Friday, March 9, 2012

FRESH MUSHROOM SOUP



Korang ni memang manja sangat2 tau. Kalau ada gambar2 makanan yang Kjee post kat sini kalau Kjee tak bubuh resipi, maknanya resipi tu dah adalah sayang oiii. Cari jer kat label2 yang ada.


Tapi Kjee ni memang suka nak manjakan korang so Kjee bagilah resipi untuk buat Fresh Shitake Mushroom Soup ni. Senang sangat nak buat. Nak campur apa jenis fresh mushrooms pun bleh.

Resipinya korang klik sini jer lah ya. Tapi untuk hujung minggu lepas, Kjee campur susu low fat dengan evaporated milk. Kalau ada heavy cream pun boleh masukkan tapi pepaham je lah kan, heavy cream tu will make your body very heavy like me. Hehehe

Dulu sebelum Kjee buat sendiri fresh mushrooms soup ni, Kjee selalu jugak beli soup mushroom yang dalam tin. Baik jenis buatan Malaysia atau import. Tetapi lepas pandai buat sendiri, taukeh kilang mushroom soup dah hilang satu customer. Hahaha.

Sedap sangat mushroom soup ini kalau dimakan dengan garlic bread. Hari tu, Kjee guna roti paun yang dibuat Nadia. Kemudian Kjee sapu garlic butter dan bakar atas grill dia orang buat barbeque. Garing dan enak banget. 

Untuk buat garlic butter, korang letak setengah block butter pada suhu bilik, pastu tumbuk halus 5 atau 6 biji bawang putih. Campurkan ke dalam butter. Nak bubuh garam sikit pun boleh. Boleh simpan lama dalam peti ais. 

Bila nak buat garlic bread, sapu jer garlic butter tu pada satu permukaan roti dan bakar atas kuali atau grill sampai garing. Itu jer. 



Separuh Kjee cincang dan separuh Kjee blend

7 comments:

Balqis Nazid said...

kak Jee selain makanan yang sedap2 tu saya selalu tergoda dengan pinggan mangkuk akak tau...
wahhhh... buat terliur air mata jer ekekekee....

Kjee said...

my pinggan mangkuk semua murah2. Kena pandai cari. Kjee takut nak beli mahal2 sebab ada dua penghuni rumah ni yang pakar pecahkan pinggan mangkuk Kjee. baru sekejap tadi, tudung teko kjee pecah dia buat. jangan tanya sapa. huhuhuhu

POSH76 said...

buat sendiri lagi heaven!!!

[A.I.D.A N.O.R.D.I.N] said...

terima kasih kak jee..terima kasih sbb manjakan saya dgn resepi2 kjee..hehe:-D terima kasih bebanyak

FARZAANA NAZILAH said...

tqvm for recipe...sy nk cube nanti..mmg cari resepi mushroom soup

The Black Jubah said...

Adoii Kak Jee,
Thanks a lot...dah lama cari ni.
Hari tu pergilah "western" restaurant konon. Order mushroom soup...Yang dalam peket tu...tambah carrot tambah celery stick....adoii tak payah tipulah...caj mahal gila pulak tu. "Western Restaurant" ambik lah resipi Kak Jee ni...

Cujafw said...

Seronok baca posting Kjee! Sya baru layari beb kali. Tk kerana sudi kongsikan resipi yg begitu menarik & didambakan tet sukar nak cari......

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...