Monday, October 6, 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA








Ada tak orang yang tak suka kejutan? Tak kisahlah kejutan dalam bentuk apa sahaja. Orang hanya tak suka kejutan yang negatif. Selain itu, semua okay.

Hehehe orang demam sedang menulis entri ini. Sebab tu merepek tak tentu hala.

Okay, sebelum story panjang, Kjee nak ucapkan Salam Aidil Adha kepada semua yang beragama Islam. Kjee masih maintain guna Salam Aidil Adha walaupun ada yang dah guna ayat-ayat atau perkataan berbelit-belit lidah. Antaranya Eidul Adha, Eid Adha dan sebagainya.

Samalah macam orang gunakan perkataan Selamat Iftar untuk Selamat Berbuka Puasa. Pada Kjee, ayat-ayat lama yang telah Kjee gunakan sejak kecik lebih sedap didengar. Sukatilah kan. Minat memasing berbeza-beza. Kubur kita pun kelak bukan satu liang. Hehehe.

Kan Kjee dah warning yang Kjee demam sejak beberapa hari so banyak merapu. Actually entri ni Kjee nak tayang Kari Daging Korban. Tak larilah jugak topik kot sebab hari ni kan ramai umat Islam yang melakukan ibadah korban. Justru, ramai jugak haiwan yang dikorbankan. Alhamdullilah.

Tetapi yang paling sweet apabila Kjee langsung tidak menjangka akan dapat daging korban. Dah banyak tahun dah tak merasa, Kalau tak silap empat tahun. Dah tak ada rezeki lah pulak kan.

Anyway, dalam hati Kjee tak terfikir pun lagi nak dapat daging korban, tiba-tiba dapat sms dari Faizah Shahbudin, sahabat FB yang tinggal berhampiran Zoo Negara. Dia minta alamat nak hantar daging korban. Pucuk dicita ulam mendatang.










Alhamdullilah syukur. Terima kasih banyak-banyak Faizah. Dia telah menghulurkan dua peket daging yang tersangatlah elok rupanya. Satu peket daging batang pinang dan satu lagi daging pejal.
Daging batang pinang tu akan Kjee masak esok. Dan yang pejal tetapi sangat lembut, Nadia masak kari daging campur kentang.

Walaupun sudah lama Nadia tak masak kari, Kjee beri pujian kelas pertama. Hehehe sungguh ni. Sedap sangat kari daging yang Nadia buat sampaikan tak sabar nak tunggu pagi esok nak makan dengan frozen roti canai pemberian Elani Kadir hari tu.

Itu jer yang Kjee nak story. Kalau sehari dua ini no entri, maka korang tahulah mokcik masih demam. Oppps ada lagi satu entri yang Kjee nak tayang. Untuk Raya Haji, Kjee dan UnclePali buat ketupat daun palas. First time. No trial and error. Terus menjadik!

Tunggulah esok lusa ya Kjee tayang.

By the way kalau korang nak resipi Kari Daging, sila KLIK sini. Kalau bubuh kerisik amatlah sedap tapi tak ada stok. Naseblah. Hehehe.




2 comments:

  1. Selamat hari raya buat Kakjee dan keluarga. Semoga kembali sihat dan dapat memeriahkan suasana Raya di alam maya.

    ReplyDelete
  2. SELAMAT HARI RAYA HAJI JEE NADIA UNCLEPALI MAAF ZHR BTN...WAH DH PANDAI BUAT KETUPAT PALAS YA...KAK NI MMG SUKA SGT BUAT KETUPAT PALAS DULU2 LA NI DH XDAPEK...MOGA JEE CPT SEMBUH DARI DEMAM TU YA..KAK DOAKAN SELALU.

    ReplyDelete