Wednesday, December 21, 2011

LATIFF IBRAHIM DISERANG SAKIT JANTUNG


Latiff Ibrahim

Kali terakhir Kjee jumpa penyanyi Latiff Ibrahim ialah lewat September lalu ketika pelancaran rancangan hiburan RTM di Hotel PJ Hilton. Dah lama sangat Kjee tak bertemu dengan Abang Latiff, isterinya Kak Maz dan anak perempuannya.


Masa itu Kak Maz kata abang Latiff tak sihat. Tapi Abang Latiff tetap jugak menyanyi di hadapan tamu dan wartawan. Lihat sini. Kjee dah suruh anak beliau buat appoinment untuk jumpa selepas itu sebab Kjee ingat nak syorkan suppliment 4Life. Entah kenapa senyap jer dan Kjee pun dah lupa.

Tetapi hari ini Kjee terbaca dalam mStar Online, abang Latiff masuk Institiut Jantung Negara kerana serangan jantung.. Kjee cuba call kakak beliau, Sofiah Ibrahim tetapi tiada jawapan. Mudah2an Abang Latiff terselamat dari sebarang bahaya.

Kjee copy paste cerita beliau dari mStar Online.



KUALA LUMPUR: Penyanyi veteran Abd. Latif Ibrahim atau Latif Ibrahim, 61, dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN) pada Ahad lalu akibat serangan sakit jantung.

Penyanyi yang juga adiknya, Datuk Khatijah Ibrahim berkata Latif kini berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil.

"Dia dimasukkan ke CCU selepas muntah-muntah dan kini keadaannya agak kritikal.

"Buat masa ini dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat ubat tidur yang diberikan oleh pihak IJN," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Tambah Khatijah, ini merupakan kali kedua penyanyi tersebut dimasukkan ke IJN akibat penyakit yang sama.

"Dia sudah lama mengidap penyakit jantung dan pernah menjalankan pembedahan 12 tahun lalu akibat serangan jantung," katanya.

Dalam pada itu, Khatijah berkata buat masa ini pelawat yang ingin menziarah tidak dibenarkan masuk atas arahan pihak IJN.

2 comments:

kakyong said...

antara penyanyi evergreen feveret saya ni

zuwaidah said...

moga2 cepat sembuh. suara beliau sedap laaa..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...