Thursday, August 4, 2011

NORA J... JAWAB

Kontroversi Nora J



Paduan suara Nora dan VOU menerusi single berjudul Pedoman.




MENGGUNAKAN huruf J sebagai singkatan kepada Johan untuk digabungkan dengan nama Nora, tidak pernah dilihat akan mengundang satu pandangan yang negatif.
Sebaliknya, gabungan nama penyanyi yang popular dengan lagu Di Persimpangan Dilema hanya sekadar nama alternatif untuk mengelakkan kekeliruan apabila melakukan pencarian data maklumat di Internet.
Sayangnya hasrat Nora untuk tampil dengan nama pentas sebagai Nora J dikaitkan dengan pandangan yang cukup negatif.
Ada yang berpendapat, Nora J membawa maksud Nora Janda!
Pedih dengan kaitan istilah janda pada namanya sedangkan maksud huruf J yang sebenar ialah Johan Nawawi (nama suami Nora), Nora tenang dalam memberikan jawapan terhadap soalan-soalan bacul sesetengah pihak.
“Mengapa begitu cetek pandangan orang yang mengaitkan huruf J itu dengan istilah janda pada nama saya?
“Apakah saya tidak boleh mengkomersialkan nama saya sendiri tanpa ada niat untuk mengenepikan nama bapa saya?
“Sebagai anak seni, tidak salah jika saya komersialkan nama saya termasuk mahu dikenali sebagai Nora J iaitu Nora Johan dan bukannya Nora Janda.
“Saya berasa pelik kerana hasrat saya itu turut dikaitkan dengan hukum hakam agama.
“Apakah sebelum ini, tidak pernah ada artis tanah air yang menggunakan nama suaminya di akhir namanya?” soal Nora dalam nada tenang walaupun terpalit rasa kesal kerana dipandang serong oleh mereka yang mudah melabelkan orang lain tanpa menggunakan landasan fikiran yang lebih rasional.
Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Wan Ariffin, 35, berkata, mengapa seniwati Datin Rosnani atau Mak Nani, menggunakan nama pentas yang digabung dengan nama suaminya, Jamil, tidak pernah dipersoalkan?
Begitu juga dengan Norlia Ramli (kini dikenali sebagai Norlia Ghani) dan Aida Khalida yang suatu ketika dahulu, muncul dengan menggunakan nama Aida Rahim, diubah kepada Aida Radzwil tidak pula dipandang serong?
“Kalau berdosa dan hukumnya haram kerana saya menggunakan nama suami sebagai alternatif untuk nama pentas saya, maka artis-artis lain yang sebelum ini melakukan perkara yang sama, pun berdosa dan haramlah hukumnya.

SELEBIHNYA KORANG BELI UTUSAN MALAYSIA.


HUKUM WANITA GUNA NAMA SUAMI DI BELAKANG NAMA SENDIRI. BACA SINI

2 comments:

*hani* said...

kak jee....pada saya lah kan...nora boleh berdiri atas nama NORA sahaja...semua kenal...lagipun pada saya Nora mmg berbakat...suara manis...merdu...imej pun bersih.....kalau ditanya NORA penyanyi malaysia...semua akan tahu itu merujuk padanya....setakat utk kemudahan pencarian data maklumat di internet..kalau dah peminat tu mesti pandai cari punyalah.....sama macam kes aisyah jugak...ada artis baru muncul dgn nama hampir sama..tp aisyah tetap aisyah.....(errmmm..dua2 dah kughus skrng nih...makan hati aku...he..he...)

intan said...

salam kjee..

sy silent reader kjee..tp terpanggil utk komen yg ni..hmm..pandangan saya kalau Nora fikiran terbuka menerima kritikan ttg nama komersilnya rasanya xpayah lah nk kaitkan org lain yg guna formula nama yg sama gitu..klu hukum kata dosa..maka selidik lah..kajilah fahamilah..cari org yg arif ttgnya..jgn menolak begitu sahaja..kita kene maklum bhw artis2 yg disebutkan guna nama sebegitu mungkin ketika itu kesedaran agama kurang kalangan masyarakat ketika itu..makanya tiada yang menegur..kini dengan penampilan nora kini tentulah lagi para masyarakat n peminat yang prihatin agar terjemahan islamik dapat dilihat selari dengan apa yg diperlihatkan..adat tanda kasih orang terutama org tua adalah menegur..jd saya rasa patut nora positif dengan pandangan sebegitu..xperlu kenyataan yg maknanya jika artis dulu sebenarnya salah..x dgr dipersalahkn..tp kini dia disalahkan pulak..huhuhu klu nk proceed nama tu..ikot suke laaa..jgn peminat sedia ada keliru udaaaaah..

ps: Allah maha mengetahui..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...