Thursday, December 1, 2011

JJCM KARI KEPALA IKAN BANGSAR BELAKANG TMC


Ini jer yang sempat amik tadi


Ini lunch Kjee dan Unclepali tengah hari tadi. Kari kepala Ikan yang femes giler kat Lucky Gardens, Bangsar. Gerai ini terletak belakang TMC, Bangsar. Kjee tak tahu pun gerai ni femes tetapi dah banyak kali Kjee lalu situ dan orang yang beratur nak makan mengalahkan mereka yang beratur nak beli tiket bolasepak!!




Serius ni! Jarang2 Kjee tengok punyalah ramai manusia di gerai tepi jalan aje tau. Tengah hari tadi Kjee memang tak ada plan nak makan situ. Kjee tanya Unclepali dia nak makan apa for lunch sebab Kjee ada temujanji ngan Datin Azlin kul 2 di office 4Life. Unclepali kata nak makan kat Mahbub, Bangsar.

Sampai kat korner nak lalu belakang TMC, Lucky Gardens, Kjee terkejut nampak ramai orang beratur. Masa tu kul 1 tengah hari. Kjee suruh Unclepali slowdown dan cari parking. Nasib baik pulak, ada parking yang chentekkk!!

Apabila kami jalan ke arah gerai tu ternampak satu meja kosong dekat sangat dengan gerai mamak tu. Terus Kjee duduk sementara Unclepali beratur. Hampir 20 minit kemudian barulah sampai makanan. Masa tu pelanggan dah makin ramai. Kjee dan Unclepali kelaparan tetapi makan tak berapa selesa sebab yang beratur sebelah kami asyik perhatikan jer kami makan.

Kjee dan Unclepali pun makan punyalah sopan walaupun selalunya kalau dapat kari kepala ikan, kami pulun tak hengat dunia. Kali ni, Unclepali nak sedut otak dalam kepala ikan tu pun dia malu. Begitu jugak dengan mata ikan. Dia sedut slow slow jer. Hehehe kelakar betul.

Kenapa Kjee tak amik gambar lagi? Sebab Segan binti Malu. Korang bayangkan punya ramai manusia sedang beratur tak sampai ½ kaki dari Kjee. Kekadang tergesel2 ngan orang pompuan lah.

Sebab tu I malu you nak amik gambar. Anyway kalau ke sana lain kali, Kjee mesti amik gambar dan tayang kat korang. Tadi Kjee tengok berebut2 orang beli ayam goreng berempah panas2. Tapi sedihlah sebab kita dah janji tak makan ayam. Tanya Unclepali dia nak tak. Dia geleng. So melepaslah nak cubit sikit ayam goreng kalau Unclepali makan tadi.

Nak tahu rasanya? Well, sedap sangat2 patutlah ramai orang! Kjee rasa kari tu langsung tak bubuh santan. Ala2 kari India gitu. Sampai sekarang masih berbau lagi rempahnya kat tangan. Hehehe

Tadi kami makan kari kepala ikan tu dengan dua nasi putih dan 2 teh O Ais, bilnya came up to RM30! Kira okaylah sebab Kjee pernah makan kari kepala ikan Kampung Pandan harganya RM50 untuk ikan sahaja!!

Dinner tadi Kjee makan duck steak sama Nadia kat Papa Z, Taman Melati. Unclepali makan nasi ayam jer. Tak amik gambar sebab fon tengah caj kat umah. Gambar yang Kjee tayang ni gambar masa makan hari tu. Hehehe.
Duck steak di Papa Z

Nasi Ayam yang Unclepali makan at Papa Z

3 comments:

FMT said...

Salam Aunty. Lama nya tak makan kari. Nyum2. Anyway, saya nak beri pandangan, saya tahu ramai yang baca blog Aunty ni. Saya tak nak memandai2 atau mengatakan apa yang Dato Hafifi kata itu tidak benar. Tapi ini pandangan agar ramai tidak terkeliru.

