Wednesday, March 30, 2011

181. Cendawan Shitake Berinti Ayam Kukus


Ini salah satu masakan Cina yang Kjee suka. Mudah nak buat. Boleh guna ayam ataupun udang ataupun isi ikan putih. Gambar diatas ialah shitake mushrooms yang kering. Rendam dua atau tiga jam sebelum guna. Pastu perah, buang air dia dan keringkan guna tisu dapur.

BAHAN2NYA:
10 keping cendawan kering shitake yang sama saiz (direndam)
1½  keping isi ayam bahagian dada
1 batang carrot
daun bawang
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1½ sudu tepung jagung
1 sudu besar minyak bijan
garam dan aji secukupnya

CARA MEMBUATNYA:
Cendawan direndam seelok eloknya semalaman. Pastu perah airnya dan keringkan. Cincang ayam hingga lumat. Kemudian cincang carrot, bawang merah dan bawang putih. Campurkan bersama ayam. Perisakan dengan garam dan aji, minyak bijan dan tepung jagung. Hiris halus daun bawang dan campurkan sekali. Pastu ambil satu sudu bahan2 tadi dan susun atas cendawan sehingga habis semua. Letak dalam pinggan/pyrex dan kukuslah selama 20 minit atau cubit isi ayam tadi untuk tengok samada ia sudah elok masaknya. Makan dengan sos cili. Lauk ini boleh dijadikan lauk sampingan kalau masak chinese lunch atau dinner.





Related Posts:

  • LOBAK PUTIH TUMIS AIR Tadi semasa Kjee suruh UnclePali amik gambar Lobak Putih Masak Bening ni, dia pandang Kjee semacam. "Haritu punya awak tak masuk lagi dalam blog. Ini yang amik gambar lagi ker?" Kjee yang tengah blur sebab kepenatan,… Read More
  • HOME MADE JERUK HALIA MUDA Oleh kerana dah cari satu Malaya tak jumpa, akhirnya UnclePali senyap-senyap pergi beli halia muda, dan Chinese Rice Vinegar. Buat sendiri dia kata. Kjee tanya mana nak cari resipi? Dia senyum. Adalah. Jadi tak … Read More
  • BERJAYA BUAT BUTTER PRAWNS YANG ENAK BANGET! I made it! Semalam Kjee berjaya dera Unclepali dan Nadia take over kerja memasak. Dan hasilnya semalam? Yezza... Butter Prawns, Mihun Putih dan Apam Indon! By the time habis memasak, kedua2nya dah macam nak pengsan. … Read More
  • OTAK-OTAK NYONYA PILIHANKU Made these, Saturday. Teringin sangat nak makan. Jarang ada orang jual melainkan pergi ke restoran yang hidangkan masakan Nyonya. Apapun, buat sikit jer sebab dah lewat pergi Hero Market. Nak beli isi ikan Tenggir… Read More
  • MI HAILAM KE MI NEGRO... BACA DULU SEBELUM KETAWA Teringin nak makan Mi Hailam airtangan Nadia meluap-luap. Memang tidak dinafikan she makes one of the best Mi Hailam ever. Hehehe puji masakan anak sendiri. Tapi, itulah hakikatnya. Malah bukan Kjee sorang yang kata sed… Read More

4 comments:

  1. simple..tp menyelerakan!!

    ReplyDelete
  2. kJee, anak2 tak berapa suka cendawan kering ni. tak tau kenapa. kalau cendawan lain laju je.

    ReplyDelete
  3. dulu aku ingat cendawan shitake sesuai untuk digoreng dengan brocoli je rupanya ada cara lain lagi.

    ReplyDelete