Sunday, February 6, 2011

47. bubur lambuk kpg baru versi kjee


masih ada gak customer lama kjee tak habis2 cerita pasal bubur lambuk kjee. kakak angkat kjee dari mazia catering dan keluarganya entah kenapalah suka sangat bubur lambuk kjee tu. pada hal dia orang tu semua pakar masakan. bubur lambuk yang kjee buat tu resipi tipu. main campak2 jer.

actually bubur kjee tu tak layak diberi nama bubur lambuk kampung baru (blkb) sebab bubur lambuk kpg baru bukan jer femes kat malaysia tapi sampai ke brunei. kjee pernah dengar ada orang Brunei tu sanggup suruh sedaranya orang Kl beratur di bulan puasa amik bubur tu kat mesjid dkpg baru. pastu poskan naik kapalterbang MAS ke brunei. macam tak percaya kan? itulah kehebatan dan 'kefemesan' blkb.

habis kenapa lak kjee pepandai bubuh nama bubur lambuk kjee amik nama blkb yang femes tu? ehh korang lupa ker yang kjee orang kampung baru!!! so salah ke kjee bubuh nama bubur kjee tu lambuk kampung baru!!

ini cakap mesjidlah. sebenarnya kjee tak pernah rasa camner rasanya blkb tu! kjee pegang amanah arwah datuk kjee (Majid satay) jangan anak atau cucu2 dia gi beratur amik bubur tu. walhal dia salah seorang penyumbang derma untuk buat bubur tu setiap bulan puasa (di zamannya). sebab? sebab blkb asalnya hanya untuk fakir miskin sekitar kpg baru.

tapi sekarang kl mana ada fakir miskin. yang datang beratur setiap petang bulan puasa, semuanya orang2 berada kl yang siap antar drebar dia orang gi beratur  tau. jangan tipulah kata tak der. datang ngan kereta mewah menjalar. yang keluar memang sahlah drebar dia orang pergi beratur.

dah menjadi kewajipan setiap bulan buasa, bubur itu menjadi buah mulut orang. malah menjadi suatu kemestian sesetengah warga kota untuk jadikan blkb hidangan mereka. kalau ada tetamu datang berkunjung berbuka puasa, pasti ayat wajib yang terpacul ialah :"rasalah bubur tu. itulah bubur lambuk femes kpg baru. kena beratur dari pukul 2 tahu. kalau tidak, janganlah harap dapat!"

oklah. maka pegang amanah datuk, kjee tak pernahlah rasa bubur lambuk femes tu. so kalau gitu kenalah buat sendiri. arwah mak ada versi dia tapi dia panggil bubur harisa. eh setahu kjee bubur harisa tu lain. oh mungkin kjee salah dengar kot. mungkin mak panggil bubur perisa. kekadang kjee ni ada gak sesekali sound trouble. hehehe.

bubur resipi arwah mak sikit lebih kurang jer cam kjee punya. cuma kjee ada lagi satu secret resipi yang arwah mak tak bubuh dan mungkin sampai ke akhir hayat beliau tak tahu kjee ada bubuh. princess kjee, si nadia ni, dah kjee train tekak dia dari kecik lagi. apa mama makan kau kena makan kalau tidak payahlah kau sebab mama tak kuasa nak layan selera kau.

so sampai hari ni, memang nadia suka apa yang kjee suka. berbalik kepada bubur lambuk versi kjee ni, kjee buatlah ikut suka. apa ada depan mata kjee bubuh. masaklah bubur tu. tetiba nadia banyak songeh lak. masa tu dia darjah dua ke tiga, dah lupa. dia nak lak makan bubur lambuk dengan telor masin. hmm mula dah budak ni. kjee lak ari tu malas nak rebus telor masin. lepas cuci telor masin bersih2, kjee pecahkan telor masin tadi dan masukkan dalam bubur yang tengah mengelegak baik punyer! nasiblah ko telor masin. tapi kjee masa tu belum bubuh garam, takut lak termasin bubur aku nanti..

bila time makan, nadia tanya mana telor masin. kjee tunjuk dalam mangkuk dia. mulanya muka dia berubah. tapi tengok muka mama dia yang selamba ajer, dia terus makan. eh sedaplah mama. esok dia suruh repeat buat proses sama. maka terjadilah bubur lambuk versi kjee.

