Monday, March 21, 2011

151. musim demam

Salam semua. Semalam Kjee terjatuh di dapur ketika memasak. Entah kenapa Kjee tetiba teringin sangat nak makan nasi daging, dalca dan acar rampai. Nadia dah kata jangan masak susah2 sebab dia tak dapat nak tolong sebab nak study.

Hmm bila tekak dah teringin, mana boleh tangguh kan? So, macam orang merajuk Kjee turun dapur sorang2. Renyah jugak dalam keadaan tak sihat, memasak kan? Tapi nak buat camner?

Kebetulan sebaik sahaja Unclepali masuk dapur, Kjee pun terjatuh. Tak der  lah luka tapi tahulah kalau badan berat dan umur pun dah setengah abad, kalau jatuh mesti teruk. Apapun, Kjee selesai memasak. Dan bila makan, tak selera pulak.

Lepas makan, Kjee baring hingga malam di depan TV. Kakak ipar singgah pun Kjee tak berapa larat nak layan.

Pukul 12.30malam Kjee masuk tidur. Tiba2 badan jadi seram sejuk sampai ke tulang. KJee suruh unclepali tutup aircon dan pasang kipas. Unclepali juga selubung Kjee sampai 3 comforter dan pakaikan stokin tapi masih sejuk sampai ke tulang. Kira2 pukul 4 pagi barulah Kjee rasa panas. Campak comforter dan stokin dan bukak balik aircon.

Pagi tadi lepas mandi, badan rasa lemah sangat. Hari ini Kjee sepatutnya umumkan pemenang Peraduan Petua. Kjee dah shortlist 12 petua terbaik tapi tak sempat nak pilih yang mana satu. Insya Allah esok kjee umumkan yer.

Okay nak rehat balik. Nasib baik semalam masak banyak. So hari ni boleh panaskan dalam microwave.

Have A Nice Day.

9 comments:

Anonymous said...

take care kjee....

nora^^ said...

Pls take care mummy Gee ... get well soon. Mummy Gee ni mcm Mummy sy jugak kalau dah teringin nak makan walau dah terjatuh nak jugak masak.. ;( risau sy dah lah dia duduk jauh.. tak tenteram sy kalau fikirkan. bawak berehat ya...

Along Maklong said...

semuga kjee cepat sembuh..

Hasniza said...

Kjee..get well soon k..rehat cukup2..pemenang untuk petua tu boleh tunggu..yang penting kjee sihat..

mala said...

assalamualaikum kak G - semoga cepat sembuh InsyaAllah. take care

Anonymous said...

semuga cepat sembuh.............norasmah

Anonymous said...

moga jee cepat sihat seperti sediakala. dan unclepali pasti akan menjaga kemasylahatan jee sebaiknya.

nora said...

as salam KJee. Moga cepat sembuh yea..take care..jaga kesihatan tu..

sharifah rosidah said...

jee aku rasa umur orang perempuan ni kalau dah masuk lebih 40 tahun memang macam ni lah, aku pernah jatuh dalam bilik air semasa nak mencuci, malam nya aku rasa badan seram sejuk macam nak demam dan badan pun rasa sakit2. jadi dari sekarang kita kena berhati2 sbb kalau jatuh memang segala penyakit akan datang.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...