Monday, November 7, 2011

RAYA HAJI SAKAN TAHUN INI

Bersama keluarga Shida..anak daranya Eqin dan  anak sulong, Wan. Afiq cameraman.


Selalunya Hari Raya Haji kalau tidak balik ke kampung Unclepali di Ulu Jempol, Pahang, kami beraya di rumah sahaja. Selepas solat Raya, kami ziarah pusara bonda di Jalan Ampang, balik rumah, makan dan makan dan makan lepas tu tergolek depan TV.

Tahun ini pertama kali Kjee beraya dengan adik angkat kesayangan Kjee,  Sharifah Rosidah AlAttas dan suaminya Shamsul Bahari. Kami bertemu 11 tahun  lalu dan berkawan rapat sehingga ke hari ini. Malah cukup mesra seperti adik beradik. Susah Shidah diceritakan kepada Kjee dan susah Kjee dikongsi bersama beliau.


Selepas solat Raya, kami terus ke rumah mereka di Telok Panglima Garang. Shidah awal2 lagi dah bagitau Kjee supaya jangan masak apa2 di rumah kerana dia amat memahami kesibukan Kjee sejak akhir2 ini. Sukanya kalau ada adik2 macam ini kan?

Setibanya di rumah mereka, sudah tersedia pelbagai juadah. "Makan banyak2. Aku dah sediakan budget untuk kau bawak balik. Mana dia bekas2 yang aku suruh kau bawak?" kata Shidah yang memang riuh rendah kalau berjumpa Kjee.

Ada rendang itik, rendang kerang, kari ayam (oppsss Kjee tak makan ayam), sambal telor, kuah kacang, lodeh, nasi impit,  lemang, choc cake dan oreo cheese cake. Meriah sangat2!

Orang mengantuk disorong bantal. Lepas makan, kami terus balik sebab petang tu nak balik kampung Unclepali pulak. Menurut racangan awal, nak balik hari Isnin tetapi apabila memikirkan jalan akan sesak banget apabila orang mula beredar kembali ke KL, terus kami ubah rancangan dan bermalam di kampung.

Balik dari kampung tadi kami terus ke rumah Shidah sekali lagi. Hari ini Shidah buat kenduri tumbang seekor lembu buat korban. Jugak sebagai meraikan kejayaan anak sulung mereka Wan yang mendapat Ijazah keduanya.

Kami sampai apabila kenduri dah selesai. Kali ini kami disajikan dengan sup gear box, sambal tumis udang, lodeh kering Jawa dan kari ikan. Hmmm habislah diet aku. Balik dibekalkan pulak sup gear box 1 periuk besar dan daging korban,

Terima kasih daun keladi, lain kali jemputlah makan lagi. Hehehe







Nadia, Eqin, Wan, Afiq, Kjee, Shidah dan Shamsul. Unclepali cameraman hehehe

6 comments:

kasihredha said...

Kak Jee yg sentiasa ceria
suka tengok gambar2 di atas :)

Masya said...

seronokkan... memang raya sakan betul ni hihihihi..

Rashidah Zainal said...

orang baik msti ALLAH bgik kwn2 yg baik gak...

Kjee said...

alhamdullilah Rashidah. Harap silaturrahim Kjee dan Syarifa Roshida, termetrai hingga ke akhir hayat.

Kjee said...

Sh Shidah dan kawaknya arwah Bahyah yang beriya2 sangat mahu Kjee dan Unclepali berkahwin. Takkan Kjee lupakan jasa mereka. AlFatihah buat arwah Bahyah.

sharifah rosidah said...

Terima kaseh jee, tapi siapalah kita ni sampai dimasuk kan cerita dalam blog ni, malu tau. Makanan yang disediakan ni pun yang biasa biasa je kalau nak compare dengan kau yang memang handal memasak.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...