Wednesday, March 23, 2011

BOYS IN THE KITCHEN BUKAN NAK JADIKAN MEREKA PONDAN!!

Nadia dan roti potato nya
Seringkali Kjee dengar keluhan ibu2 yang punya anak lelaki. "Kalau ada anak pompuan cam Nadia, kan elok...boleh tolong ke dapur. Anak saya semua lelaki..' Itu masalah ker? Isyhh pada Kjee, kecik sangatlah problem tu. Kjee tak salahkan anak2 lelaki tapi salahkan mama2 mereka.

Kjee ramai kawan2 yang rata2 anak2 mereka hero. Tiada perempuan. Kalau mereka mengadu kat Kjee pasal tak dapat anak perempuan, Kjee akan selalu pujuk dengan memberitahu, 'Tak pe lah. Kau ada 5 anak lelaki. Nanti bila dia orang kahwin, kau akan dapat 5 menantu perempuan!'

Mereka yang mengadu kat Kjee rata2 sebab jealous tengok jiran2 punya anak pompuan yang tolong ibu2 mereka kat dapur. Contohnya macam Nadia jugaklah. Tapi korang tahu ke yang ramai anak2 pompuan especially yang remaja malas nak ke dapur jugak? 

Korang ingat si Nadia celik2 mata jer dah rajin ke dapur ker? Kalau tidak sampai perit anak tekak Kjee jerit siang malam suruh dia ke dapur, Kjee rasa sampai hari ni masak air pun dia tak tahu! Serius ni! Kjee telah diheret masuk ke dapur di usia cukup muda. Kjee anak perempuan paling tua dalam famili. Ada dua lagi adik2 pompuan dan satu abang.

Masa kecik, Kjee hanya boleh pergi sekolah di waktu persekolahan sahaja. Kjee tak boleh join aktiviti luar seperti sukan, hari kantin atau apa sahaja outing sebab kena jaga adik2! Even last day sekolah yang selalu ada parti pun Kjee tidak dibenarkan pergi. Mak kata jangan nak mengada2. Bukannya ada belajar lagi hanya pergi main2 jer. Jaga adik2 kat rumah!!!

Sedih sangat masa tu sampai menyumpah2 kat adik. Ada sekali itu Kjee kata kat dia orang yang asyik memekak "Hoi diamlah...kang aku cekik, mampus!!' Tapi Kjee taklah buat camtu. Bagi gempak jer sebab tak dapat gi sekolah.

Berbalik kepada heret anak2 masuk ke dapur ni. Korang patut disiplinkan mereka dari kecik. Tak kisahlah anak lelaki atau pompuan. Ajar anak2 lelaki memasak bukan nak jadikan mereka PONDAN!!

ayam panggang nadia
Bekas kakak ipar Kjee ada 6 orang anak lelaki. Semua pandai buat kerja rumah. Ada je tugasan mereka bila hujung minggu. Ada yang bersihkan laman, ada yang cuci kain, ada yang lipat serta gosok baju dan ada yang tolong ibu mereka memasak. Kalau ke rumah mereka, hati ini begitu terusik melihat kerajinan anak2 sedara lelaki tu. Semua jalankan tugas tanpa komplen, tanpa gaduh!

Dan jangan ingat kehebatan mereka setakat buat kerja rumah sahaja. Semua anak2 sedara Kjee tu masuk universiti tau!! Kali terakhir Kjee bertemu mereka ( lebih 20 tahun dah), tiga belajar di luar negara. Lainnya di MRSM! So, jangan kata kalau tolong ibu di rumah tidak boleh mendapat pencapaian akademik yang cemerlang!

Melentur buluh biar dari rebung. Takkanlah korang nak jadi hamba anak2 sampai ke tua! Kjee tak sanggup sebab itu Kjee didik Nadia. Bukan untuk mengambil alih tugas jadi hamba di rumah tetapi Kjee tak nak dicemuh oleh suami dan ibu mertuanya kelak. Kalau ibu mertuanya tak pandai masak atau mengemas rumah, tak apalah. Tapi buatnya dia dapat ibu mertua yang pakar serba serbi! Takke hari2 Kjee pun turut dimaki serapah!!


roti sedap hasil tangan nadia
Bawak anak2 kita, tak kisah lelaki atau pompuan, ke dapur ketika umur sekitar tiga atau empat tahun. Kalau buat kuih, ajak mereka join. Bagi mereka doh. Biarlah dia orang lanyak sampai jadi hitam. Mak dulu bagi kami buat macam itu. Bila dah hitam kami lanyak, kami suruh mak bakar dalam oven. Kesian mak sebab kami paksa mak makan hasil kerja kuih kami. Kalau dah hitam, mesti kotor kan?. Tapi mak makan dan puji sebab tak nak kami kecik hati. Itulah pengorbanan seorang ibu.

