Friday, December 11, 2015

BUBUR LEMAK DAGING SPECIAL WITH TELOR MASIN







Inilah yang sepatutnya Kjee masak dan makan sejak dua tiga hari lepas. Sejak Kjee kena flu. Tapi bubur ini yang dulu Kjee gelar Bubur Lambuk Special, tak pedas lah. Tekak Kjee sejak kena demam selsema, asyik nak makan pedas-pedas jer.

Hari ni Kjee buat untuk dihantar ke rumah kakak kesayangan Kjee, Kak Mazia yang suka sangat bubur ini. Kita dah bagi dia resipi tapi dia kata tak sama cam Kjee buat. Nak manja dengan adik dia lah. Kami bukanlah adik beradik kandung tapi sepusat sepusing. Mak lain, bapak asing-asing. Tapi kalau korang tengok wajah dia dan saiz, memanglah tak ada sapa syak kami bukan adik beradik. Hehehe.

Kak Mazia, tauke Mazia Katering kini sudah berpindah berhampiran rumah Kjee. Lebih tepat rumah dia bersebelahan dengan rumah Dato Ibrahim Ali. Semalam Kjee ziarah Kak Mazia buat kali pertama selepas dia berpindah awal bulan ni. Pandang aje muka Kak Mazia, Kjee teringat betapa sukanya dia kat bubur yang Kjee buat ni. So, sakit-sakit pun Kjee slow-slow buat. I love her so much! Kami sudah berkawan hampir 20 tahun!










Bubur ini special buat Kjee kerana ada banyak kenangan disebalik Kjee membuatnya buat kali pertama dulu. Tak mau ceritalah. Nanti boleh nanges.

Nadia suka sangat makan bubur ini. Walaupun masa tu dia baru sekolah rendah tetapi dia boleh bedal sampai 8 mangkuk kecik!  Dan Kjee pernah jamu pada seorang rakan makan bubur ini. Kjee tengok dia makan pelan-pelan jer. Kjee tanya kenapa? Tak sedap ker? Nak tahu apa jawapannya?

"Sayang nak makan laju-laju. Sedap sangat nanti cepat habis." Al Fatihah buat Aida Johari..

Kenapa Kjee kata bubur ini lain dari yang lain? What's so special? Well, orang lain makan bubur, telor masin direbus kan? Pastu dibelah dua atau empat dan dimakan dengan bubur. Kjee pulak, ketika bubur itu sedang elok mendidih selepas bubuh santan, Kjee akan pecahkan satu persatu telor ke dalam bubur tu. Pelankan api dan biarkan kepanasan bubur masak telor tu. Hah pernah dengar orang buat?









Masin? Isyhhh hari ni Kjee letak 10 biji telor asin (Kemain lagi. Mentang-mentang telor asin home made) tetapi Kjee masih tetap tambah sedikit garam bagi mengimbangi rasa bubur. Kjee pun pelik kenapa telor asin tu tidak boleh membuatkan bubur Kjee ni masin.

Ketika Kjee meniaga dulu tak habis-habis mengimbau kenangan dulu,  Bubur Lemak Daging ini antara yang terlaris. Masa Kjee meniaga kat Pasar Juadah, Taman Melawati pulak, ada seorang abang ni, hari-hari belikan satu mangkuk untuk anaknya. Kalau dah habis, boleh tengok lah kekecewaan di wajahnya. Ewah. Hehehe.

UnclePali baru balik dari menghantar bubur ke rumah Kak Mazia. Kata UnclePali, Kak Mazia asyik tersengih-sengih sambil ucap syukur. Begitulah sukanya Kak Mazia kalau dapat bubur lemak daging ni. Walaupun dia tauke katering, lauk yang paling sedap diletak depan dia pun dia tak heran, kalau dapat bubur ni. Amboiiii terover pulak aku.

So, baik korang cuba buat. Resipi korang INTAI SINI. Kena ikut betul-betul cara Kjee buat yer. Hehehe.

NOTA KAKI:
Kena masak sampai bubur tu halus tau. Selagi tak halus, bubuh air lagi.





4 comments:

nursayyida syida said...

Terima kasih kak Jee kongsikan resepi..menarik tengok bubur akak nie..insha allah nanti nak try resepi bubur unik nie =)

Amie said...

Memang special bubur ni... patutlah boleh habis sampai 8 mangkuk kecik :)

Siti Nurhamizatul Aini said...

kak jee ,ct pun dah buat bubur kak jee nih memang sedap giler ,terima kasih resepi yg sangat sedap..paling best time makan telur masin tuh yg kuning kental berlemak sedap!!

Kjee said...

Terima kasih Siti, sudi mencuba.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...