Monday, March 21, 2011

151. musim demam

Salam semua. Semalam Kjee terjatuh di dapur ketika memasak. Entah kenapa Kjee tetiba teringin sangat nak makan nasi daging, dalca dan acar rampai. Nadia dah kata jangan masak susah2 sebab dia tak dapat nak tolong sebab nak study.

Hmm bila tekak dah teringin, mana boleh tangguh kan? So, macam orang merajuk Kjee turun dapur sorang2. Renyah jugak dalam keadaan tak sihat, memasak kan? Tapi nak buat camner?

Kebetulan sebaik sahaja Unclepali masuk dapur, Kjee pun terjatuh. Tak der  lah luka tapi tahulah kalau badan berat dan umur pun dah setengah abad, kalau jatuh mesti teruk. Apapun, Kjee selesai memasak. Dan bila makan, tak selera pulak.

Lepas makan, Kjee baring hingga malam di depan TV. Kakak ipar singgah pun Kjee tak berapa larat nak layan.

Pukul 12.30malam Kjee masuk tidur. Tiba2 badan jadi seram sejuk sampai ke tulang. KJee suruh unclepali tutup aircon dan pasang kipas. Unclepali juga selubung Kjee sampai 3 comforter dan pakaikan stokin tapi masih sejuk sampai ke tulang. Kira2 pukul 4 pagi barulah Kjee rasa panas. Campak comforter dan stokin dan bukak balik aircon.

Pagi tadi lepas mandi, badan rasa lemah sangat. Hari ini Kjee sepatutnya umumkan pemenang Peraduan Petua. Kjee dah shortlist 12 petua terbaik tapi tak sempat nak pilih yang mana satu. Insya Allah esok kjee umumkan yer.

Okay nak rehat balik. Nasib baik semalam masak banyak. So hari ni boleh panaskan dalam microwave.

Have A Nice Day.

Related Posts:

  • CIK LAH BUKAN ADIK KASMADIANA Cik Lah Datin Kasmadiana Hari itu masa Kjee tulis mengenai Che Lah Masterchef nak cuba bidang lakonan, Kjee turut bertanya samada sesiapa dapat beri jawapan samada Che Lah tu adik atau kakak kepada pelakon popul… Read More
  • WAJAH BARU RAMEKINS DAN ACUAN ROTI JALA Stok baru Ramekins dan Botol Acuan Roti Jala kini dalam wajah baru. Stok ramekins kini hanya dijual dalam saiz 3.5 inci atau saiz M. Kalau dulu saiz 3.5 inci tingginya 4.5 cm, stok yang baru sampai didatangkan dengan ket… Read More
  • EGGLESS RED DEVIL CUPCAKES My red devil cuppies. Nadia cukup excited apabila Kjee kata nak buat Red Devil cup cakes. Dia peminat setia Manchester United. Kjee buat cuppies ni hari tu sebelum Kjee kurang sihat. Kenapa Red Devils? Hmmm sebab Kj… Read More
  • ALFATIHAH ENGKU TAN SRI IBRAHIM ENGKU NGAH Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-raja meninggalBESUT 12 Dis. - Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi.Ia… Read More
  • RENDANG IKAN DAN BENING LABU Macam pelik sangat tengok Nadia angkat kening apabila Kjee kata nak buat rendang ikan tongkol ala Kelantan. Reaksi dia ala2 mana ada orang buat! Tapi Kjee tahu dia memang konfiden makan apa saja yang Kjee masak ewah per… Read More

9 comments:

  1. take care kjee....

    ReplyDelete
  2. Pls take care mummy Gee ... get well soon. Mummy Gee ni mcm Mummy sy jugak kalau dah teringin nak makan walau dah terjatuh nak jugak masak.. ;( risau sy dah lah dia duduk jauh.. tak tenteram sy kalau fikirkan. bawak berehat ya...

    ReplyDelete
  3. Kjee..get well soon k..rehat cukup2..pemenang untuk petua tu boleh tunggu..yang penting kjee sihat..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum kak G - semoga cepat sembuh InsyaAllah. take care

    ReplyDelete
  5. semuga cepat sembuh.............norasmah

    ReplyDelete
  6. moga jee cepat sihat seperti sediakala. dan unclepali pasti akan menjaga kemasylahatan jee sebaiknya.

    ReplyDelete
  7. as salam KJee. Moga cepat sembuh yea..take care..jaga kesihatan tu..

    ReplyDelete
  8. jee aku rasa umur orang perempuan ni kalau dah masuk lebih 40 tahun memang macam ni lah, aku pernah jatuh dalam bilik air semasa nak mencuci, malam nya aku rasa badan seram sejuk macam nak demam dan badan pun rasa sakit2. jadi dari sekarang kita kena berhati2 sbb kalau jatuh memang segala penyakit akan datang.

    ReplyDelete