Saturday, May 12, 2012

KARI KEPALA IKAN TENGGIRI ALA INDIA DAN TAUPOK





Ini taupok aka tauhu goreng kering
Ini bukan masakan semalam. Menu tiga hari lepas. Tetapi Kjee tak dapat masukkan dalam blog sebab tak boleh edit gambar. Menu biasa2 jer - Kari Kepala Ikan Ala India dalam Claypot, sambal belacan mangga dan ikan sepat pekasam.



Kjee plan nak masak dalam periuk tanah. Tetapi masa Kjee tengah nak tumis, tengok bahagian dalam periuk tu macam dah retak. Wah ini mesti kes terhentak masa kami pindah hari tu. Tak apalah. Bukannya mahal sangat pun. Rasa2nya Kjee beli tak sampai RM15. So yang pasti mampu beli lagi. Hehehe.

Kjee buat kari ini ala2 Stevens Corner di Pandan Indah. Dia orang bubuh taupok ketika menghidang dalam claypot.

Jadi apabila ada taupok (lihat gambar) berbaki dari buat mi kari hari tu, Kjee pun ada idea nak masukkan ke dalam kari ini ketika menghidang. Cubalah. memang sedap! Taupok harus disimpan dalam bahagian beku peti ais. Keluarkan sejam sebelum digunakan.

Kalau nak masukkan ke dalam periuk ketika lauk sudah hampir masak pun okay tapi ia kuat menyerap kuah. Oleh kerana taupok ni sudah boleh dimakan terus kerana telah digoreng terlebih dulu, tak perlu masak taupok itu. Cukup diletakkan saja ke dalam kari sebelum hidang.

Resipi kari ikan ala India ni di sini. Sama jer tiap kali Kjee masak kari ikan. Cuma yang beza kali ini, Kjee masak kari kepala ikan tenggiri bersama tomato, bendi dan taupok.

Tapi yang buat ia cukup menyelerakan ialah dengan adanya ikan sepat pekasam (Unclepali goreng sampai rentung hehehe) dan sambal belacan mangga!

Semalam ada yang mintak resipi sambal belacan mangga Unclepali. Ala dia buat sambal belacan biasa. Pastu dihiris2 mangga muda dan digaul bersama. Bubuh sikit gula dan garam. Hmmm masa menulis pun dah kecur. Hehehe.

Lupa lak. Kalau makan kari, mesti ada papadom. Baru umpphhhh!





Gambar ini Unclepali suruh masukkan jugak. Dia nak tunjuk bendi yang dia tanam kat belakang rumah. Tak muat masuk periuk. Hehehe



4 comments:

Norzie hany said...

Salam kenal kakjee.
Kari mmg feveret saya....sedapnya nampak kari akak ni,lapar la sudah.

afsa said...

wow kjeee....bendi tu panjg betul....seronok adatanah untk bekebun....kari k jeee mmg ummmmpph...dh try buat...

paridah said...

mesti sedap sekali gulai jee yg dicampur bendi dari kebun sndri. unclepali tu hantu gulai maklum sekompeni dgn chedet...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

kakjee...tgk bendi panjangnyer?geram tgk.wahh nk beli gak la claypot.mesti lain rasa msk dlm tu kan

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...