Buat jadual untuk anak2. Make them feel important! Anak2 kecil kalau diberi tugasan, mereka merasakan diri mereka cukup penting dan dihargai. Kalau diteruskan beri tugasan, lain kali tanpa disuruh mereka tahu apa yang harus dilakukan.

Kjee ada seorang kawan ni pulak yang ada tiga orang anak. Sekarang yang tua (pompuan) dah usia hampir 28 tahun tapi pemalas ya rabbii! Mak dia akan masak di dapur sorang2. Bila dah siap masak akan jerit anak2 suruh turun makan. Lepas makan terus blah naik ke bilik. Si Ibu akan kemas dapur sambil mengeluh kenapalah malang nasib dia anak2 pemalas sangat.

Masa itu dah terlambat untuk mengeluh. Pada Kjee, biar anak2 kita menangis sekarang daripada kita menangis kemudian. Ya Kjee memang garang dalam mendidik anak. Walaupun Nadia anak tunggal tapi Kjee tak bagi muka. hasilnya? Semua memuji kerajinan Nadia di rumah. Pandai masak dan cekap belajar. Hah itu yang dikehendaki semua ibu2.

Jangan salahkan anak2 kalau mereka enggan ke dapur. Salahkan diri sendiri!!

9 comments:

Anonymous said...

kak jee, saya sokong..
orang kata saya garang.. tapi.. kalau anak2 buat tak betul.. mak nya jugak yg kena umpat kann.. pertama kali bersalin operation setelah 5 kali normal.. sangat2 menduga.. baby lak kena masuk hospital lagi dekat2 2 minggu.. macam nak menangis saya tinggalkan anak2 kat rumah dgn ayah dia.. wpun ada adik ipar ada tolong temankan.. (temankan je ye.. anak2 saya bangun pukul 5.00pagi.. tp dia bangun pukul 6.30pagi, siap2 n terus gi keja) tp.. anak2 saya yg sulung (lelaki) n no 2 (perempuan) yang uruskan adik2 masa nak pegi sekolah.. baju sekolah gosok sendiri.. pandai pulak abang n kakak tu dok bagi2 kerja sepanjang saya kat hospital..
menangis si kakak telefon saya hari2 cakap makcik dia tak tolong.. tp saya pujuk dia.. saya kata.. "kita hidup tak boleh mengharapkan orang.. biarlah dia macam tu.. kakak doakan adik cepat ok n ibu boleh balik rumah"

kak jee.. masa tu yg abang darjah 6 n kakak darjah 5.. tiap2 petang balik dari sekolah si kakak masak nasi sementara tunggu ayah balik kerja beli/masak lauk.. roti memang sentiasa ada.. buat alas perut sementara siap makanan..
belajar.. belajar juga.. tolong.. tolong juga.. alhamdulillah.. si abang dapat 4A 1B dalam UPSR n kakak dapat no 1 dalam kelas masa periksa akhir tahun..
masa saya balik dari hospital.. rumah bersih sangat.. macam nak menitik air mata tengok.. tp biasa laa.. depan anak2 control je kann..

anyway.. saya memang follow blog n fb kak jee.. byk benda yg saya belajar.. thanx a lot kak jee.. kak jee jaga diri yer..
~ nana ~

Kjee said...

tahniah nana kerana berjaya mendidik anak2 baik lelaki mahupun perempuan. anak2 seperti mereka kalau tak berjaya memimpin negara sekurangnya akan menjadi ahli keluarga yang cukup baik. bukan semua ibu2 berjaya melakukan seperti nana. harap2 Nana dijadikan contoh seorang ibu yang berjaya mendidik anak2 di alaf ini!!

Lyza said...

Mmg setuju ngan pendapat k jee..mmg sebagai ibu kene melentur anak dari kecik..kirala anak lelaki atau pompuan.

CT NoArIzAh ArIs said...

Assalam kjee.. sy anak sulung dh rasa jaga adik yg ramai dan dr kecik mak dh bahagi2kan tugas kami tapi berlainan dgn hubby di tak suka bila sy suruh ank lelaki sy tlg kakanya wat kerja rumah.. baginya kerja org pompuan kelaki x leh tlg.
Tapi sy tegas sy tak mahu ank2 sy x tahu berdikari bila dh besar ataupun bila sy x ada nanti... syukur walau sepasang anak sy mereka sering mendengar kata.

Anonymous said...

terima kasih kak jee.. doakan saya berjaya mendidik anak2 saya semuanya..