Kerana kerjaya dan pelajaran, saya pernah menetap di beberapa buah negara yang berbeza. Dan disetiap negara, saya terdengar masalah pengguna yang takut akan ayam 'hormon'. Negara maju yang mempunyai had piawaian pemakanan yang tinggi pun sama. Semasa di Uni, saya pernah beberapa kali ambik minor food science. So, ini pendapat berdasarkan pengetahuan saya.

Hormon pasa asanya adalah suatu benda yang sangat mahal. Tidak mampu penternak ayam membeli hormon untuk ayam2 mereka. Tetapi mengapa ayam2 gemuk dalam masa yang singkat kalau tidak diberi hormon? Jawapannya ialah, ayam2 ini adalah ayam2 obese. Macam mana ayam2 ini boleh obese? Ayam2 ini diberi 'NaCl solution'/saline solution atau bahasa melayu mudahnya, air bergaram. Apabila kandungan garam tinggi di dalam air, ini menyebabkan ayam menampung banyak jisim didalam tubuhnya. Pernah dengar tak pakar2 kesihatan yang galakkan pesakit kurangkan garam kalau kita mahu kurangkan berat badan. Ini adalah sama. Kedua, ayam2 ini diletak di dalam tempat yang kecil dan padat. Ayam2 ini kurang bergerak seperti ayam2 kampung. Dan menjadi gemuk kerana kurang aktiviti. Ayam2 ini juga diberi makan hampir 24 jam, kalau pergi ke kandang kormesial ayam, boleh diperhatikan, sentiasa ada makanan. Ayam yang makan sentiasa, makan berkadar garam tinggi dan tidak bersenam akan secara lansung menjadi gemuk. Inilah sebab ayam bandar tak rasa sama macam ayam kampung yang tak obese.

Namun begitu, ayam bandar mmg diberi makan bendasing lain iaitu vitamin dan disetengan negara antibiotik. Vitamin dan antibiotik ini di beri untuk mengurangkan kadar penyakit berjangkit ayam di dalam kandang. Maklumlah, bila dah banyak2 rapat2, penykit mudah berjangkit. Tetapi, vitamin dan antibiotik tidak mampu menggemukkan ayam seperti mana antibiotik dan vitamin juga tidak mampu menggemukkan ayam.


Maaf la aunty, panjang berjela2. Selamat maju jaya di dalam perniagaan.

sharifah rosidah said...

Weh serius baru tahu ayam pun boleh disaline kan, alhamdulillah syukur tak lah takut sangat nak bagi makan anak sekali sekala. Thanks jee dan FMT ada maklumat begini buat kita tahu tentang ayam.

Rozita said...

salam kjee, sedap nampak kari tu tapi masih tak faham kenapa harga kari kepala ikan sangat mahal kan?

saya nak tambah info sikit dari info FMT kat atas...sepanjang pengetahuan saya yang pernah bekerja di ladang ayam takde pulak aktiviti tambah air garam bagi tujuan pengemukan.. mungkin kes2 terpencil agaknya.. biasanya pengurusan akan avoid semua benda sampingan yang akan menambahkan kos pengeluaran..

cuma yang saya tau, baka ayam2 yang digunakan kita skrg ni kebanyakannya adalah hasil teknologi luar negara yang ada antaranya dah mencecah 75 tahun.. jadi setiap baka ni akan dikemaskini dari segi genetik untuk meningkatkan pengeluaran dan mempercepatkan pembesaran.. sebagai contoh baka Arbor Acre (AA) diupgrade supaya lebih cepat membesar sehingga adakalanya boleh mencecah 2kg dalam masa sebulan lebih tetapi baka Ross 308 memerlukan masa lebih lagi tapi ia lebih tahan lasak dalam menghadapi risiko penyakit..
ini sebagai tambahan je.. maaf kalau ada infomasi yang tersilap..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...