Friday, June 3, 2011

Mi Hokkien

Ni versi terlebih kicap. hehehe
Semalam kawan baik Kjee, Liza Aziz yang suka panggil Kjee mak tiri, hantar mesej kat handfon Kjee tanya kenapa tak ada resipi Mi Hokkien di blog Kjee. Hah tak ada ker? Unclepali kata mungkin Kjee bubuh dalam Facebook jer kot.

Kjee pun carilah dalam blog. Tak jumpa pulak. Tak jumpa atau susah nak cari. Tak kisahlah. Kalau dah ada, Kjee ulang tayang je lah. Samalah macam resipi laksa Johor hari tu. Ingatkan tak bubuh lagi, rupa2nya dah masuk awal2 dulu. Tak per kan. Korang tak marah kan?

Cerita pasal Mi Hokkien. Dia adik beradik Mi Hailam. Cuma ia gunakan mi kuning kasar yang jenis bulat bukan leper. Yang leper untuk buat yee mee. Ia boleh didapati di hampir semua pasaraya utama cam Giant, Tesco dan yang sewaktu dengannya.

Bezanya dengan Mi Hailam ialah Mi Hokkien dimakan dengan sambal belacan. Masa kjee meniaga dulu, tak hidangkan sambal belacan sebab maleh nak buat. Hehehe kejam kan. Tapi mi hokkien memang sedap kalau ada sambal belacan. Orang Cina Hokkien pun reti makan mi denngan sambal belacan.

BAHANNYA: (untuk satu pinggan)

1 genggam Mi Kasar (boleh dibeli di Tesco & Giant)
Udang
Isi ayam( bahagian dada)
Salad Cina
1 ulas bawang putih (ketuk)
1 sudu kecik kicap pekat hitam
2 sudu makan kicap manis (Cap Kipas Udang)
beberapa titis minyak bijan
2 senduk air rebusan tulang ayam
1 sudu kecik tepung jagung
kicap cair atau sos ikan (jika perlu)

CARA
Ketuk bawang putih dan tumis. Sikit jer minyak. Pastu masukkanlah isi ayam yang telah dihiris lebar2. Apabila sudah kecut, masukkan udang dan golek2 pantas. Api biar besar. Keluarkan udang dan ayam. Pastu masukkan mi dan kira-kira 2 senduk air rebusan ayam, kicap manis dan kicap hitam pekat. Masak mi hingga cukup masak. Mi ni liat (keras) so kena betul2 masak atau sampai air rebusannya kering. Masukkan sayur salad yang telah dipotong lebar2, kacau sampai masak dan masukkan kembali udang dan ayam ke dalam kuali. Api mesti besar. Campur sedikit air kepada tepung jagung dan masukkan. Kacau pantas. Kemudian rasa masinnya. Kalau tak cukup bubuhlah sedikit sos ikan atau kicap cair sampai sesedap rasa. Itu jer. Oh ya sebelum hidang, titiskan sedikit minyak bijan kalau suka. Hidang dalam pinggan dan makan dengan sambal belacan.
Sambal belacan ori ialah Kjee kisar cili kering yang telah direbus hingga lembut bersama belacan bakar. Kalau nak guna sambal belacan cili hidup campur cili api pun boleh.

10 comments:

AI said...

walopon nampak itam...rase nye mesti sedap tu...

kekecik dulu xmo mkn kicap...takut itam...hehehe

Cik Puan Izan❤ said...

baru saya tau mee hokien kena mkn dgn sambal belacan...jakunnya saya...

anymz said...

salam kjee,
saya suka yang terlebih kicap tu..meleleh2 dah tgk mi ni..isshh...posa2 ni lariiii dulu lah.

Eh!nak bagi tau kjee thnx for the info pasal oven amway tu.jenuh mencari buku panduan..sonang sangat rupanya guna oven tu kan kjee..kalau adik saya tau mesti menyesal dia bagi saya..hehe

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Gee..Sedapnya nampak mee ni...

Nieza said...

assalam kak Jee, sedapnya tgk mee tu...memang suka sgt..:)

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak...
sedaaapnya mee tu akak... diana pun suka makan mee hokkien tu... alahai! terliur sudah nie.. :)

kak ina kl (1) said...

wah lain dari yang lain..lehlah mencubanya nanti.

aimran said...

rindu mi hokkien aunty

Kjee said...

when u camoe back here, aunty buatkan. nasi lemak and ice blended. hehehe

arm saadah said...

salam kak jee..
tengok pun dah berselera..leh try ni...terbaikkk!!!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...