~ nana ~

Ismaliana said...

betul la kak gee...saya sokong sangat..macam saya, pe yg kak gee cakap tu mmg terbukti kebenarannya..terutama bagi mak² yg dapat semua anka lelaki...macam adik beradik my husband semua lelaki...tap x pandai nakw at keje rumah @ ke dapur...basuh pinggan sendri pun x nak, jauh sekali nak memasak...bukan nak mengaibkan sape² @ sebaliknya tap sama² kite wat renungan dan pengajaran terutama bagi yg lelaki...x pondan nya lah klu tau memasak atau terror kat dapur ni...malah klu yg pandai mesti diorang lebih pandai berdikari dan bijak...org kata ape² yg berlaku kat rumah tu semuanya bermula dari dapur...cubelah bayangkan penat lelah ibu kite memasak semata² nak mengenyangkan perut² anaknya...tap x kanlah x ada rase ckit tanggungjawab nak ringankan beban mak² kite mase didapur...at least kite bleh belajar sesuatu yg baru...seronok sebenarnya memasak ni...didikan penting...macam saya plak adik beradik cuma 2 org jer...semua pompuan...klula mak saya dlu x jerit² sampai perit tekak suruh ke dapur macam yg kak gee wat kat nadia mmg confirm arr liat nak ke dapur dan x tau wat keje dapur @ memasak....tap alhamdulillah hasil didikan mak saya x kekok ke dapur...bila ada mjlis kat rumah org ker, ada rewang ker, x kisah lagi klu ada kat dapur...begitu gak macam husband saya kak...mase memula kawin x tau nak wat keje dapur @ memasak..tap sekarg alhamdulillah...klu saya ke dapur jer confirm dia akan ikut sekali...siap tanya nak masak pe arini...klu ada barang dapur yg kurang suami saya sendii akan belikan...sampai kata menyesal katanya x belajar masak dari dulu...skrg pun saya dah bawa hero saya kak gee yg umur 1 thn 11 bulan tu ke dapur...suke sangat dia kedapur...nak² bab² menumbuk guna lesung ngan siang sayur...klu bab menguli tepung lagilah dia suke...x kisahlah jadi macam tepung gomak ker, penuh ngan tepung ker yg penting dia gembira dan rase dihargai...so from now saya akan didik hero saya ni untuk terror kat dapur...hehe...x luak @ tergugatlah sifat lelaki klu pandai wat keje dapur @ memasak ni...malah mesti akan buat mak² semua bangga...org kata sejuk perut ibu mengandung....

sharifah rosidah said...

harap2 aku pun dapat mendidik anak-anak aku dengan baik dan terimakasih untuk peringatan ini.

Anonymous said...

anak nor 1 je lelaki pulak tu...dulu selalu pikir kalu aku xde adi ni camne abah dahle keje luar je...jadi bila umur dia masuk 10 thun je nor ajar dia memasak suruh satu2 sampei le dia ke tgktan 5 dia dah pandai buat macam2....elok je abis sekolah dia dapat keje tinggal bujang dengan kawan2 7 tahun masa tu dia dah cukup bekalan jadi tinggal bujang tak jadi masalah dan sekarang dah pun berumahtangga ....anak nor polis....so..norasmah

Anonymous said...

Salam Kak Jee, saya sokong Kak Jee. Abg saya anak sulong, saya kedua dan ada lagi dua adik lg dibawah saya. Mak saya memang dok mengajar abg saya sejak sekolah rendah lagi (waktu tu abang sekolah ptg dan saya sekolah pagi), bangun pagi kena menyapu dan mengemas ruang tamu, mak kemas dapur . Bila petang saya balik sekolah mak saya pesan kalo nak buat apa2 kena basuh pinggan dulu, kalo x, x boleh kuar bermain. Tapi bila semakin meningkat dewasa kerja-kerja mengemas dan menyapu menjadi rutin saya. Abg dah x buat dah. Bila abang dah kahwin saya tanya kakak ipar, abang saya ada tolong2 kat rumah x? Kakak ipar kata,kalo dia ada of course kerja2 rumah dia yang buat, tapi kalo kakak ipar x sihat ke or dalam pantang, semua abg buat. Masak air mandi, bakar batu tungku semuanya lah abang buat. Jelasnya disini kalo dah terdidik buat benda2 macam ni, kalo terdesak boleh gak menolong isteri bila diperlukan. Tapi jangan x tahu ada isteri amik kesempatan kalau tahu si suami tu jenis yang rajin. Sampai cuci berak anak pun kalo boleh mintak suami buat. Berlainan pula dengan suami kawan saya, memang mak dia x pernah dok suh dia ke dapur dan buat kerja-kerja rumah.Contohnya bila dah kawin, walaupun dah duduk rumah yang didiami selama 13 tahun tapi bila si isteri x de kat rumah nak carik pisau dan sudu pun x jumpa dan yang paling kelakar nak bukak susu dalam tin pun x tahu dan lga satu mengemop lantai pun anak dia kata bapak dia x tahu. Ada ke dia lambakkan air sabun dalam baldi 2 atas lantai dulu dan baru dia gosok2 dengan mop. Hebat sungguh kan Kak Jee. Pengajarannya kalo ada anak lelaki tu, sekurang2nya kita kena kasi knowledge bab2 kedapur dan hal pengurusan rumah kat dia sikit2 tapi orang kata jangan over sgt la...nanti x lah semua beban jatuh ke tangan isteri sorang aje kan. Amin

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...