Sunday, May 20, 2012

APA ITU MINYAK KASTURI SYIFA'








Kjee mula2 diperkenalkan kepada minyak Kasturi Syifa ketika sarapan pagi dengan Mazidul Akmal dan keluarganya di Kota Damansara beberapa bulan lalu. Kjee tak sangka dapat hadiah minyak itu dari Mazidul.





Sampai rumah macam biasa, Kjee letak elok2 minyak itu atas rak (sebab tak boleh langkah) dalam bilik. Minyak tu duduk diam saja sampai banyak minggu lah. 

Kemudian satu hari Kjee tak sihat. Bila tidur jer, Kjee akan mengigau dan bangun sambil seakan histeria. Unclepali call Mazidul sebab beliau pernah beritahu ada sahabat yang ada ilmu dalam bidang2 misteri ni. Kalau tak silap Kjee nama sahabatnya tu, Ustaz Musleh, usahawan Minyak Kasturi Syifa.

Sebaik sahaja dengar cerita Unclepali, Mazidul tanya dah guna ke minyak Kasturi Syifa seperti yang dia sarankan hari tu. Unclepali cakap belum lagi. Berjela2 jugak kot Unclepali kene leter dengan Mazidul. Hehehe.

So tanpa buang masa, malam tu Unclepali sapukan minyak pada sendi2 Kjee, kumat kamit baca apa yang Kjee tak pasti, Kjee pun tidur nyenyak. Masa Kjee tidur, Unclepali pun tidur sebelah. Kemudian tanpa pengetahuan Kjee, dia bangun. Kakinya bagai direntap2.

"Dalam hati saya kata, kalau kau kacau aku lagi, siap kau!" kata Unclepali pagi esoknya pada Kjee.

Malam tu, Unclepali dah tak mau buang masa. Selama ini apabila Kjee kata ada rasa macam ada yang tak kena masa tidur malam, dia selalu kata itu hanya imaginasi Kjee. Bila dia dah kena, baru dia tahu!

So malam itu, lepas solat Isya', Unclepali ambil botol plastik spray (yang kita guna untuk spray baju ketika menggosok). Dia isi dengan air Zam Zam. Kemudian Unclepali titiskan sedikit minyak Kasturi Syifa di dalam air Zam Zam tu. Kemudian dia spray muka Kjee (masa nak tidur) dan seluruh bilik termasuk bantal dan katil. Kemudian baru tidur.

Dia lakukan yang sama tiga malam berturut2. Lepas tu sampai ke hari ini, Unclepali tak pernah spray lagi. Oppps ada sekali dua dia spray apabila mata Kjee terbeliak tak nak tidur.

Sekarang ini dah jadi rutin Unclepali setiap malam dia akan pasang bacaan ayat Quran, Ayat Manzil dan Rukyah pada tab Kjee. Panjang sangat bacaan itu. kekadang Kjee dah terlena, jaga semula pun masih ada. Alhamdullilah dengan izinNya, Kjee dah tak stress lagi. Tidur nyenyak macam baby yang kekenyangan susu.

Minyak Kasturi Syifa ini adalah satu ikhtiar perubatan Islam. Ia sebagai doa Perlindungan diri daripada sihir. Kalau korang beli minyak ini, korang akan diberi satu copy cara menggunakan minyak ini termasuk ayat2 yang perlu dibaca.

Ibu minyak ini telah dibaca dan dikhatamkan 30 juzuk Al Quran lebih 32 kali. 

Jin2 tidak menggemari tempat yang kotor dan berbau. Minyak yang telah dibacakan doa berserta ayat2 Quran, Insya Allah tidak akan disukai makhluk2 halus.

Untuk mendapatkan minyak ini, sila hubungi stokis PUAN LIN 012 6277 300. Harganya RM35 sebotol. Tetapi Puan Lin tidak ada di tanahair buat masa ini. Cuba hubungi beliau 10 hari dari sekarang. Kalau ingin cepat mendapatkannya, sila hubungi Mazidul Akmal Sidek di facebook.


11 comments:

Cendana Kasih said...

salam kak G, brapa sebotol minyak ni?

Kjee said...

RM35.

ibh_sue said...

Tq kjee share info minyak ni. First time dgr pasal minyak ni.

Cik Kamoo said...

tq kjee share info nie .. bolehlah nanti call. baru nie mimpi kena cekik dek hantu...baca ayat suci berkali2 baru nk lepas. Nanti kena carilah minya nie juga, tq ya

anyss said...

Assalamualaikum,
acapkali jugak sdr Mazidul cerita pasal minyak ni...terdetik juga nak beli, tapi masih blm beli. tangguh mcm akak juga kot

Kasturi Syifa' said...

Alhamdulillah minyak wangi kasturi syifa sebagai ikhtiar untuk rawatan dari gangguan mahkluk ghaib, Allah jua yang selesaikan masalah berkat bacaan 30juzuk dan doa...:)

Anonymous said...

Nak tanye sikit, boleh kah org yg bkn Islam mengunakan Minyak ini utk tujuan perisai diri dari gangguan mahkluk halus and perbuatan jahat manusia? minta penjelasan iklas saudara dan saudari yg lebih mengetahui. Terima Kasih

Anonymous said...

Salam,saya nak bertanya minyak wangi mana yang sesuai untuk org yang mengalami masalah umah tangga dan terkena buatan org? Saya ingin membeli dan membantu kakak saya yg mengalami msalah ini.

Anonymous said...

Assalamualaikum. Diri saya selalu di gangu jin2 yg berkeliaran. Sehingga saya rasa bosan apabila kerap sekali mcm depression. Dan malu kerana kerap sekali berjumpa dengan pakar2 dengan masalah yg sama.
Dimanakah boleh saya dapati di kawasan johor? Ada kah ia di jual di kedai2 yg menjual buku2 agama? Jika ada penjual di daerah johor sila hubungi saya di email singa2pore@yahoo.com.sg

Terima kasih,

Kjee said...

Sila sms 0126780501 atau email kedai@fauziahsamad.com

Anonymous said...

Kat kelantan ada tak...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...