Wednesday, March 30, 2011

181. Cendawan Shitake Berinti Ayam Kukus


Ini salah satu masakan Cina yang Kjee suka. Mudah nak buat. Boleh guna ayam ataupun udang ataupun isi ikan putih. Gambar diatas ialah shitake mushrooms yang kering. Rendam dua atau tiga jam sebelum guna. Pastu perah, buang air dia dan keringkan guna tisu dapur.

BAHAN2NYA:
10 keping cendawan kering shitake yang sama saiz (direndam)
1½  keping isi ayam bahagian dada
1 batang carrot
daun bawang
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1½ sudu tepung jagung
1 sudu besar minyak bijan
garam dan aji secukupnya

CARA MEMBUATNYA:
Cendawan direndam seelok eloknya semalaman. Pastu perah airnya dan keringkan. Cincang ayam hingga lumat. Kemudian cincang carrot, bawang merah dan bawang putih. Campurkan bersama ayam. Perisakan dengan garam dan aji, minyak bijan dan tepung jagung. Hiris halus daun bawang dan campurkan sekali. Pastu ambil satu sudu bahan2 tadi dan susun atas cendawan sehingga habis semua. Letak dalam pinggan/pyrex dan kukuslah selama 20 minit atau cubit isi ayam tadi untuk tengok samada ia sudah elok masaknya. Makan dengan sos cili. Lauk ini boleh dijadikan lauk sampingan kalau masak chinese lunch atau dinner.





4 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

nampak sangat sedapp!!

chikadakbiru said...

simple..tp menyelerakan!!

mala said...

kJee, anak2 tak berapa suka cendawan kering ni. tak tau kenapa. kalau cendawan lain laju je.

sharifah rosidah said...

dulu aku ingat cendawan shitake sesuai untuk digoreng dengan brocoli je rupanya ada cara lain lagi.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...