Friday, October 31, 2014

SEMINGGU BERAPA KALI DAAAA MASAK KARI! HEHEHE









Ehhh Kjee ni asyik masak kari jer. Kelmarin masak Kari Ikan Talang Kering. Selang dua hari masak kari ikan Jenahak pulak! Tak boring ker?

Hahaha korang tak tahu yang ada kalanya siang malam kami makan lauk kari. Misalnya pagi gi kedai mamak pekena tosei atau roti canai. Pasti ada kuah kari atau dhal. Tengah hari kat rumah, Kjee masak kari ikan, ayam atau daging. Pastu malam kalau lauk siang dah habis, UnclePali ajak gi makan kat kedai Nasi Kandar.

Walaupun Kjee tak ada darah India tapi kami amat suka makan lauk kari. Lagipun sekarang kan musim sejuk. So makan lauk kari bolehlah panaskan sikit badan. Asal hati tak panas, udah ler yer. Hehehe.

Hari ni sebenarnya Kjee tak ada plan nak masak kari. Pagi tadi lepas pekena rawa tosei kat Restoran Thurkah, Kjee ajak UnclePali pergi pasar. Tak tau nak beli apa. Dalam kepala cuma terfikir nak beli ikan.

Wahhh sekarang musim udang galah! Ramainya orang jual. Dua hari lepas Kjee teringin nak makan Udang Galah tapi pagi ini selera tertutup. Tengoklah kalau ada minggu depan.

Kemudian Kjee dengar jeritan satu abang lelong ikan-ikan yang dijual. Maklumlah jam dah dekat pukul 11. Hari ni kan hari Jumaat. Semua peniaga tak sabar-sabar nak habiskan jualan sebab nak gi solat.









Ada ikan Jenahak, ikan bawal hitam dan juga ikan tongkol. Ikan Jenahak dan Ikan Bawal Hitam hanya RM10 satu longgok. Kjee belek-belum. Isyhhh masih segar. Kenapa jual murah, Kjee tanya abang tu.

"Hari ni anggap saya buat amal jariah. Jual harga kos sebab saya dah nak balik ni," kata abang tu. So, Kjee ambil satu longgok 3 potong isi ikan jenanak, satu longgok 3 ekor ikan bawal hitam. Semuanya RM20. Abang tu suruh Kjee amik ikan tongkol. Dua ekor RM5 tapi dia kata amik jerlah RM4.

Dalam kereta hati Kjee punyalah suka. Ikan jenahak antara ikan favorite arwah bonda. Dia suka masak kari dengan bendi. Kjee pun suka. Sebab tu lah hari ini Kjee masak kari. Miss my arwah bonda.

Selain Kari ikan Jenahak, UnclePali pergi amik Jantung Pisang Hutan belakang rumah. Tiap 3 bulan UnclePali tebas. Esok lusa naik balik pokok pisang baru. Ini first time kami amik jantung pisang kat belakang tu.

Kjee tak berapa berani makan jantung pisang sebab angin. Tapi jap lagi nak jamah sikit. Lagipun tak tahan tengok sambal belacan power UnclePali. Jeruk petai pun ada lagi. Pastu Kjee goreng garing-garing satu potong ikan jenahak tadi. Dua potong jer masak kari. Dan untuk buat lagi berselera makan, Kjee akan goreng jugak ikan pekasam! Yayyyyyy.

Kalau korang nak masak kari cara Kjee, sila intai SINI.





2 comments:

  1. Lauk kari sedap daaa... manalah tak asyik nak masak kari! Hahahaha... Kalau tak habis makan dengan nasi.. makan dengan roti jala. Tak rajin menjala, goreng roti canai frozen. Kalau tu pun tak rajin, ambil je roti kosong, cicah... perghhh... mabeles!

    ReplyDelete
  2. True MF. Kjee sentiasa ada frozen roti canai dalam freezer. cicah roti pun sedap kan. Hehehe

    ReplyDelete