Saturday, June 25, 2011

PERIA KATAK GORENG GARING





Kjee tak pernah goreng peria katak di rumah. Selalu makan di kedai mamak atau restoren nasi daun pisang. Tapi pagi tadi apabila Kjee selongkar fridge jumpa pulak 5 biji peria yang dah tak berapa segar. Dah seminggu Kjee beli.

Kerana nak selamatkan peria ni, Kjee pun hiris, suruh Nadia buang bijinya dan bubuh kunyit dan garam. Lepas tu goreng garing2. Ingatkan tak lakulah masa berbuka puasa tadi. Hmmm itu yang habis dulu.

Sedap dan tak pahit. Lain kali nak beli lagi dan goreng. Elok makan peria ni. Ada anti oxidant. Pencuci darah. Tapi kalau sanggup, makanlah mentah. Buat ulam makan dengan sambal belacan.

Korang pernah minum teh peria? Omputih panggil bittergourd tea. Sedap dan segar. 







Related Posts:

  • PAK CHOY OYSTER SAUCE      Ini aje yang larat Kjee masak hari ini. Tak berani duduk lama-lama kat dapur. Bahangnya macam duduk dalam oven!     So Kjee suruh UnclePali beli lauk. Sampai rumah, terkejut dia … Read More
  • SAPA HANTU SAYUR?        Kjee manusia paling takut hantu. My family akan ketawa tengok Kjee tutup mata atau berpaling muka even kalau ada iklan/drama adegan hantu! Penakut yang amat-amat!      Tet… Read More
  • DAGING GORENG BROKOLI      Ini antara lauk yang selalu Kjee masak  kalau beli Brokoli. Kalau tak ada daging, Kjee letak udang.    Senang aje memasaknya. Mula-mula Brokoli dipotong-potong dan celur seketika… Read More
  • KAILAN IKAN MASIN       Ini kejadian untuk buka Puasa semalam. Hari ini Kjee tak masak. It's my husband's 53rd birthday. Dan seperti biasa, kami akan celebrate di Rest Sushi sekiranya salah seorang dari kami, birthda… Read More
  • PUCUK PAKU GORENG        Dah lama bebenor Kjee tak masak Pucuk Paku. Sayur ini boleh dijadikan macam2 lauk. Ada yang celur campur sayur-sayur lain jadi Gado-Gado. Ada yang masak lemak cili padi atau buat kerabu … Read More

9 comments:

  1. Tengahari semalam bini aku pun goreng peria katak gak. Dia taruk tepong sikit. Memang sedap, pahit pun sedap. Semalam kita org ratah tu je dgn tempe goreng. Aku nak diet jee. so dia tak bagi aku makan nasi tapi suruh aku ratah dua benda tu. Jadilah. Dia pun kata peria bagus. Ada pompuan india dia jumpa kat giant hari2 mkn peria. Umur dah 50an tapi nampak 40an.

    ReplyDelete
  2. kak jee.. maklong goreng peria ni celup tepung..
    jadi rangup sangat.. macam keropok..
    untuk minum petang.. bukan untuk makan dengan nasi.. memang sedap..!!

    ReplyDelete
  3. Sedap ye kjee...tak pernah lg makan peria katak goreng gini..dia x lembik ye kjee?next time leh laa try

    ReplyDelete
  4. kat rumah ade peria ni...nak try buat la kakak=)

    ReplyDelete
  5. peria goreng garing ni peberet saya kak jee selalu wat tapi saya sorang lerr yg makan hehehe

    ReplyDelete
  6. buat sendirlah mala. tak susah pun.

    ReplyDelete
  7. saya selalu makan mentah je, x da idea nak buat cenggini. OK, thanks kjee, ada gak variety peria katak ni yek..zumaira

    ReplyDelete