Sunday, January 30, 2011

19. penang fried kway teow



Resipi ini kjee cipta sendiri setelah bertahun2 gagal mendapat rasa yang dikehendaki. Satu hari (masa meniaga dulu), Kjee nak buat kway teow goreng tapi cili kisar tak de. Unclepali kata ala campak je sikit sambal tumis nasi lemak ke dalamnya. Sama jer asal rasa pedas.

Alhamdullilah. Itu rupanya rahsianya. Bubuh sambal tumis!

Selesai masak, Kjee pun makan ngan Nadia. Masa makan, ada customer datang. Dia nampak dan kata nak yang Kjee makan tu satu. Eh ini bukan untuk jual. Ini untuk makan sendiri. Dia kata tak per dia nak jugak. Kerang lebih, dia pesan.  Lepas makan dia mintak bungkus dua. Hah?

Itulah bermulanya sejarah Penang Fried Kway Teow Kjee. Selepas hari tu, selain laksa Johor, Penang Fried Kway Teow jadi jualan paling laris.

Jom tengok resipinya. Ini untuk satu portion atau 1 pinggan.

 
BAHAN2:
1 genggam kecik kway teow (jenis yg halus bukan lebar)
3 ekor udang
sebiji telor
kerang (yg direbus)
1 sudu sambal tumis
2 sudu besar kicap manis cap kipas udang
1 sudu kecik sos ikan/kicap ikan atau nampla
tauge ( suka hati nak bubuh banyak mana)
kucai (potong dua inci)
satu ulas bawang putih

CARA:
Ketuk bawang putih. Tumis pastu masukkan udang. Balik2 dalam 1 minit. Tepikan sikit udang dan masukkan telor. biarkan 1 minit. Pelankan api, pastu masukkan kway teow, kucai, sambal tumis, kicap manis dan sos ikan. besarkan api, cepat2 kacau sampai rata. Pastu campakkan toge dan kerang. Golek2 sikit lebih kurang. Tutup api dan hidang. Jangan masak toge terlalu lama nanti hilang ranggupnya. Makan ngan cili api yg diricik dan campur sos ikan/nampla. Cuba masak satu satu. Kalau masak sekali dua utk dua tiga pinggan, lari rasanya. Selamat mencuba. Kalau tak jadi, maknanya api/dapur tak cukup power.
Kalau malas nak buat sambal tumis, beli jer kat gerai makcik jual nasi lemak.
Nak belajar membuat Penang Fried Kway Teow, sila klik sini. Cara membuat step by step!


30 comments:

Mat Gebu said...

Bolehhh pengsannn pepagi buta mcm ni menengok penang fried kway teow......>_<

Anonymous said...

tq kjee nor dah buat dulu ...goring malas nor kata tapi bila tgok notes kjee nor pin ikut wow seangkatan rasenya.....norasmah

zunaidah said...

..my fevret..mkn pulak dgn cili ijau jeruk..fuhh!terangkat!!!

fara rafi... said...

wah... senang rhupenye..... heheeee
blh dcube

aimie arifin said...

Sedapnyer,,tgk pon dah tau sedap petah lg mkn.. nak try wat la.. thanx kak jee share resepi..

Eizam Merican said...

mmmmm..yummy

Azlina amir said...

sedapnye... senang rupenye nk masak ni eh... bagus kjee... jgn lupe post lg resepi...

Selendang Enterprise said...

pagi esok nak cuba,selalu saya letak kicap sotong,gula sikit,sambal tumis belum pernah try,tapi klu sambal tumis tu tak sedap,tak sedap la jugak ke kuew teownya ek? thanks kak jee

Nin said...

Salam, Kjee.
The fried kway teow looks tempting. Mesti cuba ni.
By the way, thanks for the nasi lemak recipe. We had nasi lemak (following Kjee's measurement) for lunch today. Since pokok daun pandan mati last week, I ubah sikit; masukkan serai, sedikit bawang merah dihiris, sedikit halba, sedikit halia dihiris. The nasi lemak was very tasty and fluffy. My daughter asyik tambah sampai licin periuk. Ha! Ha! That was impressive. This was the first time nasi lemak menjadi. Selalunya mentah sampai terpaksa kukus or lembik.
Thanks Kjee for sharing the tips and the secret recipe. I really appreciate it. May Allah bless you and your family.

