Saturday, May 12, 2012

KARI KEPALA IKAN TENGGIRI ALA INDIA DAN TAUPOK





Ini taupok aka tauhu goreng kering
Ini bukan masakan semalam. Menu tiga hari lepas. Tetapi Kjee tak dapat masukkan dalam blog sebab tak boleh edit gambar. Menu biasa2 jer - Kari Kepala Ikan Ala India dalam Claypot, sambal belacan mangga dan ikan sepat pekasam.



Kjee plan nak masak dalam periuk tanah. Tetapi masa Kjee tengah nak tumis, tengok bahagian dalam periuk tu macam dah retak. Wah ini mesti kes terhentak masa kami pindah hari tu. Tak apalah. Bukannya mahal sangat pun. Rasa2nya Kjee beli tak sampai RM15. So yang pasti mampu beli lagi. Hehehe.

Kjee buat kari ini ala2 Stevens Corner di Pandan Indah. Dia orang bubuh taupok ketika menghidang dalam claypot.

Jadi apabila ada taupok (lihat gambar) berbaki dari buat mi kari hari tu, Kjee pun ada idea nak masukkan ke dalam kari ini ketika menghidang. Cubalah. memang sedap! Taupok harus disimpan dalam bahagian beku peti ais. Keluarkan sejam sebelum digunakan.

Kalau nak masukkan ke dalam periuk ketika lauk sudah hampir masak pun okay tapi ia kuat menyerap kuah. Oleh kerana taupok ni sudah boleh dimakan terus kerana telah digoreng terlebih dulu, tak perlu masak taupok itu. Cukup diletakkan saja ke dalam kari sebelum hidang.

Resipi kari ikan ala India ni di sini. Sama jer tiap kali Kjee masak kari ikan. Cuma yang beza kali ini, Kjee masak kari kepala ikan tenggiri bersama tomato, bendi dan taupok.

Tapi yang buat ia cukup menyelerakan ialah dengan adanya ikan sepat pekasam (Unclepali goreng sampai rentung hehehe) dan sambal belacan mangga!

Semalam ada yang mintak resipi sambal belacan mangga Unclepali. Ala dia buat sambal belacan biasa. Pastu dihiris2 mangga muda dan digaul bersama. Bubuh sikit gula dan garam. Hmmm masa menulis pun dah kecur. Hehehe.

Lupa lak. Kalau makan kari, mesti ada papadom. Baru umpphhhh!





Gambar ini Unclepali suruh masukkan jugak. Dia nak tunjuk bendi yang dia tanam kat belakang rumah. Tak muat masuk periuk. Hehehe



Related Posts:

  • CHINESE FOOD UNTUK BERBUKA HARI NI? Apabila kita bercerita mengenai Chinese Food atau makanan Cina, pasti ramai beranggapan ia makanan yang tidak pedas. Oppps silap tu. Sejak kebelakangan ini, makanan Cina pedas2 terutama sekali kalau menu itu da… Read More
  • IDEA PASTA DAH SPAGHETTI UNTUK BUKA PUASA Apa kata kalau kita makan pasta pulak hari ini. Jangan terkejut kalau ada Laksa Johor pulak yer. Laksa Johor memang menggunakan spaghetti. Kjee pernah jugak tengok orang buat Laksa Johor guna mi kuning. Tapi da… Read More
  • SAMBAL MASAM MANIS IKAN SIAKAP Ingatkan hari ni kena makan kat luar lagi sebab tak ada apa nak masak kat rumah, tetiba Nadia kata hari tu dia beli 2 ekor ikan siakap! Kalau ada ikan Siakap, Kjee selalu buat steamed fish ataupun Tiga Rasa ala Thai. D… Read More
  • HARI INI IDEA MASAK WESTERN FOOD LAAA Dah penat cari idea untuk berbuka? Well, apa kata hari ini kita plan masak ala Western. Mudah disediakan, cepat masak dan sedap dimakan. Tak sedap dibuang. Sebenarnya, kalau kita masak sendiri makanan Barat popular sepe… Read More
  • LAKSA PENANG VERSI KJEE Apabila demam, tekak mulalah nak makan yang masam2 dan pedas2. Balik dari Pengkalan Balak, Melaka, semalam, Kjee terkena demam selsema. Agaknya jerebu teruk kat situ. Tekak mula meragam. Pagi tadi kami ke PutraJaya… Read More

4 comments:

  1. Salam kenal kakjee.
    Kari mmg feveret saya....sedapnya nampak kari akak ni,lapar la sudah.

    ReplyDelete
  2. wow kjeee....bendi tu panjg betul....seronok adatanah untk bekebun....kari k jeee mmg ummmmpph...dh try buat...

    ReplyDelete
  3. mesti sedap sekali gulai jee yg dicampur bendi dari kebun sndri. unclepali tu hantu gulai maklum sekompeni dgn chedet...

    ReplyDelete
  4. kakjee...tgk bendi panjangnyer?geram tgk.wahh nk beli gak la claypot.mesti lain rasa msk dlm tu kan

    ReplyDelete