Thursday, November 10, 2011

JJCM: SRI SURIA CAFE, AMCORP MALL. KURANG SEDAP ATAU TEKAK KJEE KURANG SIHAT?


Wantan Noodles in soup

Mihun Singapura
Petang tadi Kjee dan Unclepali ke Amcorp Mall. Biasalah, kalau ke sana mesti sebab jenguk office 4Life. Kul 6 petang Kjee lapar. Kul 8 ada training so cepat2 Kjee ajak Unclepali gi makan di ruang bawah Amcorp Mall. Memang banyak cafe dan restoran kat situ. Kena pandai pilih mana yang sesuai dengan tekak.





Kami ke Sri Suria sebab hari tu makanan dia boleh tahan. Masa tu kami pergi ramai2. Dato Hafifi yang belanja. Kalau tak silap hari tu Kjee order Noodle Beef soup. Pastu intai2 apa orang lain order. Semua nampak cam sedap jer.

Fish Fingers
Tadi Kjee order Wantan Noodle in Soup. Jarang sekali Kjee makan wantan soup. Selalunya dry wantan noodles. Gerai favorite Kjee dan Nadia, di food court Pertama Complex kalau teringin nak makan wantan noodles.

Apabila tiba Wantan Noodles in Soup yang Kjee order, menyesal pulak order soup. Kalau kering mungkin lebih sedap. Ini kerana rasanya seakan maggie soup yang kita buat kat rumah. Hmmm cerewet lak tekak. Maklumlah dah dua hari Kjee tak berapa sihat. Demam dan batuk2.


Unclepali order Mihun Singapura. Unclepali memang suka sangat makan mihun. Kjee jamah sikit. Well, nothing to shout about, kata omputih. Kemudian apabila Kjee jamah Wantan Noodles Kjee, pelik juga. Rasanya tidak menepati piawaian Kjee. Or is it kerana Kjee demam maka tastebuds Kjee haru biru.

Kerana tak berselera nak habiskan wantan noodles, Kjee order pulak fish fingers. Hmm jugak kurang menepati citarasa.

 Apapun, lain kali Kjee nak cuba lagi. Kalau rasanya sama cam hari ni, maknanya sahih lah yang tahap rasa makanan tidak sampai ke tahap yang menepati citarasa Kjee. You all know what I mean kan?  Harganya boleh tahan. Macam harga kat kopitiam biasa.


5 comments:

  1. nonie x pernah makan kat sini,tapi kalau waktu rehat,memang penuh restoren nie.

    ReplyDelete
  2. Aku jarang ke Amcorp Mall jadi kemungkinan nak makan kat sini pun jarang juga lah so aku abaikan je Suria Cafe ni.

    ReplyDelete
  3. Suka pergi amcorp on sunday ...suka borong buku dengan dvd...pernah juga makan kat sini tapi bila dah tau chilli dekat bawah tu sedap tak masuk dah kat sini ...

    ReplyDelete
  4. bukan tekak kak jee, mmg makanan kat situ rasa dia "bolehlah" je..

    ReplyDelete
  5. siot
    aku suka mee kari kat sini woo :D
    sedap!

    ReplyDelete