Friday, September 28, 2012

ATUKKU -- SATAY KING OF MALAYSIA





Thank You Aimran


Beberapa hari lalu, Kjee terima foto diatas dari Majalah Business Times yang ditag oleh anak sedara Kjee, Aimran Amir di facebook. Terkedu Kjee seketika. Tidak pernah terlintas di hati Kjee yang arwah datuk Kjee, Haji Abdul Majid bin Hussein atau lebih dikenali sebagai Majid Satay adalah usahawan Bumiputera yang cukup berjaya di zamannya!

Bukan dakwaan sebarangan dari keluarga kami tetapi dari mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Tan Sri Rafidah Aziz!!

Kjee jugak google dan jumpa lah jugak sedikit sebanyak info mengenai arwah atuk. Tapi sedihnya, satu pun gambar arwah tiada dalam simpanan Kjee. Rupanya, ada persamaan sedikit dengan arwah Tun Ghafar Baba. Kebetulan mereka sahabat karib dan juga dari kampung yang sama.

Arwah datuk meninggal dunia, kalau tak silap Kjee, pada tahun 1972 atau awal 1973. Masa itu Kjee baru tamat persekolahan dan bekerja di Radio Television Malaysia, RTM.

Masih Kjee ingat lagi semua akhbar menyiarkan berita pemergiannya. Dan antaranya akhbar The New Straits Times..."Malaysia's Satay King Dies.."

Yes, he was the One And Only Satay King Of Malaysia! 


Inilah sate yang dihasilkan oleh cucu Majid Satay











Kjee selalu beritahu Nadia dan Unclepali, sesiapa yang mengaku anak jati Kampung Baru tetapi tidak tahu siapa Majid Satay, maka dia bukan anak Kampung Baru!

Majid Sate berasal dari Alor Gajah, Melaka. Mula meniaga sate lewat 40-an dengan membawa kandar dari Melaka hingga ke Port Dickson. Lepas itu beliau berhijrah ke Kampung Baru, Kuala Lumpur. Di situlah dia melebarkan sayapnya.

Majis Sate cukup famous di Kuala Lumpur. Tanya sahaja mereka yang pernah menikmati sate yang dihasilkan oleh Majid Sate di Campbell Road dulu (sekarang Wilayah complex). Baik yang Cina, Melayu, India dan lain2. Semua akan kata, sate Majid tiada tandingannya dengan sate yang dihasilkan peniaga lain.

Tetapi ramai jugak tidak tahu bahawa arwah Majid juga antara usahawan Melayu pertama di Malaysia (Malaya ketika itu), yang menghantar anaknya belajar ke luar negara dengan perbelanjaan sendiri.

Kjee ingat lagi arwah Bonda bercerita, datuk begitu kecewa apabila memohon biasiswa persekutuan untuk menghantar anak sulongnya Mohd Salleh belajar di London. Permohonannya telah ditolak kerana kononnya mana mungkin anak seorang penjual sate boleh berjaya belajar di luar negara!

Dek kerana kecewa dengan penghinaan yang dilemparkan, datuk pun mengeluarkan belanja sendiri untuk menghantar anaknya belajar Mine Engineering di United Kingdom. Pak Long kembali beberapa tahun kemduian dengan segulung ijazah dalam bidang Engineering!

Jawatan terakhir arwah Pak Long Kjee, Datuk Mohd Salleh Majid ialah sebagai Chief Inspector of Mines Malaysia! Kini beliau sudahpun arwah.

Atuk pernah beritahu Kjee, untuk berjaya sebagai usahawan dalam negara yang mempunyai masyarakat majmuk, seseorang itu kena berkawan baik dengan semua orang tak kira bangsa mahupun keturunan. Arwah boleh bertutur dalam pelbagai bahasa tempatan. Seingat Kjee dia turut boleh bertutur beberapa dialek Cina.

Dan kalau dia pergi ke pasar Chow Kit, tak heranlah kalau sekejap dia berbahasa Hokkien, sekejap Kantonis, sekejap cakap India dengan penjual kacang putih dan sekejap lagi vakap bahasa Benggali dengan penjual roti berbangsa Sikh.

Walaupun cita2nya untuk membuka restoran di London tidak kesampaian, namun dia hanya hidup untuk melihat Restoran Majid Satay House di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur lewat 60-an dulu.

Setelah pemergiannya, anak2nya Harris dan Rahman (kini keduanya2 arwah) dan anak bongsunya Norhayati, telah membuka rangkaian restoran Sate Anika, bermula di Bukit Bintang Plaza. Kini, rangkaian Restoran Sate Anika sudah tidak wujud lagi.


Sepupu Kjee, Haji Zaini dan isterinya Hjh Chun

Ini gerai sate Zaini di Ampang Jaya


Bagaimanapun, cucu2 Majid Sate dari anak keduanya Allahyarhamah Salmah, masih giat menjalankan perniagaan sate. Antara mereka Zaini Sate di Ampang Jaya, Zatiar Sate di Taman Melati dan Zainah Sate di Kampung Datuk Keramat. Adanya sepupu2 Kjee ni meniaga, menyebabkan Kjee tak minat nak makan sate lain. Kecuali kalau dah terdesak sebab ada orang belanja. Hehehe.

Sebagai majikan, arwah datuk cukup disenangi. Pekerja2nya dianggap sebagai anak2nya sendiri. Hingga ke hari ini, walaupun datuk sudah lama tiada, namun hubungan Kjee dan pekerja2 arwah Datuk masih akrab. Walaupun ramai sudah tiada, tetapi kalau terserampak, kemesraan kami bagaikan adik beradik.

