary. Ada sekali dua Kjee buat untuk birthday.

Senang buat Pulut Kuning kerana lauknya simple sahaja dan penyediaannya pun mudah. Kjee memang tak pernah ada masalah buat Pulut Kuning ini sebab masa muda-muda dulu selalu tolong Bonda buat.

Dan masa Kjee meniaga di Food Court Anjung Melawati, Pulut Kuning ini adalah hidangan istimewa di hari Ahad. Kalau tak silap, Kjee jual Pulut Kuning dengan rendang daging, hanya RM3.50 satu portion. Begitu manis kenangan ketika itu.

Anyway, bagi orang Melayu, Pulut Kuning ni cukup bermakna dalam menyambut sesuatu peristiwa penting seperti kelahiran, perkahwinan dan lain-lain yang sewaktu dengannya.





























Resipi untuk Pulut Kuning, sila lihat sini

Untuk rendang daging, Kjee buat biasa-biasa jer. Bawang besar, bawang putih dan cili kering yang telah dikisar, diperap seketika dengan daging yang telah dipotong-potong. Kalau nak pedas tambah sekali cili padi yang dikisar dengan cili kering. Kemudian masukkan dalam kuali dan curahkan santan.

Untuk 1 kilo daging, Kjee guna 2 kilo santan pekat. Bubuh jugak serai yang telah dititik, lengkuas yang telah diketuk serta halia yang jugak diketuk. Masukkan jugak 2 keping asam gelugor dan lebih kurang 5 helai daun limau purut. Kekadang Kjee letak jugak daun salam tapi kali ni tak ada stok. Kalau ada, memang sedap. Letak juga sehelai dua daun kunyit yang telah disiat-siat.

Masak atas api hingga mendidih, pastu perlahankan api dan direndidih sehingga hampir kering dan jugak daging sudah cukup empuk. Kemudian masukkan kerisik. Kjee beli jer kerisik tapi kalau buat sendiri memanglah mantop!

Untuk rendang kali ini, Kjee letak 1 sudu besar kicap hitam yang tidak masin. Saja nak bagi warna. Jangan lupa perisakan dengan garam dan juga sedikit gula. Itu jer.




5 comments:

Faudziyah Haji Ariffin said...

Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan Kak GEE. Saya doakan Kak Gee dan pasangan berbahagia hingga ke Jannah. Aminnn...

paridah said...

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN JEE/UNCLEPALI MOGA KEKAL BHGIA BERSAMA HINGGA KE SYURGA...INSYA ALLAH...

inahar ali said...

Salam rindu kakjee cayang..hepi anniversary wat kakjee & unclepali..moga cinta kasih kalian kekal mekar selama2nya..insyaallah..amiinn! nk kenen pulut kuning sikit kakjee..kita masak rendang ayam arini tp mamam ngan nasi putih jer..huhu!

Shiela said...

Sedapnyer nampak pulut kuning kjee.. Apa pun dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun Perkahwinan buat Kjee dan Uncle Pali. Moga kalian berdua dilindungi dan dirahmati Allah sentiasa. Ameen..

zard said...

sorry sorry... happy belated anniversary k. jee & unclepali, moga terus bahagia hingga ke jannah. rupa pulut kuning k. jee cantik seiras macam arwah tok zaph buat.. sbb ramai yang buat pulut kuning serupa tanak nasi lembik.. huhu.. mengamit kenangan silam ni.. :)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...