Tuesday, August 16, 2011

TEKA TEKI BUTTER TAK HALAL TERJAWAB


Apabila Kjee menulis mengenai kesangsian banyak pihak apabila tercetus isu butter Golden Churn tidak halal pada 9 Jun lalu, Kjee menerima info dan email dari 'beberapa pihak yang mendakwa' diri mereka boleh sahkan produk itu Halal. 

Maka Kjee pun 'slow down' sikit setelah membaca dakwaan mereka yang panjang lebar. Lihat sini. Apapun, sekejap pelbagai pihak keluar statement kata boleh, sekejap tak boleh. Yang menjadi mangsa dalam kes ini mungkin ratusan pengeluar kek lapis Sarawak yang bergantung 100% kepada butter itu dalam pembikinan Kek Lapis Sarawak.

Malah, Kjee baca dalam satu berita di sebuah akhbar berbahsa Inggeris hari ini, sebuah syarikat pengimport dari Sarawak telah membelanjakan RM6-juta untuk membeli stok butter itu untuk kegunaan pembikin Kek Lapis Sarawak!

Kenyataan yang dikeluarkan oleh JAKIM semalam, akhirnya muktamad memberitahu semua pengguna Islam bahawa butter itu SAH TIDAK HALAL.

Walaupun, Kjee pernah mengguna butter jenama itu satu ketika dulu untuk membuat tart nenas dan menjualnya kepada rakan2 artis (ampun maaf dipinta), namun sejak lebih 10 tahun sudah, Kjee tidak menggunakannya. Ini adalah kerana saban tahun harganya semakin meningkat. Kjee terpaksa mencari jenama alternatif untuk tidak terbeban dengan kenaikan itu.

Dan sejak bulan Jun lalu, walapun ada pihak yang mengakui butter itu halal, Kjee sudah tidak teruja lagi untuk kembali menggunakannya. Biskut yang Kjee buat guna butter alternatif, sama rasa kesedapannya. 

Sebagai pengguna, kita harus segera guna kebijaksanaan sendiri seandainya ada apa2 isu berbangkit. Jika was was, eloklah menggunakan bahan2 lain yang pasti halal. Banyak lagi jenama butter premium yang dijual di pasaran. Antaranya Fern, SCS dan juga Anchor.

Haruskah kita tunggu kenyataan2 yang bakal dikeluarkan untuk mengesahkan dengan muktamad? Setelah dua minggu kita berpuasa barulah JAKIM meletakkan noktah keatas kemusykilan pengguna sedangkan isunya sudah berbangkit sejak awak tahun ini lagi!

Mustahil bahan yang dibuat dalam kilang sama tetapi diimport oleh lain2 syarikat boleh menetapkan halal dan haram. Misalnya yang diimport untuk kegunaan negara Islam halal dan seterusnya!

Begitulah jugak apabila minyak sapi QBB di kata tidak halal tahun lepas. Kjee segera mencari pengganti jenama lain. Dan Kjee mendapati biskut suji yang Kjee buat tidak ada cacat celanya. Khabarnya QBB dikatakan halal pulak tetapi Kjee was was.

7 comments:

Puan ApasH said...

salam,
nak tanya ni Kjee. Kjee guna brand ape untuk ganti minyak sapi QBB tu?

Ct noarizah said...

Utamakanlah buatan malaysia yg ada tanda halal sah dr jakim.

Kjee said...

Puan ApasH, Kjee guna Ghee Blend.

Noor said...

Nasib baik x pernah terfikir nk guna butter golden churn, setia dengan buttercup je selama ni..

mama ju, said...

Salam

KJ minta izin nak copy N3 ni ke blog saya utk kawan2. Blog KJ memang saya dh link.tk

nash said...

Salam kak jee, butter golden churn kat spore ni dah makin murah, 250g cuma $3.80 jer skrg, mungkin ramai dah tak beli jadi dorang clear stock.

Kjee said...

Bisnes dia orang Nash, Kjee rasa jatuh merundum kali ini!! maklumlah yanag banyak guna butter dia orang Melayu. bangsa lain kurang sangat sebab bukan budaya dia orang buat biskut untuk perayaan.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...