Kalau ada nak cuba resipi original Majid Satay, sila klik sini.

Al fatihah buat HAJI ABDUL MAJID HUSSEIN.

17 comments:

Irfa said...

hebat :)

nawar said...

salam kak jee, saya baru berpindah ke Ampang Jaya. Nak tahu kat mana Zaini satay berniaga di ampang jaya? Buat pengetahuan kak jee, saya memang hantu satay....

susumanis said...

salam k jee...ooooo rupanya zaini satay kt ampang jaya tu sepupu k jee, mmg best satay tuh, sy regular kalau teringin nak makan satay :))

Kjee said...

Salam Nawar. My cousin Zaini meniaga kat medan selera dekat Seven-11 Ampang Jaya.

zard said...

Hi K.Jee,

Oooo Zaini Satay tu cousin k.Jee and waris Majid Sate..patut pun sedappp..Zaph kalau pegi situ mmg akan order from him. Yang penyanyi Zain Azman pun anak pada arwh Majid Sate kan?

Sukma Haron said...

Nak tahu kaj Jee arwah datuk kak Jee asal Alor Gajah kat kg mana? Saya org sana...Citer kak Jee kali ini terbongkar sedara mara kak Jee..baru saya tahu Datuk Salleh Majid tu paklong kak Jee.
Satay Aneka zaman 90an masa saya keje kat PJ saya ada makan kat Subang Parade (kalau tak silap)..tapi sekarang dah tak der lagi yea.

Anonymous said...

Zaini satay ni memang sedap and femes ye kak gee. Uncle saya yg duduk kat Taman TAR tu pun, memang tak beli sate kat tmpt lain....kengkadang sampai bertempah2 lagik....memang sedap...
patut larr.....memang dah darah daging tokey sate ye..:) - Zaerne-

Kjee said...

Ya Zain Azman anak Majid Sate. Adik bondaku.

Anonymous said...

Kak Jee,

Ya ampun.. satay zaini memang fav family kami bertahun-tahun!Bangga jadi orang Ampang kalau nak makan satay bawa kawan2 ke sini. True, none can beat. Satay Zaini juicy sangat macam just nice je semuanya. Rupanya memang keturunan peniaga satay tersohor! TQ for the news Kak Jee.

Fizah

Anonymous said...

Assalam. Apa kata cadang Kak jee buat satu buku biografi kisah majid sate ini. Kak jee ada sumber, pandai menulis serta ada contact. Teringin saya nak baca kisah kejayaan peniaga melayu dahulu. Malah boleh juga buat drama bersiri kisah majid sate nih. Dari asyik nengok drama tema cinta sahaja. Please kak jee do something about it. Inilah maklumat akan jadi sejarah, panduan dan rujukan bakal peniaga dan ahli ekonomi akan datang. Takkan nak bangunkan negara kita nak rujuk kisah peniaga luar negara pula. Tentu kisah kejayaan peniaga tempatan dahulu yang kita cari. Insyallah dipermudahkan Allah. Salam dari Anak Kelana 55

Kjee said...

Walaikum salam Anak Kelana 55. Sebak, terharu dan beremang bulu roma membaca komen anda. Banyak cerita yang Kjee tahu mengenai arwak Atuk Kjee, hanya melalui hear say. Arwah bonda cerita dan dengar sana sini. Bahan2 tak banyak. gambar pun susah nak cari. tapi insya allah, kalau diberi kesihatan, ingin Kjee buat buku ataupun skrip mengenai kepayahan arwah atuk membina empayarnya dulu. terima kasih.

coklat~vanilla said...

mak hana sampai arini dok sebut, sate paling sedap dia penah makan adalah Majid Sate!
dia makan masa thn 60an dulu...pi KL sekali sekala..dan sate majid adalah wajib makan kalo pi sana.

Anonymous said...

Salam kak Jee. Suami saya orang kampung Baru. Mak mertua pernah cakap memang Majid Satay femes dulu. lagi satu satay femes kat pekeliling (ada kaitan ke?)

Zainah satay kat Esso keramat memang jadi kegemaran kami adik beradik sejak thn 90-an lagi. Tapi sekarang dah kurang sebab abang saya cakap tempat tu macam kotor sket and mereka dah 'sombong' ngan customer...

Anonymous said...

Atok kak jee ni dok keramat dulu kan?

Stemcell Activator - CO-FACTORS said...

Slm Kak Jee..sya ank Jati Kg. Bahru..arwah nenek tinggal d Jln Raja Alang. Abah sya juga bekas kakitangan RTM. Sapa tak kenal Majid Sate d blakang Campbell Shopping Complex. Masa tu sya kecik lgi. Sya suka mkn sate dgn nasi Ayam Ah Pok. Abah ajar mkn sate perut. Mmg Terrrbaik lah!! ☆♡☆

Shafudin Ahmad said...

Assalamu'alaikum. Saya kenal pd datuk majid. Masa saya kanak2 selalu bertemu dgn datuk majid di masjid kg baru. Saya tabik 3x sebab dia bawa dgn kereta jaguarnya ke masjid. Mak cik saya pernah bekerja dirumahnya sebagai cucuk satay. Saya selalu juga ikut dia pergi kerja. Yg saya ingat mak cik saya akan rebus perut terlebih dahulu sebelum ia mencucuk satay. Hem....itu sekitar tahun 60'an.

Abdul Hamid Hussin said...

Memang sinonimous Majid Satay dangan sate' bermutu di Kuala Lumpur sejak beberapa tahun dahulu.....malang nye tiada yang kekal di dunia ini....alFatihah buat roh2 Tuan Hj.Abdul Majid b Hussein dan anka nya Zain Azman................

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...