Monday, June 6, 2011

Kari Daging Campur Kentang



 Kjee buat kari daging ini dua hari lepas. Ingatkan tak naklah post entry ni. Tapi tadi ada lak yang hantar mesej kepada Kjee kata kenapa tak bagi resipi. Dia tanya inikah kari yang Kjee buat masa jual roti jala dulu?

Tersenyum Kjee baca mesej tu. Memang inilah resipi Kjee gunakan masa jual roti jala dulu. Ramai peminat kari ni masa itu. Dulu pun memang Kjee guna daging tetel. Walaupun daging tetel tak berapa sihat berbanding dengan daging bebas lemak dan urat, namun sekali kala okaylah jugak kan. Tapi rasanya lebih sedap tau. Hehehe

Tak taulah nak kategorikan kari ini kari Melayu, India ataupun Mamak. Kjee belajar buat kari dari arwah mak. Dia guna kari India. Dulu2 masa kecik2 adalah jenama cap burung Nuri. Tapi sekarang dah tak de. Kemudian Mak beralih kepada Babas sehingga ke akhir hayat beliau.

Kjee tak pernah try rempah kari Melayu so Kjee tak tahulah rasanya macam mana. Apapun, rempah tetap rempah kan? Dia orang guna bahan lebih kurang sama untuk buat. Hanya yang membezakannya sukatan bahan2 yang mereka guna.

Untuk pengetahuan semua, apabila Kjee beri sukatan cawan, ini bererti Kjee guna cawan standard yang dijual di kedai2 yang menjual bahan2 kek. Untuk mangkuk pulak, Kjee guna mangkuk plastik yang kita beli tauhu fa.

Okaylah jom intai resipi.

BAHANNYA:

½ kg daging tetel
1 cawan rempah kari Babas
¼ cawan serbuk cili Babas (optional. Kjee tambah sebab famili suka pedas)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 asam keping
2 biji kentang (dipotong 4)
1 cawan santan pekat
1 kayu manis

CARA:

Daging tetel (boleh guna daging biasa ataupun ayam) dibersihkan daripada lemak2, dipotong ikut suka dan direbus hingga empuk. Kjee guna periuk tekanan atau pressure cooker dan ambil masa hanya kira ½ jam. Kjee suka tetel ini menjadi lembut sangat hingga boleh dileraikan dengan jari. Simpan air rebusan.
Tumis bawang, kayu manis dan halia yang telah dimayang hingga wangi. Kemudian masukkan rempah (dan serbuk cili) kering. Kacau pantas2 dan biarkan satu atau dua minit hingga wangi. Api jangan terlalu besar nanti hangus. Kemudian masukkan setengah cawan air. Biarkan ia masak kira2 empat atau lima minit.
Untuk mendapat kari yang sedap, rempahnya hendahlah benar2 masak. Itu tip yang Kjee dapat dari seorang jiran yang asal dari Pulau Pinang.
Setelah semerbak baunya, dan terbit minyak, tuangkan daging yang telah direbus lembut bersama airnya sekali.  (Kalau buat kari ayam, masukkan ayam dan tunggu hingga ayam itu kecut, baru bubuh air). Masukkan juga kentang yang telah dipotong empat. Biarkan ia mendidih lagi sehingga kentang empuk. Kemudian masukkan santan, garam dan juga serbuk perasa (kalau guna). Biarkan mendidih perlahan dan masukkan 1 asam keping. Apabila sudah sampai ke tahap kepekatan yang dikehendaki, padamlah api.

11 comments:

Linda Arshad said...

oh no... kak jee.. terpaksalah saya menapak ke kedai membeli bahan... x tahan tengokk

Mak Qis said...

as salam kak jee...sama je menu kita hari neh

AI said...

- mmg nampak sedap...

- dulu pernah berniaga? nape x teruskan?

ryna n nenek (^__^) said...

salam kak jee...
miss u so much !!!
also miss ur roti jala n laksa johor!..
mmg sedap sgt!!!...
ooo ni ey resepi ny ms meniaga kt ulu klang tu...mesti cube ni....
thknz kak jee...

uchiha salwa said...

assalamualaikum kak jee..

saya nk tnya,, klu nk masak kari nih mcm mana kita nk tau rempah tu betul2 masak??

Kjee said...

w'salam salwa. Mula2 tumis bawang merah, pastu bila bawang dah warna keemasan, masukkan rempah kering dan goreng seketika. kira kira 3 minit, pastu cepat2 masukkan air dalam setengah cawan. pastu terus dimasak sambil selalu2 kacau. api jangan besar. kurang sikit dari sederhana. apabila sudah nampak nak kering, tambah air lagi, masak balik sampai naik minyaknya. pastu tambah lagi air dalam secawan, barulah dibesrkan sikit api. kita boleh bau harumnya lain daripada rempah mentah. selepas itu, masukkan daging yang telah direbus bersama air sekali dan kentang. biarkan mendidih, baru masuk santan. bila dah mendidih lagi baru masuk asam jawa. selamat mencuba. jaga jangan bagi bawang atau rempah hangus. nanti jadi pahit kari awak.

Anonymous said...

ok terima kasih di atas resipi kjee

Anonymous said...

Kjee trima kasih Kari yg sedap. Td masak bwk gi umah adik Iftar bersama2 ahli2 keluarga yg lain.Smua suka makan dng roti kirai tadi.

Noorsalha - JB said...

assalam kak jee, saya dah print resepi kari daging . terima kasih ya. tak sabar nak tunggu acuan roti jala tu sampai. confirm hujung minggu ni nak test buat roti jala n kari daging kak jee. fav anak2 saya tu.- NOORSALHA JB

Anonymous said...

tq kjee.. all family suka diorang kata sedap.. terutama suami

nurhanayahya said...

salam kak jee. kari cap burung nuri memang marbeles. babas pun kurang jika dibanding dgn burung nuri.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...