Pages

Sunday, September 13, 2015

KUAH SATE... BANYAK RAHSIANYA









Kjee jarang-jarang buat Kuah Sate. Banyak sebab. Satu, kerana kalau nak makan kuah sate, beli aje kat my cousins yang masih buat bisnes jual sate. Kedua, kureng rajin sebab renyah. Kacang nak kena sangai (goreng tanpa minyak), buang kulit dan kisar. Semua tu banyak kerja. Yang lain sebab malas, malas dan malas.

Last Kjee buat Kuah Sate, masa balik kampung UnclePali untuk Raya. Masa tu, baru kahwin. Nak impress MIL lah kannn. Hehehe. Tapi beliau yang tolong sangai kacang dan rebus Nasi Impit. Kita balik terus masak jer kuah sate.

Ini sahajalah versi kuah yang membabitkan kacang tanah yang Kjee tau buat. Tak pernah seumur hidup buat Kuah Kacang lain. Sebabnya, buat Kuah Sate lagi mudah. Tiada rempah apa-apa. Hanya guna bawang besar, kacang tanah, cili kering kisar dan gula Melaka.








Kjee pernah tengok Kuah Sate yang dibuat orang Melaka (sebelah arwah bapak juga peniaga Sate di Melaka). Mereka letak biskut kering tawar (biskut Meri) yang telah ditumbuk. Kjee tanya arwah Bonda kenapa letak biskut sedangkan sebelah Atuk di KL tak letak?

Ini jawapan Bonda. "Nak bagi kuah tu 'muai'. Kacang kan mahal.. sikit lebih kurang macam cheating sikit." Opppppssss.

Tapi keluarga arwah Bonda (Bapak dialah Majid Satay, King of Malaysian Satay), tak pernah letak biskut tawar yang empat segi tu nak bagi 'muai'. Seratus peratus kuah sate mereka guna kacang tanah! Masa kecik dulu, Kjee tengok pekerja kat umah Atuk sekali masak satu kuali besar untuk satu guni kacang tanah!









Dan rahsia buat Kuah Sate enak ada tiga. Satu, kacang tanah mesti disangai secukup-cukupnya. Tak boleh mentah dan jugak hangit. Kalau mentah, kurang lemak dan kalau hangit, kuahnya jadi pahit. Kedua, mesti guna Gula Melaka. Gula putih tak sedap. Dan yang ketiga, mesti seimbang rasanya. Kena cukup rasa masin dan manis. Tapi Kjee tambah nombor empat. Mesti seimbang manis, masin dan pedas. Baru selera makan.

Kalau korang malas nak lalui proses membuat kuah kacang yang renyah, Kjee cadang korang beli Kuah Kacang Brand AgroMas keluaran Fama. Aritu Nadia bawak balik hamper dari opis. Antara kandungannya kotak kuah kacang ni. Tak perlu masak. Tuang air panas sahaja. Dan rasanya sebijik macam Kuah Sate keluarga kami! Elok kalau nak bawak travel. Cicah dengan roti kosong pun sodap!!!







Kjee buat kuah sate ni semalam sebab plan nya. malam nak beli sate kat Pasar Malam. Satenya sedap dan murah sangat! Orang sekarang (termasuk my cousins) jual satu cucuk RM1 tapi kat Pasar Malam, 50 cucuk hanya RM20. Sate, kuah, bawang dan timun. Nasi Impit harga lain! Jatuh 50 sen satu cucuk. Murah banget!!

Kuah dan Nasi Impit Kjee buat sendiri. Selain daripada teringin nak makan kuah sate air tangan sendiri, Kjee sebenarnya kurang minat kuah Sate beli kat pasar malam tu. Rasanya okay. Bukan tak sedap tapi terlebih manis!! Pedas pun kurang.

UnclePali tanya semalam kenapa harus beli banyak sangat sampai 50 cucuk? Tiga puluh iaitu seorang 10 cucuk cukuplah. Hehehe Kjee ada projek. So, UnclePali belilah 50 cucuk.

Projeknya.. pagi tadi ada lebih kurang 20 cucuk baki yang Nadia simpan dalam peti ais malam tadi, Kjee cabut-cabut sate dari lidinya, panaskan kuah sate berbaki dan masukkan sate tu ke dalam kuah. Jeng jeng jeng maka jadilah Sate Goreng. Itu cara mudah walaupun sebelum ini Kjee pernah plan nak buat Sate Goreng sendiri.

Oklah tak mau celoteh panjang lebar. Ada orang komplen Kjee suka tulis banyak-bayang. Boring baca. Ya Ampun.

Nanti kejap. Ada satu lagi tips. Kalau ada orang ajak korang masuk pertandingan sapa boleh makan sate paling banyak, rahsianya, hanya makan sate. Jangan makan dengan kuah dan Nasi Impit. Sure korang boleh menang lah! Hehehe.

Resipi Kuah Sate dan juga buat sate , klik SINI. Korang bacalah SINI jugak. Penat aku tulis dulu. Hehehe.





1 comments:

Anonymous said...

KakJee...resepi kuah sate akak sama macam resepi yang arwah mak saya ajar..simple tapi sangat sedap.. saya jadi pelik bila tgk resepi kuah sate org yg guna lengkuas, halia bawang putih...tapi tu la..skill masing2 kan..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...