Sunday, August 7, 2011

PENANG FRIED KWAY TEOW LAGI...SPECIAL REQUEST



Apabila Unclepali request suruh buat lagi Penang Fried Kway Teow hari ini untuk berbuka puasa, Kjee terkejut. Semalam dia tak puas makan, rupa2nya. Dia fikirkan masa sahur nak suruh Nadia goreng lagi. Tapi kami di hospital sampai pukul 5 pagi. Mana nak sempat balik rumah.

Mujur bahan2 semua ada lagi. So tadi Kjee rehatlah. Tak payah turun ke dapur memasak sebab semalam plan nak buat asam pedas Ikan Sembilang. Kjee hanya buat muffin pisang jer tadi.

Bukan main seronok lagi Unclepali makan buat kali kedua berturut2. Siap ada satu mangkuk untuk tambah. Kjee memang suka kalau makan apa jua mi, kway teow ataupun mihun untuk berbuka. Taklah berat sangat.

Nasi, kalau seminggu sekali pun okay. Tapi Kjee rasa Unclepali tak boleh. Mesti pekena nasi sekurang2nya 6 kali seminggu.

Korang cuci mata tengok Penang Fried Kway Teow air tangan Nadia tadi. Rasa masih maintain! Resipi dah bubuh semalam. Tapi kalau malas nak cari, semak sini.

1 comments:

Nurul Ain said...

sedapnya tgk gambar..jd terliur.tp bila tengok resepi akak sy jd kecewa sbb sy tk de kuali dan dapur mcm yg akak bgtau..huhu..so kaedahnya..beli je la

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...