Tuesday, November 15, 2011

MALAYSIA TAK BOLEH!!

Pagi ni, sibuk berita dalam akhbar mengenai rakyat Malaysia paling gemuk di kalangan negara-negara ASEAN. Adoiii tempiasnya kena kat muka Kjee. Padan muka Kjee. Bayangkan tempat pertama di negara2 ASEAN dan yang keenam di kalangan negara Asia Pasifik!

Tapi yang tak syok tu, yang melaporkan berita ini di Parlimen semalam ialah Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang turut jatuh dalam kategori orang gemuk Malaysia. Hehehe tak baik ketawakan orang kan!

So mulai hari ini, Kjee nak kurang aktiviti memasak dan memakan. Korang jangan nak complain Kjee dah tak nak bubuh entry memasak lagi sebab Kjee dah ada azam. Nak ringankan badan tau.

Okay kita baca sepenuhnya laporan yang Kjee amik dari mStar.

Malaysia Catat Kadar Obesiti Paling Tinggi Dikalangan Negara Asean

Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin




"Kita serius diancam dengan pengambilan gula berlebihan yang menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah diabetes," kata Datuk Rosnah  semasa menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong).
Dr Tan ingin tahu tahap penggunaan gula berlebihan di Malaysia berbanding negara lain dan tindakan yang diambil kepada sesiapa yang melanggar peraturan yang ditetapkan.
Rosnah berkata, kadar pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia adalah terlalu tinggi iaitu purata 51 gram, melebihi saranan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 gram.
Katanya, sebanyak 1,266 sampel makanan dianalisis pada 2009 untuk bahan pemanis di mana 7.3 peratus atau 92 sampel didapati melanggar standard yang ditetapkan.
"Manakala pada 2010 sebanyak 2,004 sampel makanan dianalisis di mana 5.4 peratus bersamaan dengan 108 sampel didapati melanggar standard ditetapkan," katanya.
Mengenai tindakan, beliau berkata, selain tindakan mahkamah yang diambil terhadap pihak industri, kerajaan juga mengeluarkan amaran kepada seluruh negara untuk memaklumkan produk yang melanggar Peraturan-peraturan Makanan 1985 yang tidak dibenarkan.
"Tindakan pihak kementerian adalah dengan melaksanakan pengambilan sampel dari semasa ke semasa untuk memastikan makanan yang dijual di pasaran adalah terdiri daripada makanan yang selamat dimakan," katanya.

11 comments:

  1. hahaha .. kjee . me too .. terkene tempias ..

    *lps solat td dh mula naik kuda i-gallop semula!! hahaha*

    ReplyDelete
  2. Selamat berusaha menurunkan berat badan.

    ReplyDelete
  3. perghh setepek kene kat muka saya gak. huhu

    ReplyDelete
  4. alamak kjee, saya pun tergolong dlm obesiti... memang kena kurangkn msk best2 ni... hehehe

    ReplyDelete
  5. glurrrppppp.........ai pun sama...

    oke la...nak g jogging ni ;p

    ReplyDelete
  6. Cabaran untuk kita jee, mari kita sama2 turunkan berat badan.

    ReplyDelete
  7. tu lah rakyat Malaysia ni...tak leh tawar sikit..nak manis je..gula naik marah-marah...tapi kalau Kjee nak masak jugak tak nak makan Kjee bagi je saya..saya akan habiskan...hehehe

    ReplyDelete
  8. mmm... tak yah lah kurangkan aktiviti masak. Piih masakan yang sesuai dan tak tambah lemak.

    ReplyDelete
  9. takpe Kak Jee..masak je lauk yg rebus2 atau steam punya...kurang lemakla tu..hihi..

    ReplyDelete
  10. Huwaaaaaaaaaaa... kita ni pun menyumbang gak ke statistik tu...

    ReplyDelete
  11. he he....kak jee...chek pun nak tergelak....(tak sedaq diri chek pun kena join club ni juga...huhu...)

    ReplyDelete