Friday, June 5, 2015

SAMBAL IKAN JENAHAK



Sorry sambal menutupi ikan goreng..hehehe




Hajat hati nak buat Kerutub (Kerutup?) Ikan. Last sekali Kjee buat masa Nadia belum ada. Kjee baru kahwin dengan arwah abah Nadia masa itu. Belajar dari bapak saudara sahabat Kjee. Orang Muor masa anak dara dulu. Memang sedap sangat. Ia ala-ala sambal ikan tapi letak serai, lengkuas dan halia. Pastu rasanya ada manis-manis pedas sikit.

Tadi Kjee singgahlah kat Hero Market. Kerutub ini sedap kalau guna ikan parang. Sampai Hero tepat pukul 9 pagi. Ikan parang belum sampai kata budak Vietnam yang kerja di section ikan. Ada Jenahak dan Ikan Merah sahaja.

Oleh kerana Ikan Jenahak nampak segar sikit maka Kjee pun beli lah 4 potong. Lebih kurang setengah kilo. Sekilo tak ingat tapi rasanya RM31.00++.

Tak jadi buat Kerutub. Buat sambal ikan biasa-biasa ajelah. Nanti lain kali jumpa Ikan Parang, bolehlah buat.

Oleh kerana menu sambal ikan jer, tak payahlah nak tulis panjang lebar. Goreng ikan. Kemudian buatlah sambal tumis biasa. Kjee tak bubuh belacan tapi letak 1 kuib bilis. Jangan bubuh garam sebab kiub tu dah masin. Letak 1 keping asam gelugur. Masak sambal sampai naik minyak. Kaup minyak dia dan buang. Lepas tu, letak sambal hingga menutupi ikan.

Sedap makan dengan nasi panas. Lauk ini cukup versatile. Boleh guna apa jua jenis ikan. Ayam pun ok. Gerenti sedap. Hehehe






Related Posts:

  • KARI TELOR SAMA SAMBAL PARI KERING innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050cf"; innity_cat = "WOMEN,MALAY,FOOD_DINING"; innity_zone = "19553"; innity_width = "**"; innity_height = "**"; innity_country = "MY"; Hehehe kesian fren FB Kjee bila Kjee bagi… Read More
  • 142. cili crabsdah lama betul tak masak cili crabs ni. selalu makan jer kat kedai2 seafood kat bagan lalang sepang, tanjung lumpur kuantan, fatty crabs pj atau di carey island. ada jer yang tak kena. tak kisahlah kan. so dua hari lepas s… Read More
  • TERUNG BERLADA DENGAN UDANG KERING Dengar jer nama terung goreng berlada dengan udang kering, rasa macam tak heran. Tapi kalau makan dengan nasi panas, mesti tak layan lauk lain. Kjee buat tengah hari tadi bersama kari ayam. Hmm lagi laku terung berlada n… Read More
  • SAMBAL TERUTUP IKAN PARANG Lauk ini asalnya dari Johor. Kjee belajar masak lauk ini semasa Kjee anak dara lagi dan tinggal serumah dengan kawan2 wartawan yang berasal dari Johor. Tapi heran jugak apabila Kjee berkahwin dengan abah Nadia, keluarganya… Read More
  • AYAM KAPRAU DAUN SELASIH Tak serik2 kan? Dua hari berturut2 buat menu sama tapi kali ni Kjee guna ayam. Bukannya apa..semalam ada fren tanya samada boleh guna ayam. So Kjee pun test lah sendiri kan? Kalau tak test, camner nak bagitau dengan korang… Read More

3 comments: