Tuesday, June 7, 2011

Terung Udang Kering Pedas Pembuka Selera


 Ini salah satu lauk kegemaran Kjee bila berbuka puasa. Sedap babe makan dengan nasi panas2. Kjee buat bubuh cili api je sebab tu warna dia tak menarik. Kalau campur cili merah cantik sikit kan?

Ah peduli apa cantik ke tak cantik. Yang penting sedap kan?

Terung dibakar
Pastikan udang kering yang digoreng tu betul2 garing bukan hangus tau. Buatlah pedas sikit. Terung tu boleh goreng atau bakar.

BAHAN2NYA:

6 terung pendek ( batang ke biji hah)
cili merah dan cili api (ikut suka)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
setengah cawan udang kering (dicuci dan tos)
minyak

CARANYA:




Terung dibelah dua. Kemudian digoreng atau bakar setengah masak. Kalau goreng, guna sikit jer minyak. Kemudian tepikan. Goreng udang kering hingga garing atau ranggup guna api sederhana. Tepikan. Tumbuk cili merah/cili api, bawang besar dan bawang putih.
Tumis dalam minyak sama goreng udang tadi. Bila dah naik bau dan garing, masukkan terung. Golek2 sampai rata selama kira-kira lima minit. Pastu sebelum tutup api,  taburkan udang kering yang digoreng tadi dan gaul rata.
Oh ya lupa lak. Bubuh sikit jer garam sebab udang kering kan dah masin. Kalau tak guna pak ji, bubuhlah gula sikit.

Fullamak. Sedap dimakan dengan nasi panas. My favorite...adoii kecur lak puasa2 ni.

Masa buat ni pulak terung digoreng

Related Posts:

  • SUP CENDAWAN SEGAR BUAT SENDIRI Kjee selalu buat Fresh Mushroom Soup kalau beli banyak mushroom atau cendawan ataupun ada orang panggil kulat. Tak kisahlah mushroom segar jenis apa pun. Kalau nak campur-campur segala jenis mushroom pun sedap. … Read More
  • POPIA GORENG Hari tu Kjee makan popia basah beli kat gerai biasa di Taman Keramat, kena food poisoning. Serik dah. UnclePali kata dia tak nak belikan lagi walau dipaksa. Hehehe. Bayangkan dalam lima kali beli, tiga kali mest… Read More
  • WW - REGU NGAM UNTUK MAKAN TENGAH HARI Resipi SINI Jeruk Ikan Tenggiri Siew Pak Choy goreng sos tiram … Read More
  • SIMPLE TAPI SEDAP Kjee, sebenarnya, suka makan nasi kalau ada lauk yang berkuah. Kalau makan di Restoran Nasi Kandar, Kjee selalu beritahu mamak tu : "Kasi taruh semuaaa kuah, campur2, kasi banjir!". Hehehe baru terbuka selera nak maka… Read More
  • BEZA MASAK LEMAK MENTOR NGAN PROTEGE Beginilah hasilnya kalau sambil masak lemak sambil buat kerja lain. Handfon bunyi dia jawab dan buat kerja sambil lewa. Manalah mulut Kjee tak bising kan? Kenapa Kjee bebel2 pagi ni? Well, semalam Kjee mintak anak … Read More

10 comments:

  1. - wahh...mmg best nih...
    - makan dgn nasi panas2...walla...
    - tp...asben ckp org lelaki x elok sgt mkn terong...ye ke???

    ReplyDelete
  2. - eeeeeeee...best nyerr...k.jee jd follower AI...

    - mekasih k.jee...

    - ♥♥♥

    ReplyDelete
  3. Kjee patut ucap terima kasih ke Al dan semua yang sudi singgah blog kjee ni.

    ReplyDelete
  4. Kak je..tq jadi folower ryo ye...selera tengok terung nih lelebih lagi bila tau pedas lak tu

    ReplyDelete
  5. alamak ni yg buat lapa nih...

    ReplyDelete
  6. Kakjee...terliur la...bubuh cili api...erm pedas...memang sedap...

    ReplyDelete
  7. ramai jugak yang tak makan sangat terung ni,tapi kalau masak cam ni..habis licin ni...

    ReplyDelete
  8. Kak Jee, terung memang favorite saya...memang terliur nengok menu yang kak Jee sediakan tu...aduhhhh tak tahannnn....

    ReplyDelete
  9. salam kak jee....sy bru teraii kak jee nye resepi terung ni mmg best maveles.....sesuai sgt utk sahur esok nehhh

    ReplyDelete
  10. lupe nak bgtau...kak jee sila le bertandang kat blog sy..tgok resepi kak jee jadi mcm mane ehhehe

    ReplyDelete