masa kjee niaga dulu cukup ramai peminat. maaflah bukan nak cakap besar tapi mereka yang selalu gi makan bubur kat McD dah tak beli sana dah!!  yang pernah makan bubur kjee, mesti boleh bagi komen.

okaylah tak mau lagi merapu. sekarang korang tengok jer resipinya. tak paksa sapa2 suruh buat. bahan2nya mudah jer. biasalah kjee kan. kalau tengok resipi nampak bahan2 berjela2, good bye.

bahan2nya:
secawan beras
daging ikut suka banyak mana
bawang putih
bawang merah
halia
kayu manis & bunga lawang
telor masin
½ cawan pati santan
garam dan aji (kalau perlu)
minyak bijan


CARA:
cuci beras. kemudian jerang atas dapur. bubuhlah air banyak2.  kemudian daging dipotong kecik-kecik dan dimasukkan bersama beras tadi. campakkan sedikit kayu manis dan bunga lawang.masaklah sampai beras betul2 hancur. kalau tak cukup hancur, tambah air lagi sampai bubur jadi halus. kjee ni guna pressure cooker. 10 minit jer. masukkan sekali dengan daging tau dalam periuk tekanan udara tu.


kemudian bila beras dah cantik hancur, masukkan sedikit santan. susah nak agak banyak mana. tapi kalo satu cawan beras tu yang dah jadi bubur nasi, masukkan setengah cawan santan pekat. masak lagi sampai mendidih. bubur ni tak usahlah buat pekat atau cair sangat. kalau rasa pekat sangat bubuh air lagi dan masak. begitu juga kalau cair, masaklah bagi dia pekat sikit.


apabila bubur sudah mendidih, pecahkan telor masin ke dalam bubur perlahan-lahan. satu cawan beras tu, bubuhlah dalam empat biji telor asin. masak dengan api pelahan kerana kuning telor masin lambat sikit masaknye. kacau perlahan2 takut telor kuning pecah. guna senduk dan angkat telor masin  utk pastikan ia sudah masak. rasalah. kalo perlu letak garam, letakklah sikit. ada suka bubuh kicap cair sewaktu makan. ada suka bubuh sikit msg masa masak. kemudian tutuplah api.


tumis halia yg telah diracik halus bersama bawang merah dan bawang putih dalam minyak yg sikit. garing jer, tuangkan keatas bubur dalam periuk. tumis darat orang kata? hidangkan dalam mangkuk, bubuh kuning telor masin satu dan taburkan daun sop, daun bawang ker atau bawang goreng. jgn lupa titiskan sikit minyak bijan. ini penting nak bagi aroma yang power.

orang pelik bila kak jee pecahkan telor masin ke dalam bubur. dia orang kata tak masin ker? entahlah. tak pernah orang komplain lak. dulu masa meniaga, kak jee tak bubuh garam sebab selalu yang beli bubur kak jee ni orang sakit. so terserahlah sama ada dia nk bubuh lagi ke tidak. tapi ramai juga yang makan begitu saja. oklah kot.

6 comments:

rohayu said...

Bagi sya,bubur lambuk Kg.Baru dulu dan sekarang,rasa nya dah agak berubah..sya pernah tinggal di Kg baru(belajar)dlm 20 tahun lepas..dulu punya lebih pekat,lemak,sedap..entah lahh..mungkin pendapat saya saja...

Anonymous said...

bubur lambuk mmg feveret saye, walaopon bkn bulan pose.

Anonymous said...

salam kak jee.....toke majid sate tu atuk kak jee.....?dulu dier ader kedai kat kg baru gak kan........?

Kjee said...

ya majid satay tu arwah atuk.dulu dia jual sate kat pasar minggu masa tahun 60-an. pastu bukak sate anika di Bukit bintang plaza.

Anonymous said...

Saya pelangan ttp satay anika BB Plaza dulu... sekrg ada buka branch kat mana2 ke.... frust waktu dia tutup dulu sbb abc dia pun sedap sgt.

MY MintRoom said...

nanti saya nak cuba...interesting recipe.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...