Tuesday, August 16, 2011

TEKA TEKI BUTTER TAK HALAL TERJAWAB


Apabila Kjee menulis mengenai kesangsian banyak pihak apabila tercetus isu butter Golden Churn tidak halal pada 9 Jun lalu, Kjee menerima info dan email dari 'beberapa pihak yang mendakwa' diri mereka boleh sahkan produk itu Halal. 

Maka Kjee pun 'slow down' sikit setelah membaca dakwaan mereka yang panjang lebar. Lihat sini. Apapun, sekejap pelbagai pihak keluar statement kata boleh, sekejap tak boleh. Yang menjadi mangsa dalam kes ini mungkin ratusan pengeluar kek lapis Sarawak yang bergantung 100% kepada butter itu dalam pembikinan Kek Lapis Sarawak.

Malah, Kjee baca dalam satu berita di sebuah akhbar berbahsa Inggeris hari ini, sebuah syarikat pengimport dari Sarawak telah membelanjakan RM6-juta untuk membeli stok butter itu untuk kegunaan pembikin Kek Lapis Sarawak!

Kenyataan yang dikeluarkan oleh JAKIM semalam, akhirnya muktamad memberitahu semua pengguna Islam bahawa butter itu SAH TIDAK HALAL.

Walaupun, Kjee pernah mengguna butter jenama itu satu ketika dulu untuk membuat tart nenas dan menjualnya kepada rakan2 artis (ampun maaf dipinta), namun sejak lebih 10 tahun sudah, Kjee tidak menggunakannya. Ini adalah kerana saban tahun harganya semakin meningkat. Kjee terpaksa mencari jenama alternatif untuk tidak terbeban dengan kenaikan itu.

Dan sejak bulan Jun lalu, walapun ada pihak yang mengakui butter itu halal, Kjee sudah tidak teruja lagi untuk kembali menggunakannya. Biskut yang Kjee buat guna butter alternatif, sama rasa kesedapannya. 

Sebagai pengguna, kita harus segera guna kebijaksanaan sendiri seandainya ada apa2 isu berbangkit. Jika was was, eloklah menggunakan bahan2 lain yang pasti halal. Banyak lagi jenama butter premium yang dijual di pasaran. Antaranya Fern, SCS dan juga Anchor.

Haruskah kita tunggu kenyataan2 yang bakal dikeluarkan untuk mengesahkan dengan muktamad? Setelah dua minggu kita berpuasa barulah JAKIM meletakkan noktah keatas kemusykilan pengguna sedangkan isunya sudah berbangkit sejak awak tahun ini lagi!

Mustahil bahan yang dibuat dalam kilang sama tetapi diimport oleh lain2 syarikat boleh menetapkan halal dan haram. Misalnya yang diimport untuk kegunaan negara Islam halal dan seterusnya!

Begitulah jugak apabila minyak sapi QBB di kata tidak halal tahun lepas. Kjee segera mencari pengganti jenama lain. Dan Kjee mendapati biskut suji yang Kjee buat tidak ada cacat celanya. Khabarnya QBB dikatakan halal pulak tetapi Kjee was was.

Related Posts:

  • GANGGUAN BEKALAN AIR LEMBAH KELANG RABU HINGGA JUMAAT? Korang tahu ke? Kjee baru baca di The Star Online. Gangguan ini ekoran pihak Bekalan Air Selangor (Syabas) menutup lojinya untuk pembersihan dan pembaikpulihan. Gangguan akan bermula jam 8 pagi Rabu (esok) hingga 8 pagi Ju… Read More
  • AGUNGNYA ISRAQ MIKRAJ Hari Rabu 29 Jun bersamaan dengan 27 Rejab 1432 Hijrah, marilah kita sama-sama juga memperingati peristiwa penting yang berlaku di bulan Rejab ini iaitu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam iaitu peristiwa I… Read More
  • PEMBUNUH KUMANKU Korang tentu kenal ini kan? Kjee guna sanitizer ini sejak tersebar virus H1N1. Kjee dan Nadia ada seorang satu dalam beg tangan kami. Tapi taklah botol besar cam ni. Botol kecik jer senang nak bawak. Lepas makan, cuci tanga… Read More
  • TERIMA KASIH KLIK Wah baguslah korang respond dan klik sponsor Kjee. Sebelah kanan blog Kjee tu. Masa bubuh pengiklan lama, cam semut jer bergerak. Terima kasih banyak2. Setiap kali masuk blog, kliklah yer. Kalau klik selalu2 lebih semangatla… Read More
  • PELAJAR SEKOLAH MENENGAH JUAL BODY gambar hiasan ehsan google Kjee terpanggil untuk share ngan korang kisah ni beberapa hari lalu. Tup2 Kjee tak dapat share sebab Kjee pulak dapat berita sedih, kematian. Pastu, terlupa sampailah sekejap tadi. Lama dah Kje… Read More

7 comments:

  1. salam,
    nak tanya ni Kjee. Kjee guna brand ape untuk ganti minyak sapi QBB tu?

    ReplyDelete
  2. Utamakanlah buatan malaysia yg ada tanda halal sah dr jakim.

    ReplyDelete
  3. Nasib baik x pernah terfikir nk guna butter golden churn, setia dengan buttercup je selama ni..

    ReplyDelete
  4. Salam

    KJ minta izin nak copy N3 ni ke blog saya utk kawan2. Blog KJ memang saya dh link.tk

    ReplyDelete
  5. Salam kak jee, butter golden churn kat spore ni dah makin murah, 250g cuma $3.80 jer skrg, mungkin ramai dah tak beli jadi dorang clear stock.

    ReplyDelete
  6. Bisnes dia orang Nash, Kjee rasa jatuh merundum kali ini!! maklumlah yanag banyak guna butter dia orang Melayu. bangsa lain kurang sangat sebab bukan budaya dia orang buat biskut untuk perayaan.

    ReplyDelete