Wednesday, June 15, 2011

DUCK STEAK WITH ORANGE SAUCE


Pertama kali Chef Arie dari Arima Classic Western Food, tanya Kjee samada Kjee pernah makan duck steak with orange sauce, Kjee betul2 was was. Isyhhh oren kan manis? Camner nak gandingkan dengan steak itik. Tapi Chef Arie kata, cubalah. Sedap dan katanya lagi itulah cara chef hotel buat. Bukan guna blackpeper sauce.

Ya Kjee pernah makan duck steak with blackpepper sauce di Papa Z Western di Taman Melati. Itulah kali pertama Kjee makan duck steak. Dan Kjee rasa itulah yang paling hebat sampaikan berulang kali dalam seminggu pergi makan. 

Maklumlah kalau nak makan duck steak di hotel, curiga pula penyediaan dia. Selalunya steak yang disediakan di hotel guna arak. Selain itu, kita harus juga curigai daging itik itu sendiri. Halal ke tidak kan?

Sebab itu, apabila Chef Arie mesej Kjee semalam suruh datang rasa Duck Steak With Orange Sauce di kedainya di Taman Keramat, Kjee punyalah teruja. Ini food testing jer tau, berulang kali dia ingatkan Kjee. Tak pasti samada nak jadikan Duck Steak menu tetap di Arima Classic Western, tambahnya.

Wow seandainya Duck Steak ni tidak jadi menu, maknanya Kjee bertuah sangat dapat rasa. Lepas Maghrib, Kjee, Nadia dan Unclepali pun keluarlah ke Arima Classic Western Food di Taman Keramat. Klik sini

Nadia tak berani cakap apa2 sebab dia ni bab orange ni kureng sikit. Manakala Unclepali berkecuali. Dia nak tunggu dan rasa dulu, katanya. Apapun, Kjee ni memang adventurous, so apapun, okaylah.

Sampai sana, Arie sibuk di dapur menyediakan hidangan kami. Dua puluh minit kemudian, tiga pinggan Duck Steak sudah terhidang di depan mata. Kjee tak buang masa amik gambar. Nadia terus capai garfu dan rasa. Sedap mama, itu perkataan pertama terpacul dari mulut Nadia.

Kemudian Arie muncul dengan sauce orange dalam sos boat. Kalau tak suka sos ini, boleh tukar blackpepper sauce tau, dia ingatkan kami. Kjee pun cicahlah sikit. Mak Oi sedapnya. Terus tuang ke atas steak Kjee dan apa lagi tunggu kan? Ngapp lah.

Rugi, memang rugi korang kalau Chef Arie tak jadikan Duck Steak Orange Sauce ini menunya. Sedap sangat2. Kjee rasa mereka yang tidak menggemari itik atau tidak pernah makan itik selama ini akan berubah fikiran selepas ini.

Kalau Chef Arie tak cakap bahan asas sos itu adalah jus oren, Kjee pasti tak tahu. Pertama kali Kjee makan sos sebegini rupa. Menurutnya, itik mesti dimakan dengan sos yang ada masam2 sikit.

Presentation pun lawa. Siap ada salad dan dua potong buah limau yang sangat manis. Selain itu ada croquette kentang. Croquette diperbuat dari kentang yang direbus, dilenyek, dikepal menjadi sedikit lonjong, disalut dengan breadcrumbs dan digoreng dalam minyak yang banyak. Kemudian turut disertakan terung yang dihiris dan dibakar.

Duck Steak, kata Arie, dimarinate seketika guna pelbagai bahan termasuk paprika dan rosemary dan digrill. Susah lah nak cakap sedap macam mana. Untuk sos oren tu, mana boleh dia bagitau kan? Itu rahsia seorang chef!

Apapun, Kjee harap Chef Arie akan berubah hati dan satu hari nanti akan turut menghidangkan Duck Steak With Orange Sauce ni di kedainya. Kalau korang pandai pujuk dia, pergilah sana, suruh dia buatkan. Tapi kena order in advance. Maklumlah, Chef Arie kena buat persiapan awal untuk menu yang lain daripada yang lain.

Dalam perjalanan balik tadi, Kjee bagitau Unclepali, Kjee kena belajar buat sos oren tu kalau Chef Arie tak nak jual duck steak di kedainya. Habis nak makan kat mana kalau teringin nak makan lagi kan?!

Dah rasa duck steak Chef Arie rasa tak nak makan beef steak lagi lah. Lima bintang, Chef Arie. Really awesome!!! Sos sedap. Itik grilled to perfection!!!

Terima kasih banyak2 Chef Arie. Lain kali buatlah lagi...banyak2 food testing kan? Hehehe

3 comments:

Yours truly said...

salam kak jee..fuhh nampak sedap sangat2..terliur saya..

sharifah rosidah said...

wow sedapnya nampak duck steak ni, nampak macam dia ada letak terung yang digoreng betul ke?

Kjee said...

terung bakar tu shidah

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...