Tuesday, June 7, 2011

Terung Udang Kering Pedas Pembuka Selera


 Ini salah satu lauk kegemaran Kjee bila berbuka puasa. Sedap babe makan dengan nasi panas2. Kjee buat bubuh cili api je sebab tu warna dia tak menarik. Kalau campur cili merah cantik sikit kan?

Ah peduli apa cantik ke tak cantik. Yang penting sedap kan?

Terung dibakar
Pastikan udang kering yang digoreng tu betul2 garing bukan hangus tau. Buatlah pedas sikit. Terung tu boleh goreng atau bakar.

BAHAN2NYA:

6 terung pendek ( batang ke biji hah)
cili merah dan cili api (ikut suka)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
setengah cawan udang kering (dicuci dan tos)
minyak

CARANYA:




Terung dibelah dua. Kemudian digoreng atau bakar setengah masak. Kalau goreng, guna sikit jer minyak. Kemudian tepikan. Goreng udang kering hingga garing atau ranggup guna api sederhana. Tepikan. Tumbuk cili merah/cili api, bawang besar dan bawang putih.
Tumis dalam minyak sama goreng udang tadi. Bila dah naik bau dan garing, masukkan terung. Golek2 sampai rata selama kira-kira lima minit. Pastu sebelum tutup api,  taburkan udang kering yang digoreng tadi dan gaul rata.
Oh ya lupa lak. Bubuh sikit jer garam sebab udang kering kan dah masin. Kalau tak guna pak ji, bubuhlah gula sikit.

Fullamak. Sedap dimakan dengan nasi panas. My favorite...adoii kecur lak puasa2 ni.

Masa buat ni pulak terung digoreng

Related Posts:

  • BABY KAILAN IKAN MASIN Sayur bukan resipi favorite semua orang. Tapi, Kjee dan Nadia tak boleh hidup tanpa sayur. Makan nasi tanpa sayur rasa macam tak lengkap hidangan. Ini antara a must order kalau pergi Restoran Tomyam. Kailan Gor… Read More
  • LIHATLAH HASIL TANGAN UNCLEPALIHari ini Kjee nak bawak korang masuk kebun Kjee yang tak sampai sekangkang monkey di sekeliling rumah Kjee di Sungai Pelong. Inilah hasil kerajinan my Chenta Hati, Unclepali. Buat secara main2 tetapi lihatlah donia, hasilnya!… Read More
  • LIHATLAH DONIA HEHEHE Biji benih bendi Pokok kari Pagi semalam masa kami nak keluar gi bekfas, Unclepali singgah kedai hardware. Nak beli cangkul, katanya. Balik rumah, dia merumput sekeliling rumah yang sekangkang kera,  tak… Read More
  • KACANG BOTOR DAH BOLEH TUAI innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050cf"; innity_cat = "FOOD_DINING,MALAY,WOMEN"; innity_zone = "19553"; innity_width = "**"; innity_height = "**"; innity_country = "MY"; innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f888… Read More
  • LOBAK PUTIH TUMIS AIR Tadi semasa Kjee suruh UnclePali amik gambar Lobak Putih Masak Bening ni, dia pandang Kjee semacam. "Haritu punya awak tak masuk lagi dalam blog. Ini yang amik gambar lagi ker?" Kjee yang tengah blur sebab kepenatan,… Read More

10 comments:

  1. - wahh...mmg best nih...
    - makan dgn nasi panas2...walla...
    - tp...asben ckp org lelaki x elok sgt mkn terong...ye ke???

    ReplyDelete
  2. - eeeeeeee...best nyerr...k.jee jd follower AI...

    - mekasih k.jee...

    - ♥♥♥

    ReplyDelete
  3. Kjee patut ucap terima kasih ke Al dan semua yang sudi singgah blog kjee ni.

    ReplyDelete
  4. Kak je..tq jadi folower ryo ye...selera tengok terung nih lelebih lagi bila tau pedas lak tu

    ReplyDelete
  5. alamak ni yg buat lapa nih...

    ReplyDelete
  6. Kakjee...terliur la...bubuh cili api...erm pedas...memang sedap...

    ReplyDelete
  7. ramai jugak yang tak makan sangat terung ni,tapi kalau masak cam ni..habis licin ni...

    ReplyDelete
  8. Kak Jee, terung memang favorite saya...memang terliur nengok menu yang kak Jee sediakan tu...aduhhhh tak tahannnn....

    ReplyDelete
  9. salam kak jee....sy bru teraii kak jee nye resepi terung ni mmg best maveles.....sesuai sgt utk sahur esok nehhh

    ReplyDelete
  10. lupe nak bgtau...kak jee sila le bertandang kat blog sy..tgok resepi kak jee jadi mcm mane ehhehe

    ReplyDelete