Sunday, May 31, 2015

LAKSA ASAM PULAU PINANG YANG MENGGODA








Ini cerita dua minggu lepas. Baru terjumpa gambarnya. Tak berapa nak sempurna kejadiannya sebab jurufoto yang selalu tangkap gambar masakan Kjee, balik kampung. So, Kjee amik seadanya. Hehehe.

Kjee buat Laksa Asam Pulau Pinang ini sebab jamu adik-adik Kjee. Adik-adik yang bersama Kjee masa susah dan senang aritu. Dia orang kata nak makan Laksa Asam Penang. Itu jer yang Kjee tahu buat. Laksa Utara Kjee tak berapa reti.

Dah banyak kali Kjee buat Laksa Asam Penang ni. Kalau dah teringin sangat nak makan Kjee singgah jer kat Pappa Rich atau kat Group Base. Tapi Laksa mereka masam sangat. Actually nama pun Asam Laksa kan?

Beberapa tahun lalu, Kjee pernah makan kat Bangi Kopitiam. Asam Laksanya punyalah masam sehinggakan Kjee terpaksa reject setelah mencuba satu sudu kuahnya. Agak-agaklah kan kalau hendak menepati namanya.

Anyway, ini Laksa Asam Pulau Pinang yang Kjee selalu buat. Wajib ada nenas, daun pudina dan otak udang. Dan kuahnya mesti pekat serta ikannya tidak hancur. Boleh nampak seketoi seketoi isi ikan dalam kuahnya.

Kjee suka guna sardin tin untuk kuah Laksa Asam yang Kjee buat. Ada orang guna ikan sardin segar. Terserahlah resipi masing-masing kan?

Okaylah. Kalau nak resipi, korang intai SINI ya.

By the way, kuah dua minggu lepas ada berbaki. Kjee simpan dalam freezer. Senang buat beku dan simpan. Bila tekak meragam jer bolehlah panaskan kuah, celur laksa (mihun pun okay) dan letak ler apa yang ada dalam peti ais. Kekadang timun sahaja pun jadi. Hehehe.






2 comments:

  1. Nyonya Flavours kat One Utama pun ada laksa asam yang sedap.

    ReplyDelete
  2. assalam jee..try buat laksa kedah pulak jee..

    ReplyDelete