MamaFaMi said...

Best betullah resepi Kjee. Yang uniknya kan, akak bagi resepi untuk sorang makan je. Udang pun 3 ekor je... haha, comel gitu. Kalau resepi-resepi lain, selalunya sepeket kue tiau and stuff like that, tapi akak punya, secekak kuetiau. Hihi..so cute la...

p/s: I've re-tried the Roti Naik resepi, FINALLY! InsyaAllah will put it up in my blog soon ye kak... sorry for the delay...

Kjee said...

salam MF. kjeee memang cutee hehe. no lah actually, the taste will not be the same kalau u cook sekali gus for three or 4 people.
can't wait to try the roti naik nanti. my doter nanti will buat. she has taken over making breads. hehehe

Nin said...

Alaa Kjee.. Memanglah batu-batu tu keras belaka. Tak pernah pulak jumpa species batu yang lembik ke, lembut ke. Ada ke Kjee?
Kelakar pula bila baca abah Kjee pam ular dalam toilet bowl. Lagi bermaharajalelalah dia sebab boleh berenang dalam air. Entah-entah bila lepas pam tu, dia bertelur lagi banyak dan beranak-pinak. Tu pasal tiap-tiap malam datang... He! He! He!

Kjee said...

nin: kalau ular jadian, dia boleh beranak pinak ker

Nin said...

Salam Kjee.
Dari pengalaman sya lah kan Kjee (chewah, macam pepandai je nin ni!), ular jadian tu adalah jin. Jin boleh beranak pinak bahkan lebih produktif drp manusia.

Kjee said...

kus semangat nin. tak yahlah citer citer lagik. serem lak.

umi said...

salam kjee..kalau yg penduduk rumah ramai mcm saya ni kena ulang masak berpinggan2 la jwbnya, jenuh..

kisahwanida said...

Salam kenal kak jee.....

sekali tgk, mcm kenal jer kakak ni....(bila nak komen ni,,siap tgk profile lagi.....) memang sah.....

mengamcam kuew teoe kak jee tu....
wanida follow kak jee yer....

ShashaCatering said...

Sedaapp!

siti raudhah said...

mmm..yum yum

ibu nor said...

Assalam kak jee........dah try resepi ni.....senang sgt-sgt tau......nyampah kita.........kat orang yang jual tu......anak-anak kata ibu masak lagi best tau....... huhuhu, lepas ni mmg xyah beli kat luar dah.....hehehehe terima kasih kak jee.........'senyum'~~~~

MAK TEH said...

as-salam k.Jee ,mee bakso tak ke kjee,please post satu ya.terima kasih.

zaini mustafa said...

sodap nye menitik air lioq

Anonymous said...

Kirenye png fried keow teoy ni berbelacan la ye?

Kjee said...

belacan? mana ada belacan? sambal tumis saya tidak guna belacan.

used car said...

Sedapnya.... hanya bagi ahli keluarga saja ka.....

ada buat business ?

Anonymous said...

terima kasih kak Jee...i nak try buat bulan puasa ni...

ana said...

Salam Kak Jee. Alhamdulillah dah jumpa resepi Penang fried Kway teow yang kak jee recommend kat blog ana.... Thank you Thank you Thank you mesti cuba Insyaallah

Noor said...

sedapnyaaaa... kak jee. my fav tu tapi tak pandai nak masak. kalau goreng kwayteow mesti kicap dia tak lekat. camne tu

Kjee said...

Tak lekat camner Noor. Ikut je resipi Kjee. Kjee guna kicap manis cap kipas udang yang label warna merah. ok jer.

miszainsani said...

Salam kjee
Camne nak buat sambal tumis kjee tuh

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...